icelemontea's Reading List
4 stories
𝗗𝗶𝗮 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗺𝗽𝘂𝗿𝗻𝗮 by rosemierra
rosemierra
  • WpView
    Reads 5,858
  • WpVote
    Votes 364
  • WpPart
    Parts 4
"Dia sempurna, cukup sempurna dimata aku. Kalau kau tak dapat menilai dia seperti itu, bermakna kau bukan orang yang tepat untuk dia." -Noah Nathan
Detak Janji : HIYA نَبْضِي  by ___nialunee
___nialunee
  • WpView
    Reads 48,326
  • WpVote
    Votes 2,700
  • WpPart
    Parts 41
BOOK 1 • 𝗔𝗘𝗭𝗟𝗜𝗬𝗡𝗔 𝗡𝗔𝗨𝗥𝗔 sanggup berhijrah jauh dari ketenangan Bachok, Kelantan ke hiruk-pikuk Kuala Lumpur. Niatnya cuma satu-mencari rezeki dan memulakan hidup baharu. Namun, dia tidak pernah menduga langkahnya di kota metropolitan ini akan membawanya ke jalan cerita yang jauh lebih rumit. 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗙𝗔𝗧𝗧𝗛𝗔 𝗔𝗗-𝗗𝗔𝗬𝗬𝗔𝗡 pula sudah dua tahun menetap di Kuala Lumpur demi mengendalikan empayar perniagaan milik ayahnya. Lelaki dari Arab Riyadh yang dingin, tegas, dan tidak pernah kenal erti kalah ini langsung tidak menjangka kehadirannya di Malaysia akan diuji oleh seorang gadis sekepala batu. Pertemuan pertama antara Naura dan Fattha mencetuskan 'perang dunia'. Hubungan mereka dipenuhi dengan pertengkaran mulut dan rasa saling membenci. Namun, takdir melakar jenaka paling kejam apabila mereka akhirnya terjerat dalam ikatan perkahwinan aturan keluarga secara paksa. "Aku akan benci mu sampai mampus!" - 𝘼𝙀𝙕𝙇𝙄𝙔𝙉𝘼 𝙉𝘼𝙐𝙍𝘼 Seorang bersumpah untuk mempertahankan benci sehingga mati, manakala seorang lagi tenang mengatur strategi. "I will get you, habibti." - 𝙁𝘼𝙏𝙏𝙃𝘼 𝘼𝘿-𝘿𝘼𝙔𝙔𝘼𝙉 Di sebalik dinding benci yang dibina rapat oleh Naura, mampukah ego Fattha meruntuhkannya? Atau perkahwinan paksa ini hanyalah sebuah medan perang tanpa penamat? "Kau adalah takdir yang aku takkan lepaskan sampai mati" Amaran ⚠️: Cerita ini mengandungi unsur matang, kata-kata kesat, dan aksi kekerasan, namun tiada adegan seksual yang keterlaluan. Jika anda tetap mahu membaca, sila langkau (skip) adegan tersebut, ya? Sila asingkan dunia nyata dengan fiksyen-cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.
Hadiah Takdir by Aashhuuu_
Aashhuuu_
  • WpView
    Reads 24,048
  • WpVote
    Votes 1,249
  • WpPart
    Parts 21
Hidup Aesya Maleeka bukan sekadar tentang cinta remaja yang tidak kesampaian. Dia seorang gadis yang belajar berdiri sendiri meskipun hatinya pernah dipatahkan berkali-kali. Disakiti tidak menjadikan dia lemah. Sebaliknya, dia semakin berani menentang rasa, meski luka itu tetap membekas. "Aku sentiasa ada dengan kau. Kau kan suri hati aku. Nothing to worries, okay?" - Ahmad Mustaqim Tapi janji manis itu akhirnya dibiar tergantung, seakan-akan hilang maknanya. Kehadiran Dina Najla, gadis masa lalu yang tiba-tiba kembali dalam hidup Ahmad Mustaqim, telah membuka lembaran perit untuk Aesya Maleeka. Bukan sekadar kehilangan, tetapi pengkhianatan yang diam-diam melahirkan parut. "Perlu ke kau seksa diri kau macam ni?" - Syed Al-Hafiz Di sebalik tawa yang dipamerkan, ada hati yang diam-diam menanggung beban. Namun, Aesya tahu dia tidak boleh terus tunduk pada derita. Dia memilih untuk tetap melangkah, meski bayangan silam sering cuba menariknya kembali. "I don't wanna be a burden." - Aesya Maleeka "Then let me carry it with you. Izinkan saya ada di sisi awak... bukan hanya hari ini, tapi sampai akhir nafas saya." - Tengku Afraz Rida Mampukah Aesya benar-benar membuka hati untuk Afraz, lelaki yang hadir membawa ketenangan dan janji baru? Atau parut lama akan terus membayangi setiap langkahnya?
Dia Amanah Buatku | 𝐂 by flowerryian
flowerryian
  • WpView
    Reads 286,847
  • WpVote
    Votes 11,737
  • WpPart
    Parts 62
KARYA PERTAMA Arash Arjuna, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disenangi ramai kerana akhlaknya yang murni. Dia diberikan didikan agama yang mencukupi tetapi setiap insan pasti mempunyai kekurangan tersendiri. Aleeya Mikayla, dia bekerja sebagai seorang pakar bedah jantung yang cemerlang. Dia dikurniakan keluarga yang bahagia pada mulanya tetapi berubah sekelip mata kerana satu tragedi hitam yang melanda keluarganya. "Saya memang hidup hanya untuk dipersalahkan ke? Saya tak mampu nak hadap." - Aleeya Mikayla "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Arash Arjuna - "Mungkin kau adalah jawapan pada semua doa yang aku langitkan." - Arash Arjuna "Saya tak sebaik yang awak fikirkan. Saya pun benci diri saya apatah lagi orang lain?" - Aleeya Mikayla Apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini? ⚠ cliche ⚠ typo di mana-mana ⚠ DILARANG PLAGIAT Start - 27/9/2024 End - 7/5/2025