aisy_zenya's Reading List
4 stories
Mrs Gibran  by Ku_Ashiqien
Ku_Ashiqien
  • WpView
    Reads 1,609,670
  • WpVote
    Votes 63,196
  • WpPart
    Parts 63
Ku Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti,aku yang sendiri yang akan meleraikan hubungan kita." "Saya nak jadi Bidadari untuk awak.Bidadari untuk Gibran." "Meskipun hanya pinjaman dunia tapi dia lah perkara paling indah yang pernah hadir.Hanya dia tiada yang lain. Start-2.5.2022 End-11.12.2022
Dr. Crush: Her Savior (C) by idkwydlr
idkwydlr
  • WpView
    Reads 1,142,966
  • WpVote
    Votes 38,619
  • WpPart
    Parts 95
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love first and grope for reasons afterward" - NATASHYA AMMARA Perkahwinan pertama FAREL GIBRAN merupakan hari kebahagiaannya kerana sudah memiliki wanita pujaan yang didambakan, ESHAL DHAMIRAH. Tetapi, kebahagian yang dikecapi hanya sementara, Farel lupa bahawa siapa pemilik sebenar Eshal yang mutlak. CINTANYA terkubur bersama si isteri. Penguatnya pada saat itu hanyalah amanah peninggalan Eshal iaitu anak kembar mereka, FALIQUE ARMAN dan FALISHA AULIA. Tiada yang lebih penting selain mereka berdua. - - - NATASHYA AMMARA, seorang guru tadika yang masih menunggu dengan setia untuk kekasih hatinya, LUTHFI AMIR datang meminang dirinya walau hakikat sebenar hubungan mereka sudah pun retak menanti belah. Mahu melangkah pergi, tapi sayang akan hubungan yang sudah lama terjalin. Pertemuan tak dijangka pada tahun baru persekolahan, menemukan semula Natashya dengan Farel iaitu seorang 'senior' yang pernah diminatinya dalam diam ketika belajar di UNITAR dahulu. Bagaimanakah perjalanan kisah hidup mereka kelak? Adakah lagi cinta dalam diri Farel untuk wanita lain selain Eshal Dhamirah? Dapatkah Natashya mengecapi kebahagiaan yang dipinta selama ini? Highest Rangking: #5 malaysia #2 kisahcinta #2 duda #4 romance ...... Playlist Dr. Crush: Her Savior : 1. Akhir Cerita by Dalia Farhana x Aziz Harun 2. Jangan Jangan by Wani Kayrie 3. Sebenarnya by Alif Satar x Siti Nordiana
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,360,767
  • WpVote
    Votes 100,453
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."