New
Истории 123
TEJA CLARISSA : TRAPPED SOUL (Complete) на PLUMERIANA
PLUMERIANA
  • WpView
    Прочтений 196,166
  • WpVote
    Голосов 9,865
  • WpPart
    Частей 85
Teja Clarissa dibesarkan dalam dunia serba mewah, namun kemewahan itu tidak pernah mampu melindunginya daripada luka silam, pengkhianatan dan dendam berdarah yang diwarisi keluarganya. Apabila takdir mempertemukannya dengan Raja Qandhar Patih - seorang lelaki berperwatakan tegas, dingin dan penuh rahsia - hidup Clarissa berubah. Qandhar hadir bukan sebagai kekasih, tetapi sebagai pelindung. Perkahwinan mereka bukan didasari cinta, tetapi demi menyelamatkan maruah... dan nyawa. Namun, bahaya tidak pernah menjauh. Bangkai anjing dihantar ke rumah, tangan Clarissa berlumur darah akibat serangan misteri, dan wajah-wajah dari masa silam mula muncul semula, menuntut dendam yang belum padam. Di tengah badai yang menggoncang jiwa, Qandhar kekal teguh di sisi Clarissa - menjadi benteng pertahanan paling akhir yang dia ada. Namun mampukah kasih yang tumbuh dalam senyap mengalahkan kegelapan yang menyelubungi mereka? Dan sampai bila Clarissa mampu bertahan dalam dunia yang cuba merobeknya dari setiap arah? Dalam perkahwinan tanpa cinta, hadirnya seorang pelindung mungkin lebih bererti daripada seribu janji manis. Start : 28/6/2025 Tamat : 31/7/2025
+ еще 6
BIDADARI UNTUK TUAN ARYYAN на NIAADEEN
NIAADEEN
  • WpView
    Прочтений 17,826
  • WpVote
    Голосов 1,329
  • WpPart
    Частей 36
Cinta sejati.. Bagi seorang jejaka bernama Tuan Muhammad Aryyan Khairy cinta sejati itu hanyalah dongeng semata. Dia tidak pernah tertarik kepada mana-mana wanita sekali pun... Namun, masih ramai wanita yang cuba untuk memikat hatinya. "Diaorang tu bukannya perempuan, tapi betina" -Tuan Aryyan- "Apa perbezaan perempuan dengan betina?" -Ariq Syafiq- "Kau pernah tengok cerita Musang Berjanggut tak? Dalam cerita tu ada satu ayat yang Allahyarham P. Ramlee pernah sebut *perempuan memelihara maruah, tetapi betina menjual maruah*" -Tuan Aryyan- Itulah perkataan yang sering dia ucap setiap kali sahabatnya (Ariq) ketika berbicara tentang wanita Hingga suatu hari, dia bertemu dengan dengan gadis bernama Adeena Kaythara iaitu sahabat kepada teman wanita Ariq (Qisha Sofeya) "Hi... I'm Aryyan Khairy" -Tuan Aryyan- "Cakak Melayu dok buleh ke? Ni Malaysia, bukan Amerika .." -Adeena Kaythara- Itulah kali pertama Aryyan memperkenalkan dirinya kepada wanita. Ada sesuatu yang membuatkan Aryyan jatuh hati pada si gadis, Adeena Kaythara seorang yang berpurdah, berkaca mata dan menjaga dirinya dengan berpakaian labuh dan longgar. Dari itu, bermulalah obsesi Aryyan kepada sang gadis. Adeena juga cukup tertarik dengan personaliti Aryyan. Namun, ketika cinta mula berputik, pelbagai perkara yang terbongkar di antara mereka. Adakah cinta itu akan bertahan? "You're my first and last love." -Tuan Aryyan-
C | Senja Terakhir Kita на notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Прочтений 38,022
  • WpVote
    Голосов 1,407
  • WpPart
    Частей 38
Senja merah jingga menelan langit, tapi Aryan tak sanggup menatapnya. Helena berdiri di tepi balkoni, wajahnya berseri walau tubuhnya kelihatan lemah. "Ary, nanti... kita tengok senja dekat pantai, nak?" suara Helena lirih, cuba kedengaran biasa. Aryan tersengih kecil, menolak dengan nada ringan. "Kau tu sakit, El. Tak payah mengada." Helena mencebik, tapi hatinya bergetar. Dia cuba seloroh, "Kalau ni permintaan terakhir saya, macam mana?" Aryan tersentak, menoleh. "Apa kau cakap ni? Kita bukannya takkan jumpa dah." Diam. Helena menunduk, menahan kaca di matanya daripada tumpah. Dia tersenyum tipis, walau dalam dadanya ada jurang yang tak mampu dijelaskan. Aryan mengusap belakang tengkuk, cuba meredakan suasana. "Kau sihat cepat. Lepas tu baru kita plan tengok senja dekat tepi pantai." Suaranya bersahaja, seolah-olah esok pasti ada. Helena hanya mengangguk. "Kalau awak tahu... Senja di tepi pantai tu... satu-satunya yang tertinggal dalam bucket list saya... Saya cuma nak awak ada sekali. Bukan nanti. Tapi sekarang. Sembuh? Tu cuma dalam cerita fantasi je," hatinya berdesis, meluahkan kata yang tidak mampu meniti di bibirnya. Dia mendongak, menatap langit yang semakin jingga. Senja kali ini terasa lebih dekat, lebih berat, seakan-akan langit sendiri tahu rahsia yang belum pernah terucap. Start: 1st September 2025 End: 22nd September 2025
C | Aiman Ariths на BungaLiliath
BungaLiliath
  • WpView
    Прочтений 103,482
  • WpVote
    Голосов 4,812
  • WpPart
    Частей 87
♤3rd Ariths Series♤ Siapa Aiman Ariths? Cuma dua kata. Buaya Darat Hebat percaturan dunia, tak sangka ada Intan di balik sayap besar Dragon. Putri Intan Kayish- model terkenal yang berjaya mencipta nama dengan hanya jangka masa dua tahun. Dia hebat dalam dunia permodelan tapi hidupnya? Berantakan. Satu demi satu masalah menimpa sejak dia berjumpa dengan Aiman. Dengan rela hati dia ungkapkan kebenaran pahit yang selama ini dia sembunyikan tentang Dragon. Mampukah Intan memilih antara darah dan kebenaran? Aiman Ariths - jejaka yang bersahaja. Sering menjadi penghibur dan mencipta drama swasta dalam organisasi Ariths Security. Tapi soal wanita dia yang paling arif. Seorang jejaka yang tak suka berkongsi cerita, mungkin buat-buat gembira tatkala benci pada ayahnya membuak-buak. "Apa yang kau sembunyikan dia rumah banglo?" Niat ingin menyelamatkan tapi hati Sharon Kirana sudah terpahat buat Aiman. Jejaka yang bertanggungjawab ke atasnya sejak kejadian satu tahun yang lalu. Apa cerita pertemuan mereka berdua? "Tak mudah kan? Aku faham tak mudah nak memilih antara darah dan kebenaran." -Daniel Arsyan Ariths Apa yang ada di sebalik Dragon? Mampukan Ariths Security merungkai kes rumit melibatkan buah hati Aiman? "Bukan itu niat abang"- Aiman Ariths Adakah Aiman mampu pertahankan permaisuri di hati bila Putri Aatika Ariths wujud antara mereka? "See you when I see you, princess" - Aiman Ariths Adakah jalan untuk bersama semula? Start: 9 september 2024 - End: 23 April 2025 See you later!
RINDU YANG DINANTI (C) на zqhirah
zqhirah
  • WpView
    Прочтений 5,668
  • WpVote
    Голосов 508
  • WpPart
    Частей 30
Setelah kemalangan tragis yang meragut nyawa ibu bapa mereka ,Lima beradik terpaksa belajar hidup tanpa orang tua dan tinggal di rumah anak yatim .Namun,tragedi itu bukan sekadar kemalangan biasa.Ianya dirancang oleh seseorang yang penuh dengan perasaan dendam. Tidak cukup dengan masalah yang menimpa..sekali lagi keluarga ini diuji dengan kehilangan salah seorang adik mereka..ini menimbulkan tanda tanya siapakah dalang di sebalik semua perkara yang berlaku ini. Beberapa tahun sudah berlalu , persoalannya dapatkah mereka menewaskan dendam lama yang terus menghantui dan dapatkah mereka bersatu semula setelah sekian lama terpisah..? * Maaf..kalau dalam cerita ni susunan ayat tidak berapa nak bagus.. Jangan lupa vote tau..tq🥰 Start : 31 May 2025 End : 14 July 2025
Adakah Ini Cinta? | C на Balqis04_
Balqis04_
  • WpView
    Прочтений 115,373
  • WpVote
    Голосов 3,804
  • WpPart
    Частей 75
First book || Complete Berkahwin atas dasar mahu menutup aib keluarga bagi pihak perempuan? Itu sungguh mengejutkan bagi Haider kerana dirinya kini harus menerima hakikat yang pahit. Kenapa dia yang dipilih untuk mengahwini seorang perempuan yang dipandang penuh dosa, sombong dengan kemewahan. "Kenapa aku yang perlu melakukan semua ini ya Allah? Takdir apakah yang sedang Kau aturkan untukku?" Bagi Tiara, perkahwinan ini adalah peluang baginya untuk mencapai kepuasan. Berkahwin dengan lelaki yang tinggi ilmu agama. Sangat tidak disangka. Namun, apa dia peduli? Baginya, perkahwinan ini hanya memberi kebebasan untuk terus hidup mengikut caranya, kerana dia yakin Haider tidak akan berani menegurnya. Tetapi itu hanyalah angan-angannya semata-mata. "Kau tak ada hak nak tegur aku, pak imam. Kau tu bukan sempurna sangat pun." Kuatkah Haider untuk menghadapi segala ujian ini bersama Tiara, yang tidak pernah habis menguji kesabarannya? Mampukah mereka mengecapi kebahagiaan seperti pasangan lain di luar sana? Ataukah perkahwinan ini hanyalah jalan penuh duri yang tiada akhirnya? Adakah ini cinta yang mereka cari atau sekadar perangkap kehidupan? "Takdir menemukan kita dan meskipun luka mengiringi perjalanan, di sebalik semua ini pasti akan ada kebahagiaan yang tersembunyi." ⚠️⚠️⚠️ Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dari idea saya sendiri, semoga memberi iktibar kepada anda semua❤️ Start : 18/10/2023 End : 17/2/2025 Cover by : PutraRize_
+ еще 13
Anugerah Terindah [C] на ainelaaa
ainelaaa
  • WpView
    Прочтений 102,228
  • WpVote
    Голосов 2,908
  • WpPart
    Частей 60
↳ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang kesayangan membuatkan Khalish Rifqi hilang arah. Dia merasakan hidupnya kelam setelah cintanya turut terkubur bersama si pemegang hati. Tiga tahun telah berlalu, hati masih tetap setia dengan yang satu sehinggalah takdir membawanya ke satu pertemuan dengan seorang gadis bernama Haania Aylin. "By the way, saya nak jadi kawan awak boleh? - Khalish Rifqi Hidup Haania Aylin penuh dengan kesunyian. Membesar di rumah anak yatim tanpa mengetahui siapa keluarganya. Hidupnya hanya berseorangan, merasakan bahawa jika kedua-dua ibu bapanya pun sanggup membuangnya, apatah lagi orang lain? Pertemuan dengan Khalish memberi sinar baharu. Lelaki itu datang mengisi kesunyian yang ada, melenyapkan segala persepsi yang ada. Rumah tangga dibina membuatkan Haania Aylin merasakan dia wanita yang paling bahagia. "Nia rasa hidup Nia macam dah lengkap. Tak macam sebelum ni. Sekarang, Nia dah ada abang dan selamanya pun Nia akan cintakan abang." - Haania Aylin Namun, apa yang terjadi apabila ayat yang pernah diungkap itu mula sirna selepas terbongkarnya satu rahsia yang sudah tentunya merobek jiwa milik Haania Aylin? "Nia pernah anggap abang adalah anugerah terindah dalam hidup Nia, tapi Nia salah. Ternyata abang hanya bawa luka yang lagi dalam dari apa yang Nia pernah rasa sebelum ni..." - Haania Aylin Dia yang disangkakan bahagia, namun ternyata, hanya luka. Akan adakah cahaya kebahagiaan untuk mereka berdua?
🔞BADRI ISYRAQ : The Ex Boyfriend на AENJIM
AENJIM
  • WpView
    Прочтений 232,892
  • WpVote
    Голосов 8,333
  • WpPart
    Частей 57
Spin off dari The Loyal Man dan The Perfect Enemy. Gara-gara harta dan pangkat, dia difitnah keluarga teman lelakinya. Sedar diri bukanlah sesiapa, dia akhirnya membawa diri jauh ke luar negara. 5 tahun dia berusaha hingga menjadi diri dia yang sekarang. Lea Haryani mampu mendongak kepala memandang mereka yang memandang rendah diri dia sebelum ini. Dia kembali dengan satu tujuan. Membalas apa yang telah mereka lakukan pada dia sebelum ini. Badri Isyraq pula tidak pernah melupakan cinta pertamanya. Dia bertunang atas paksaan keluarga. Hati langsung tidak mencintai si tunang. Kembalinya Lea Haryani di bumi Malaysia mengusik hati Badri Isyraq kembali. Tanpa dia sedar kehadiran Lea Haryani sudah dirancang. Badri Isyraq akhirnya tersungkur. Rupanya Lea Haryani masih tidak memaafkan keluarga mereka. Dia mahukan perpisahan sebab tiada cinta di antara mereka lagi. Di kala Badri Isyraq pula inginkan perpisahan, Lea Haryani sasau. Dia keliru dengan hati sendiri. Antara dendam dan cinta yang mana menjadi pilihannya?
Cinta Yang Tertulis на floweryyfloral
floweryyfloral
  • WpView
    Прочтений 48,573
  • WpVote
    Голосов 1,824
  • WpPart
    Частей 65
Hanya sebuah kisah perjalanan cinta di antara dua orang yang berjodoh, akhirnya bertemu kerana takdir, dan membuatkan mereka bersatu. Nur Nadra Yusayrah tidak pernah menyangka bahawa pertemuannya dengan Muhammad Saqeef Najwan yang bermula dari satu insiden akan menjadi titik mula sebuah kisah cinta yang tertulis untuknya. Pertemuan demi pertemuan tanpa disengaja terus membawa mereka lebih dekat, sehinggalah akhirnya, mereka bersatu di jinjang pelamin. Orang kata, jika bertemu lebih dari tiga kali, mungkin itu petanda jodoh, bukan? Dan memang benar, Nadra dan Saqeef adalah jodoh yang telah lama mereka nantikan selama ini. - ➳ Bacaan santai ➳ Tiada conflict ➳ Realistic story line ➳ Cringe (jangan kata saya tak warning) ➳ More detailed synopsis inside Start: 22 feb 2025 End: 12 may 2025
+ еще 16
Sebening Doa, Seindah Cinta [Complete] на naqira_98
naqira_98
  • WpView
    Прочтений 7,261
  • WpVote
    Голосов 229
  • WpPart
    Частей 31
Mengisahkan perjalanan Firdaus dan Hana, pasangan yang disatukan oleh cinta tetapi diuji oleh keadaan. Firdaus, seorang anggota elit PASKAL, hidup di antara bahaya dan pengorbanan, sementara Hana, seorang wanita yang tegar, belajar untuk mencintai dan memahami suaminya yang selalu terikat dengan tugas negara. Ketika jarak menjadi tembok, cinta mereka diuji oleh kepercayaan. Ketika kesakitan menjadi rintangan, doa menjadi kekuatan. Mereka belajar bahawa cinta sejati adalah tentang melengkapi dari segi kekuatan, kelemahan, dan pengorbanan. Namun, di tengah semua dugaan, adakah mereka mampu mempertahankan kasih yang dibina? Atau akan datang satu hari di mana cinta itu diuji hingga ke batasnya? Nikmati kisah ini untuk menyaksikan cinta yang lahir di antara doa dan pengorbanan yang seindah langit dan lautan. Hana Mikaila X Mejar Firdaus Hazimi