mxrse_yy's Reading List
2 stories
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,731,105
  • WpVote
    Votes 62,314
  • WpPart
    Parts 81
[1st romance] Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai?
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 952,370
  • WpVote
    Votes 40,383
  • WpPart
    Parts 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula ditepikan. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026