Pseudomemory
tnysra_
📍Haitus... cerita masih on hold
Setiap bukti ada cerita. Setiap mayat menyimpan rahsia. Dan setiap kebenaran... boleh dimanipulasi.
Dr. Aira, seorang pakar forensik berpengalaman, dipanggil ke lokasi pembunuhan yang aneh. Mangsa dibunuh dengan cara kejam, tetapi tapak jenayahnya terlalu bersih. Tiada cap jari, tiada DNA, tiada tanda seretan-seolah-olah si pembunuh tahu protokol siasatan lebih baik daripada polis sendiri.
Bersama Dr. Farid, rakan seperjuangannya, dan Inspektor Razak yang mengetuai siasatan, Aira cuba merungkai misteri ini. Tetapi dalam masa yang sama, Aira sendiri mula terganggu-diserang rasa pening, halusinasi, bayangan samar yang tidak masuk akal.
Adakah semua ini sekadar tekanan kerja, atau ada sesuatu yang lebih gelap sedang mengintai di balik kes tersebut? Apabila satu demi satu petunjuk ditemui, Aira mula sedar bahawa musuh yang mereka buru bukan sekadar pembunuh bersiri-tetapi seseorang yang tahu bagaimana memanipulasi bukti, kebenaran, dan juga minda...
NOTE : SLOW UPDATE 🙏🏻 MUNGKIN SEMINGGU SEKALI IKUT RAJIN💀