fashamimiey's Reading List
3 סיפורים
Puspitaku Seroja by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    קריאות 32,309
  • WpVote
    הצבעות 5,250
  • WpPart
    פרקים 31
"Dengan restu sekian alam, aku terima kau menjadi isteriku, wahai Seroja." Mimpi itu terasa terlalu nyata untuk dipanggil mimpi. Seakan aku berdiri di hadapan seseorang yang melafazkan akad itu kepadaku. Namun, mimpi tetaplah mimpi. Siapalah yang sudi memperisterikan wanita seperti aku? Gadis berkulit gelap yang sering menjadi bahan sindiran di Kampung Cendana. Sejak pemergian ayahku, Pak Pekin, hidupku mula dihantui perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Hampir setiap malam, seekor harimau muncul dalam lenaku. Anehnya, ia tidak pernah mengaum atau menerkam. Bahkan hanya berdiri di balik kegelapan, memandangku dengan renungan yang sarat makna yang tidak mampu aku tafsirkan. Esoknya aku menemui seorang jejaka yang terdampar di tebing sungai selepas hujan lebat melanda. Aku percaya perahunya karam dibawa arus deras malam sebelumnya. Atas rasa belas, aku membawanya pulang untuk dirawat. Tubuh lelaki itu dipenuhi parut-parut lama. Wajahnya tampan, tetapi matanya menyimpan seribu rahsia. Entah siapa dirinya, dan entah apa tujuan sebenar dia datang ke Kampung Cendana. "Apa yang kau cari di Kampung Cendana ini sebenarnya?" - Seroja "Isteriku. Aku datang untuk membawa dia pulang." - Jejaka Misteri Aku tidak tahu sama ada dia berkata benar atau sebaliknya. Namun jika benar dia sudah beristeri, wanita itu pasti sangat bertuah. Walaupun menjadi pujaan hampir setiap anak dara di Kampung Cendana, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan. Dia menjaga pandangannya sebaik mungkin dan tidak pernah melayan perhatian yang diberikan kepadanya. "Kau tak rasa pelikkah dengan jejaka dari kampung seberang itu? Dengan anak dara lain dia tak pernah memandang, tetapi dengan Seroja, tak pernah pula matanya lari." - Nasir "Kenapa kau kena peduli. Cemburukah?" -Sulong Siapakah sebenarnya jejaka misteri itu? Dan mengapa setiap kali dia memandangku, aku merasakan seolah-olah kami pernah saling mengenali... jauh sebelum aku dilahirkan ke dunia ini?
EIJAZ RAFAEL: HIS DOMINANT LOVE ( TERBIT ) by elyshakaman
elyshakaman
  • WpView
    קריאות 21,385
  • WpVote
    הצבעות 1,428
  • WpPart
    פרקים 8
Muhammad Eijaz Rafael - Sebagai anggota komando, jiwanya keras. Hati batunya susah tergugat. Tapi, kerana satu tragedi, dia terpaksa menerima Adara sebagai isteri. "Sampai bila kita akan macam ni?"- ADARA MEDINA. "Sampai aku tahu siapa yang perangkap kita." - MUHAMAD EIJAZ RAFAEL Walau bergelar suami isteri, hidup mereka bagaikan orang asing. Membawa haluan masing-masing. "Kau bukan main tengok Adara tu? Dah jatuh cinta?" - ELENA "Aku tak ada jatuh cinta dengan sesiapa dan tak akan." - MUHAMAD EIJAZ RAFAEL "Kau jangan, aku takut kata-kata kau ni makan diri. - ELENA Ya, betul kata kakaknya, Eijaz akhirnya terpaksa telan kata-kata sendiri. Jatuh cinta pada Adara perkara terindah pernah terjadi dalam hidupnya. Pun begitu, bahagia mereka tak lama apabila nyawa Adara diragut kejam oleh musuh Eijaz sendiri. Hampir hilang arah dengan kehilangan isteri tercinta tapi demi tugasnya, Eijaz harus kuat. Apatah lagi bila dia ditugaskan menjaga seorang anak VVIP, jiwa dan kesabarannya teruji. "Papa kau dah arahkan aku untuk jaga kau. Mahu atau tidak, kau kena ikut cakap aku." - MUHMMAD EIJAZ RAFAEL "Dia boyfriend I and you no one. You tak ada hak untuk kawal I. Kaki control!" - BUNGA ATHALIA. Macam kucing dengan anjing, itu permulaan cerita mereka. Tapi lama-kelamaan, Bunga cuba menyelami hati keras seorang Eijaz. Dia yakin ada sesuatu yang lelaki itu sembunyikan. "I rasa I dah jatuh cinta.."- BUNGA ATHALIA "Dengan siapa?"- MUHMMAD EIJAZ RAFAEL Tanpa Bunga sedari, dia menjadi target musuh Eijaz seterusnya. Tapi bagi Eijaz, dia sudah belajar dari kesilapan masa lalu. Kali ini, dia tak akan cuai lagi. "Aku sayang kau, flower." - MUHAMMAD EIJAZ RAFAEL Apakah yang akan terjadi pada Bunga Athalia? Adakah Eijaz akan mengahwini Bunga itu hanya kerana mahu menjadi pelindung, bukan kerana cinta?