minniee1234's Senarai Bacaan
42 stories
Dia Jodoh Ku by blacknightpishh
blacknightpishh
  • WpView
    Reads 2,563
  • WpVote
    Votes 151
  • WpPart
    Parts 45
Rafie Rayyan bin Daud bukanlah lelaki biasa. Di sebalik wajahnya yang tenang dan rapi, dia adalah seorang pembunuh upahan yang paling dikehendaki dalam dunia gelap. Dia tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan mafia; dia bergerak sendiri, hanya bertemankan sebilah pisau dan kelajuan yang melampau. Baginya, setiap tugasan hanyalah satu transaksi perniagaan-sehinggalah dia menerima satu sampul surat coklat yang mengubah segalanya. Sasaran seterusnya: Batrisya Raisya binti Aliyas. Dunia Rafie seakan berhenti berputar. Batrisya bukan sekadar nama, tetapi dia adalah satu-satunya memori indah yang Rafie miliki. Mereka adalah kawan rapat sejak kecil, membesar bersama sebelum takdir memisahkan mereka dalam satu tragedi berdarah bertahun-tahun yang lalu. Kini, Rafie berdiri di persimpangan jalan yang mustahil. Jika dia membunuh Batrisya, dia kehilangan satu-satunya cahaya dalam hidupnya. Jika dia membiarkan Batrisya hidup, nyawa mereka berdua akan diburu oleh pihak yang mengupahnya-individu misteri yang tahu segala rahsia masa lalu mereka. Demi melindungi Batrisya, Rafie terpaksa menculik gadis itu dan membawanya lari. Namun, Batrisya yang trauma tidak tahu bahawa lelaki yang menyelamatkannya itu adalah lelaki yang sepatutnya mencabut nyawanya. Dalam pelarian yang penuh dengan letupan, darah, dan pengkhianatan, rahsia demi rahsia mula terbongkar. Adakah Batrisya mampu menerima kenyataan bahawa "jodoh" yang dikirimkan tuhan untuk melindunginya adalah seorang pembunuh upahan? Dan mampukah Rafie membalas dendam terhadap mereka yang mengatur permainan maut ini sebelum masa mereka tamat?
Menawan by babybreath05
babybreath05
  • WpView
    Reads 242,337
  • WpVote
    Votes 10,659
  • WpPart
    Parts 63
Orang kata perkahwinan itu manis, maniskah ia? Tidak bagi orang yang kahwin tanpa cinta malah kahwin demi keluarga. Begitu juga yang di rasa oleh Emiir Ibrani Elhaziq apabila dia perlu berkahwin dengan Nur Sofia Aurin tanpa kerelaan hati. Apabila dia tahu isterinya adalah kakak kepada Bella Kailani bekas kekasihnya hatinya sakit tetapi tidaklah dia berdendam cumanya dia kecewa malah takut untuk bercinta kembali. Trauma? Sudah tentu. "Cuba buka hati tu untuk saya, tolonglah." Nur Sofia Aurin. "Kalaulah semudah itu." Emiir Ibrani Elhaziq. Hari demi hari, kisah mereka ada sahaja yang tidak kena tetapi apa yang mereka boleh lakukan? Berpisah saat hati sudah mencintai, terutamanya Emiir Ibrani Elhaziq yang sudah jatuh ke dalam cinta Nur Sofia Aurin. Saat hati ingin meluahkan rasa tersebut satu kejadian membuatkan Nur Sofia Aurin tekad akan sesuatu. "Kita bercerai." Nur Sofia Aurin.
My Husband Rayyan Adyan | COMPLETED  by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 288,099
  • WpVote
    Votes 10,506
  • WpPart
    Parts 69
RAYYAN ADYAN- Jejaka yang membenci semua wanita hanya kerana kecewa dengan perangai bekas kekasihnya. Dia mengambil masa selama 4 tahun untuk mengubah diri bagi menjadi seorang yang tidak mempunyai perasaan. Tetap kelihatan tenang, tidak banyak bicara dan tidak tertarik dengan semua perkara. Namun semuanya berubah setelah dia dengan tidak sengaja mengenali seorang wanita bernama NAYLA ALEENA. Wanita yang bernasib malang setelah kematian ibunya. Perkahwinan yang tak masuk akal diciptakan oleh Rayyan. Dia tanpa rasa bersalah telah mengheret Nayla ke dalam masalahnya. Akan tetapi, semuanya terpesong dari matlamat asal. Dari benci menjadi suka, dari perasaan suka menjadi cinta. RAYYAN ADYAN- "Abang mengaku itu memang abang, tapi itu sebelum abang kenal sayang dan abang menyesal cakap macam tu." NAYLA ALEENA- "Ceraikan saya!" Itu sahaja yang diucap oleh Nayla. Pengakhiran yang tidak dapat dijangka, rumah tangga yang hampir retak. Tetapi adakah Rayyan dapat mempertahankan atau adakah dia mula berputus asa dengan semua itu?
Qaid Alana by fairyfynn_
fairyfynn_
  • WpView
    Reads 428,667
  • WpVote
    Votes 22,562
  • WpPart
    Parts 25
1ST ROMANCE TENGKU QAID HADYAN & ALANA AISYA | Grumpy x Sunshine | Setia - Elizabeth Tan. Peringatan : Kisah yang tiada manfaat. Sekadar suka-suka. Cringe area!
Antara Kita (hiatus) by hani_j29
hani_j29
  • WpView
    Reads 3,041
  • WpVote
    Votes 162
  • WpPart
    Parts 10
"Sampai bila-bila pun Tia takkan setuju mama kahwin lain!" Bermula perubahan dalam hidupnya sejak mamanya berkahwin selepas setahun ayahnya meninggal dunia. Itulah salah satu perkara yang sangat sukar untuk Tiara terima. Ayahnya baru saja meninggal setahun yang lepas. Sampai hati mamanya. Namun, tak disangka ayah tirinya mempunyai anak lelaki. "Aku tak tahu pula bapak ada anak tiri perempuan" Makin bertambah marahlah Tiara kerana tambah orang baru dalam hidupnya. Jadi, Tiara ambil keputusan untuk jauh dari rumah. Dia pergi ke luar negara untuk sambung belajar. Balik saja ke Malaysia, hidupnya kembali huru-hara. "Siapa kau?" "Dah lupa ke" Harraz Elyas selalu mengganggu ketenangannya. Selagi dia tak bosan, dia akan terus kacau Tiara Jasmine. "Tak pernah satu detik pun aku fikir akan jadi macam ni.." START: 22/10/2025 END:
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 285,491
  • WpVote
    Votes 16,944
  • WpPart
    Parts 42
[2nd romance] Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
Cinderella Milik Tuan Ceo | OG by syam1m1e
syam1m1e
  • WpView
    Reads 3,210
  • WpVote
    Votes 310
  • WpPart
    Parts 8
Karya ketiga by syamimie⏳️ Blurb: Sempurna? Jauh sekali. Dia membesar dengan serba kekurangan. Kekurangan yang pada awalnya hanyalah sekadar perkara biasa pada seorang Mirea Sofea. Namun, kekurangan yang ada pada dirinya mula menjadi bahan hinaan orang sekeliling. Sehinggakan dia berfikir bahawa dia adalah orang yang paling malang di dunia ini. Hari-harinya berjalan seperti biasa, memekakkan telinga tatkala dirinya menjadi umpatan orang. Padanya, dia mampu harungi semua ujian ini, sehinggalah satu malam yang mengubah segalanya. Zayn Evryn. Sempurna? Ya, cukup sempurna. Satu kejadian yang membawa pertemuan mereka berdua itu membuatkan dua jiwa meronta dalam tak rela. "Eh kau tak payah nak berlakon lah depan aku! Kau yang rancang semua benda ni kan?! Kau goda aku semalam sebab kau nak bolot semua harta aku kan?!" -Zayn Evryn "Encik merepek apa ni?! Saya tak kenal pun siapa Encik!! Kenapa Encik fitnah saya macam ni!!" -Mirea Sofea Setelah malam itu, masing-masing memilih untuk meneruskan hidup seperti biasa. Namun, munculnya kembali Zayn disisi Mirea membuatkan Mirea semakin gila. Bukan gila kerana lelaki itu berbuat jahat padanya, namun gila kerana perubahan mendadak lelaki itu. "Love me, Mirea Sofea..." -Zayn Evryn Bagaikan terhenti dunianya. Kelu lidah Mirea dengan pengakuan berani mati lelaki itu. Cinta? Mirea tidak kenal apa itu cinta. Dirinya yang serba kekurangan itu, layakkah dia untuk dicintai? Dan Zayn Evryn? Mengapa dia tiba-tiba sahaja meluahkan rasa cinta? Adakah ada sesuatu di sebalik perkenalan mereka itu sehinggakan Zayn sanggup mengejar cinta Mirea sebegitu rupa? Dan apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik semua ini sebenarnya? Start: 1/1/2026 End:
IMANI RAFAEL: Our Last Love (C) by nadi-asya
nadi-asya
  • WpView
    Reads 39,820
  • WpVote
    Votes 14,229
  • WpPart
    Parts 57
TALIA IMANI x HARIZ RAFAEL "Kalau susah sangat kakak nak cari jodoh, biar umi lah yang carikan," - Puan Teratai "Apa ni umi! Kakak tak nak kahwin lagi lah," - Talia "Angah bila nak bawa mama jumpa dengan buah hati angah?" - Puan Ainul "Takda buah hati lagi," - Hariz Kedua-dua ibu mereka menginginkan hal yang sama iaitu menantu. Persoalannya, dimana hendak mereka cari sedangkan kedua-duanya masih tidak mempunyai pasangan. Haih peningnya dengan permintaan mak-mak ni! "Kak, kau kahwinlah cepat. Aku dengan Dani dah rancang nak kahwin ni," - Tania Yang si adik pun kuat mendesak dengan hal yang sama. Tiba-tiba muncul pula watak yang telah lama Talia lupakan dalam hidupnya. "Kita getback? I'm sorry about our past please give me a second chance," - Ilhan Apa pilihan yang Talia ada? Adakah dia rela menerima jodoh yang dicari oleh uminya? Atau... dia menerima cinta pertamanya kembali ketika di universiti? my first ever story. your votes and comments are my motivation to continue updating this story! 🤍
MARRY MY SCANDAL (COMPLETE) by sopyzm
sopyzm
  • WpView
    Reads 725,615
  • WpVote
    Votes 34,512
  • WpPart
    Parts 45
NEW TUANKU'S GENERATION "Power tastes sweeter when it's forbidden." START : 23 JULAI 2025 END : 26 NOVEMBER 2025
MANJA LEILA : HIS HOME (COMPLETED) by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 368,276
  • WpVote
    Votes 25,212
  • WpPart
    Parts 54
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE SPIN OFF - TUAN MUDA AYYAZ KHAN PUBLISH DATE : 1/9/2025 - 22/1/2026 ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]