roseismebaee's Reading List
12 stories
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,213,797
  • WpVote
    Votes 300,294
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*
𝐅𝐢𝐫𝐚𝐬𝐡'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 by Amor_midnightt
Amor_midnightt
  • WpView
    Reads 104,222
  • WpVote
    Votes 2,853
  • WpPart
    Parts 70
Dellaa Amanda Louis seorang gadis yang membesar dikelilingi ramai abang. Gadis itu adalah satu - satunya puteri didalam keluarga mereka. Dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang serta dimanjakan oleh kedua ibu bapa dan abang - abangnya. Namun disebalik kebahagian ada kesedihan dan trauma yang disorokkan disebalik wajah suci itu. Muhammad Firash Calvin merupakan anak tunggal dan satu - satunya waris keluarganya. Jejaka itu digelar sebagai seorang yang beku. Tiada niat untuk melangkah masuk ke alam perkahwinan walaupun umurnya sudah menginjak usia. Disebabkan satu peristiwa ketika dahulu dia sudah berubah menjadi seorang yang anti perempuan. Yang dia tahu ialah kerja! kerja! kerja! Pertemuan antara Dellaa dan Firash ketika si jejaka itu datang kerumahnya. Firash merupakan sahabat kepada abang - abangnya. Jadi dari situlah si jejaka tidak mampu menahan perasaannya yang sudah lama dia padamkan. Obsessed! Adakah perangai obsessive Firash akan datang balik? Apa yang akan berlaku pada Dellaa? Adakah mereka akan berkahwin? Atau disebalik luar jangkaan mereka?
ZAFRAN'S: His Precious Belle (C) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 2,454,010
  • WpVote
    Votes 104,277
  • WpPart
    Parts 58
TENGKU ZAFRAN & IRENE ISABELLE START : 1 MARCH 2025 END : 7 JUNE 2025 The Grand Elite High School. Dua nama menjadi bualan para pelajar dan guru. TENGKU ZAFRAN ADHA. Pewaris TZ Security yang petah, genius, nakal dan tinggi egonya. IRENE ISABELLE. Pewaris Magical Musicworks berdarah campuran, cantik, bijak dan berprinsip tinggi. "So... you are Tengku Zafran? The second place?" -Irene "And you are... Irene Isabelle?" -Tengku Zafran Pertemuan mereka bukan kisah cinta pandang pertama, tetapi permulaan kepada satu perang kecil yang berpanjangan. Dua pelajar terhebat yang tidak pernah berhenti bersaing demi kedudukan nombor satu. Namun segalanya berubah apabila Irene tiba-tiba menghilang dua minggu sebelum SPM, selepas pemergian bapanya. Meninggalkan Tengku Zafran dalam tanda tanya yang tak pernah terjawab. 13 tahun kemudian, Irene kembali ke Malaysia... dan tanpa disangka, Tengku Zafran muncul semula dalam hidupnya. Bukan sebagai lawan lama, tetapi sebagai pengawal peribadinya. Irene menolak tapi lelaki itu mendekat. Niatnya jelas mahu melindungi Irene, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya disebabkan satu malam, semuanya musnah. Malam yang mengikat status mereka sebagai suami isteri dalam keadaan yang tak pernah mereka pilih. Irene terperangkap dalam trauma dan rasa hilang arah. Tengku Zafran pula dihimpit rasa bersalah, namun nekad untuk memperbaiki semuanya, walau tiada cinta antara mereka. "You ruined me, Zaf. Macam mana you nak expect I hidup dengan you?" -Irene "I know. And I don't deserve your forgiveness. But please Irene... let me spend the rest of my life trying to make things right. Even if it means giving up everything I have." -Tengku Zafran Tiada cinta. Hanya luka, janji dan ikatan. Mampukah dua jiwa yang pernah berlawan, akhirnya belajar untuk berdamai dalam satu ikatan? Dan mampukah cinta lahir... dari malam yang sepatutnya tak pernah berlaku?
Dahlia Mikail by yurafwr
yurafwr
  • WpView
    Reads 13,337,943
  • WpVote
    Votes 563,159
  • WpPart
    Parts 76
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orked menyoal. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Kaki Tengku Farhan mula melangkah merapati Orked. Bibirnya mengukir senyuman. "Sebab Mr Tengku hanya untuk Miss Flower." "Excuse me, Encik Tengku Farhan Mikail. Boleh ulang semula ayat gatal awak tu?" Orked buat muka jelek. Tengku Farhan ketawa. Suara tawanya memenuhi bilik itu. "Saya cuma cakap benda betul. So Cik Orked Dahlia, nampaknya mulai sekarang awak kena bersiap sedia untuk pegang title.." matanya memandang tepat ke anak mata Orked. "..Mrs Mikail." -- "Bunga Orkid mungkin akan layu satu hari nanti, tapi cinta saya pada Orked Dahlia akan mekar selamanya," - Tengku Farhan Mikail -- **This is the first time I wrote a story so cut me some slack. Permulaan cerita sedikit childish dan gaya penulisan agak weak but I promise it gets better afterwards please keep on reading you wont regret it, insyaallah** ©yurafwr, 2016 2017
Tengku Farrel's Dark Obsession (C) by LifeSlave
LifeSlave
  • WpView
    Reads 3,802,804
  • WpVote
    Votes 95,721
  • WpPart
    Parts 90
A Beautiful love story between: TENGKU FARREL FAHREZZI ♥️ ANGGUN ADELINA Anggun Adelina merupakan cinta pertama Tengku Farrel Fahrezzi. Berpisah bertahun lamanya namun takdir telah mempertemukan mereka berdua semula. Ikuti perjalanan Tengku Farrel Fahrezzi yang penuh obsesi dan posesif dalam mendapatkan kembali cinta pertamanya itu. Status: complete Garis masa: Tarikh mula: 15 Jun 2022 Tarikh tamat: 13 Januari 2023 WARNING ALERT: THIS STORY MAY CONTAIN: ✅ Cliche storyline ✅ Harsh words ✅ some 18+/ Adult content/Uncensored scene ✅ Red Flag Hero ✅ Konflik berat ✅ some adaptations from movie. Read at your own risk ⛔️ All Rights Reserved by @LifeSlave
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,943,582
  • WpVote
    Votes 285,945
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
Mrs. Uwais: My Wife From Heaven by thefatiha__
thefatiha__
  • WpView
    Reads 13,023,717
  • WpVote
    Votes 522,857
  • WpPart
    Parts 74
(COMPLETED) Nur Hasya, atas alasan yang dia sendiri tidak tahu, dia telah menjadi buruan sesetengah pihak yang menyebabkan dia kehilangan seluruh ahli keluarganya sendiri. Uwais muncul sebagai hero dengan niat untuk melindungi gadis itu. Perkahwinan yang awalnya atas dasar simpati berubah kepada cinta. Uwais protective dengan caranya sendiri. Hasya, lembut tetapi keras. Sangat menjaga apa yang menjadi miliknya. Tanpa mereka duga, ancaman datang dari dalam 'selimut' mereka sendiri. Atas dasar kepercayaan hidup bersama, Uwais takkan sesekali menyerah wanita itu pergi. Apapun, Hasya akan tetap bersamanya. "She is not my wife, but she is still mine"
✓ TUNKU NIEL NATHANIEL by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 3,066,829
  • WpVote
    Votes 190,461
  • WpPart
    Parts 52
# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, TUNKU NIEL NATHANIEL berjumpa pula dengan gadis cantik kelahiran Malaysia, QHAIYRA ARALYN. Jatuh cinta pandang pertama? Nonsense. Tapi memang benar dia sudah jatuh suka pada pandang pertama. Saat salam perkenalan yang dihulur disambut, bermulalah titik permulaan kisah manusia antara dua dunia yang berbeza. "Jom kita couple." ~Tunku Niel "Saya tak nak kita couple. Tapi saya nak kita bercinta." ~Qhaiyra Aralyn. Qhaiyra Aralyn terima. Dia suka Tunku Niel. Dia suka lelaki misteri disebalik mask emas itu. Namun dia terima Tunku Niel pada akhirnya. Lumrah bercinta. Hanya indah pada mulanya. "I hate violence. Mafia. Gangsters. Everything." ~Qhaiyra Aralyn Bimbang gadis itu akan terluka dengan kenyataan yang bakal diterima. Bimbang terancam keselamatan si pemilik hati. Tunku Niel memilih untuk menjauh. Angel deserves someone better. Tunku Niel pulang semula ke agenda asalnya. Dia perlu cari Helenna Mia D'Angelo dengan segera. Tanpa Tunku Niel sedar, Qhaiyra kecewa. Qhaiyra terluka. Tanpa khabar. Tanpa nota. Tunku Niel menghilang begitu sahaja. Dan di saat Qhaiyra Aralyn tersedar akan sesuatu, dia yakin Tunku Niel adalah si lelaki misteri di sebalik topeng emas itu. "You hate violence. You hate mafia. You hate gangsters. Remember?" ~Tunku Niel "I do hate violence. I do hate mafia. I do hate gangsters. Tapi saya tak benci cinta saya." ~Qhaiyra Aralyn "Kita sama-sama pernah terluka. Sekarang, terima saya sepenuhnya. Kita akan bahagia. Itu janji saya." ~Tunku Niel
GERBANG DUA DUNIA : PEWARIS KEMBALI [C] by theayaa_
theayaa_
  • WpView
    Reads 5,404
  • WpVote
    Votes 1,193
  • WpPart
    Parts 28
Seabad lalu, gerbang antara dua dunia ditutup dengan darah seorang penjaga. Namun sumpahan tidak pernah lenyap. Arif, seorang pegawai yang terpaksa dipindahkan ke sebuah kampung misteri merungkaikan persoalan mengenai sejarah nenek moyangnya. Dia mula dihantui bayangan asing sejak pertemuannya dengan Suri, gadis misteri yang hanya muncul di tepi tasik pada malam bulan penuh. Di sebalik senyuman Suri tersembunyi rahsia cinta lamanya, yang mampu membuka kembali gerbang dua dunia. Mengapa Arif menjadi kunci utama terbukanya gerbang dua dunia? Apa telah terjadi disebalik dunia yang kita tidak lihat? Pewaris telah kembali. Dan kali ini, cinta menjadi taruhan paling besar. START: 17/10/2025 END : 30 /1/2026
Silver High: Hani [TERBIT SEBAGAI 'KAD'] by alt-zunally
alt-zunally
  • WpView
    Reads 3,955,944
  • WpVote
    Votes 3,444
  • WpPart
    Parts 4
Tajuk: KAD Penerbit: Buku Fixi ISBN: 9789670042985 Bil mukasurat: 324 muka surat Harga RM24.90 Sinopsis: Setelah lama belajar di rumah, sudah sampai masanya Hani kembali ke sistem persekolahan. Pilihannya Silver High School. Dia nak lupakan semua kenangan pahit hampir tiga tahun lalu, dan dia nak enjoy tahun ini. Tapi pada hari pertama saja sudah macam-macam berlaku. Dia bergaduh dengan Izmeer, budak paling popular kat sekolah, berkenalan dengan Adrian yang cool dan Khairul yang terover friendly, serta terpaksa menghadapi cemburu si Misha yang rasa semua lelaki kat sekolah syokkan dia. Tapi Hani berazam untuk pastikan tahun terakhir persekolahan ni jadi tahun terbaik dalam hidupnya. Dia fikir semuanya akan lancar. Namun kehadiran beberapa keping kad mula menggugat ketenangannya di Silver High. Adakah Hani sedang dikejar masa lalu, atau ada orang yang mahu melihatnya binasa?