Reading list II
148 stories
RÄFISQY by nainr4writes
nainr4writes
  • WpView
    Reads 597,709
  • WpVote
    Votes 14,283
  • WpPart
    Parts 68
[book 2] ahmad qaisar rafisqy, zandra aleesa. complete. in editing. ✿✿✿ ⚠️ plagiarism is prohibited.
Amsyar Zafran:The Protect Husband by LakarBulann_
LakarBulann_
  • WpView
    Reads 2,087
  • WpVote
    Votes 340
  • WpPart
    Parts 19
𝐇𝐚𝐮𝐫𝐚 𝐅𝐥𝐨𝐫𝐚 𝐱 𝐀𝐦𝐬𝐲𝐚𝐫 𝐙𝐚𝐟𝐫𝐚𝐧 Haura Flora - Sejak kecil, dia tak pernah merasa hangat kasih sayang keluarga sendiri. Disisih, dimarahi, dan dibenci semua orang semata-mata satu kemalangan yang bukan salahnya. Hanya abangnya yang sudi bersimpati, namun tak cukup untuk mengisi kekosongan jiwanya. Hati gadis itu perlahan-lahan retak, hampir putus asa dengan takdir yang terasa terlalu kejam. Amsyar Zafran - Dia jejaka yang tenang namun tegas, yang hidup dengan satu prinsip: melindungi orang yang disayanginya walau apa pun jadi. Luka dan trauma orang terdekat adalah luka juga baginya, dan dia takkan biar sesiapa menyakiti mereka tanpa sebab. Saat Haura Flora akhirnya nekad melarikan diri dari rumah yang seperti neraka baginya, nasib membawanya terlanggar di hadapan Amsyar Zafran. Dia hanya melihat wajah gadis yang basah dengan air mata, dan hati lelaki itu terus tergerak untuk menjaga. "Kau okey tak?" -Amsyar Zafran "Tolong saya... saya nak lari dari rumah tu. Saya takut..." -Haura Flora Sejak hari itu, keputusan dibuat. Amsyar berjanji akan berdiri di sisi Haura sampai ke akhir nyawa, memberikan segala kasih sayang yang selama ini dirampas daripadanya. "Aku terima nikahnya Haura Flora binti Naufal Iman dengan mas kahwin sebanyak RM10,000 tunai." -Amsyar Zafran "Terima kasih dah ubatkan luka hati Haura. Haura tak nak kehilangan yang Haura paling sayang ini" -Haura Flora "Awak adalah ibarat bulan dan saya seperti bintang selalu bersama kemana pun diberada" -Amsyar Zafran Adakah ikatan ini menjadi permulaan bahagia buat Haura? Adakah Amsyar benar-benar akan menjadi pelindung yang setia, menjaga hati dan jiwa gadis itu sepanjang hidup mereka? [Real Story] start:22/5/2026 end:
Takdir You're My Healer [C] by EiSeoya
EiSeoya
  • WpView
    Reads 73,639
  • WpVote
    Votes 3,495
  • WpPart
    Parts 56
Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghantui dirinya. Bisikan halus kerap menghasutnya. Tetapi bisikan yang didengarinya mempunyai makna yang tersirat. 'The trauma is calling you,' Tidak diendahkan. Mungkin hanya sekadar mimpi. Baginya, itu tipu daya syaitan yang cuba menyesatkan manusia. Namun, bisikan itu sering terngiang dalam kepala sehinggakan hampir meragut nyawa sendiri. Hari demi hari Nawwar jadi putus harapan. Buat apa lagi nak hidup atas dunia yang penuh dengan penyeksaan. Tidak lama kemudian apabila kehadiran seorang gadis yang sering membawa aura positif membuatkan dirinya langsung berubah. "You're the strongest man I've ever met in my life," - Emara Iris. Takdir Allah sangat indah. Gadis ini penyinar hidupnya sebagai Cursed Child. Nawwar leka dalam dunia percintaan sehinggalah dia berniat untuk menghalalkan gadis pilihannya. Malangnya, kejadian yang tidak disangka telah menimpa mereka berdua beberapa minggu sebelum tarikh pernikahan. "I'm sorry, I can't bear this pain anymore," - Nawwar Inas Al-Qayyim. [ 1st series of Takdir I ] [ Start published: April 2020 Remake: 2021 (1x); 2022 (2x); 2023 (1x); 2024 (last remake) ] [ SEQUEL Takdir II : Secrets Untold ] [ Karya asli. Jalan cerita semua idea sendiri ] [ Cerita ni memerlukan daya imaginasi yang tinggi ]
Love In Silent ✔ by CikVelvet
CikVelvet
  • WpView
    Reads 1,673,729
  • WpVote
    Votes 61,575
  • WpPart
    Parts 56
Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama sekali.Bagi Aurell Latisha,cinta adalah perkara yang paling sukar untuk dia percaya.Jatuh cinta? Hm,entah macam manalah perasaan tu.Dia sendiri tak pernah jatuh cinta atau hadir rasa suka dalam dirinya terhadap lelaki.Berumah tangga? Lagilah nun jauh di sana.Usah kata nak kahwin,malah bercinta pun belum pernah ada perkataan itu dalam kamus hidupnya.Sebagai seorang pelajar perubatan,kehidupannya sudah cukup sibuk dengan pelajaran dan kerja part time nya sehingga tiada masa untuk dia memikirkan soal cinta.Ya,never! Lain pulak bagi seorang lelaki,Riyadh Nadif.Dia seorang yang kuat keazaman dan akan mempertahankan cintanya walau apa jua yang berlaku,sesuailah dengan kerjanya.Tapi malangnya,belum ada mana-mana gadis yang dapat membuatkan dia berjuang demi cinta.Puas dia cari,tapi tetap tidak jumpa.Mungkin kerana pekerjaannya sekarang ini yang membatutkan impiannya untuk berjuang demi cinta sejati. Takdir telah disusun buat mereka.Demi tanggungjawab,Riyadh bertekad untuk mengahwini gadis itu. tanpa rasa cinta dalam dirinya. "Kalau macam tu,lets get married" -Riyadh Nadif Bagi Aurell,lamaran lelaki itu tidak kena tempat dan masa serta tak masuk akal! Dia sama sekali tidak mencintai lelaki itu.Namun kerana memikirkan dirinya,dia terpaksa juga bersetuju. "Saya tak cintakan awak tapi saya ikhlas mengahwini awak.Saya masih akan anggap awak sebagai isteri saya dan saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai suami awak.Melainkan nafkah batin.." - Riyadh Nadif Tapi setelah berkahwin,Aurell baru sedar yang banyak rahsia yang disimpan oleh suaminya. "Kenapa ya? Saya isteri awak tapi banyak perkara saya tak tahu pasal awak.Awak kerja apa sebenarnya? Kenapa awak tak pernah bagitahu saya? " - Aurell Latisha
My Husband, Mr. Obsession  by nightmareurv
nightmareurv
  • WpView
    Reads 19,070
  • WpVote
    Votes 724
  • WpPart
    Parts 14
Sebuah kisah cinta Hayden dan Arissa.
True Love by amourenvanille
amourenvanille
  • WpView
    Reads 2,006
  • WpVote
    Votes 247
  • WpPart
    Parts 10
ZAREEF NUFAYL pernah berdiri di hadapan pelamin dengan hati yang penuh harapan. Namun pada hari yang sepatutnya menjadi hari paling bahagia dalam hidupnya, wanita yang dijanjikan untuk menjadi isterinya tidak pernah muncul. Sejak itu, dia memilih untuk menutup pintu hatinya rapat-rapat dan menguburkan segala keinginan untuk mencintai. MAWAR HELENA pula pernah membina impian tentang masa depan bersama lelaki yang dicintainya.Tetapi tanpa alasan yang kukuh, tunangnya memutuskan pertunangan mereka dan pergi begitu sahaja. Sejak hari itu, dia tidak lagi percaya pada janji. Tidak lagi percaya pada cinta. Tiga tahun kemudian, takdir menemukan mereka di tanah suci. Di tempat yang dipenuhi doa dan harapan, dua hati yang pernah hancur memohon perkara yang sama. Cinta sejati. Tidak pernah terlintas di fikiran mereka bahawa jawapan kepada doa itu adalah antara satu sama lain. "Awak percaya pada cinta?"- Mawar Helena "Dulu, ya. Sekarang... Saya cuma percaya pada takdir Allah."- Zareef Nufayl "Nampaknya kita berdua rasa perkara yang sama."- Mawar Helena Dengan satu lafaz ijab kabul, mereka disatukan sebagai suami isteri. Tanpa cinta. Tanpa perasaan. Hanya berbekalkan kepercayaan kepada takdir yang telah tertulis. "Kalau suatu hari nanti Zareef menyesal kahwin dengan Mawar?"- Mawar Helena "Zareef lebih takut menyesal sebab tak beri peluang kepada takdir yang Allah dah tuliskan."- Zareef Nufayl Namun, apabila hari demi hari berlalu, mereka mula belajar mengenali satu sama lain. Belajar untuk mempercayai semula. Dan perlahan-lahan, belajar tentang sesuatu yang pernah mati dalam diri mereka. Cinta. "Zareef yakin kita boleh bahagia?"- Mawar Helena "Zareef yakin. Sangat yakin. Kerana Allah takkan menemukan kita tanpa sebab."- Zareef Nufayl Kerana kadangkala, cinta sejati bukanlah tentang menemukan seseorang yang sempurna. Tetapi tentang menemukan seseorang yang tetap memilih untuk belajar mencintai antara satu sama lain walaupun pernah dikecewakan suatu ketika dulu.
𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 419,457
  • WpVote
    Votes 18,019
  • WpPart
    Parts 81
𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐥𝐪𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐲𝐧𝐞 | 𝐇𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐐𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧 "Anggap semuanya cuma perasaan yang tak pernah wujud sekalipun," Tunku Alqaf Zayne tahu satu perkara sejak awal bahawa Haneen Qistin bukan untuk dimiliki. Berkali-kali dia melangkah pergi selepas penolakan yang sama, berkali-kali juga hatinya memilih untuk setia menunggu dari jauh. Namun takdir tidak pernah meminta izin. Satu persatu kehilangan yang dialami Haneen meninggalkan luka yang tak kelihatan, tetapi terasa pada setiap hela nafas Haneen. Dalam ruang kosong yang ditinggalkan duka, Alqaf hadir bukan sebagai pengganti, tetapi sebagai lelaki yang masih menyimpan rasa yang tak pernah mati. Pertemuan demi pertemuan menumbuhkan sesuatu yang mereka cuba nafikan. Di sebalik senyuman dan jenaka ringan, terselit perasaan yang semakin sukar disembunyikan. "Qaf... tolong jadi suami aku?"- HANEEN QISTIN "Tidak. Lebih baik kau cari lelaki lain." - TUNKU ALQAF ZAYNE Di situlah Alqaf mula memahami rahsia yang disimpan Haneen. Dan Haneen pula akhirnya melihat apa yang Alqaf simpan untuknya selama ini. "Something buruk tu takkan terjadi dan aku takkan benarkan benda tu jadi." Antara kenangan yang belum sembuh dan cinta yang datang perlahan-lahan, mampukah mereka memilih satu hati, satu janji, dan satu-satunya yang benar?
Bunga Pujaan Hero [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 226,081
  • WpVote
    Votes 12,347
  • WpPart
    Parts 49
"She just like amaryllis. The flower has splendid beauty but at the same time full of pride. She doesn't care about herself or her future. All she care is her pride." - Saif Kaizer. Amaryllis Adra, si sosiopat. Anak luar nikah yang masih mengharapkan kebahagiaan. Selalu inginkan si jejaka yang tidak tergoda dengannya. "You mesti tahu yang salah satu ciri ASPD ialah keinginan untuk memiliki sesuatu. And you make me craves you badly." -Amaryllis Adra Saif Kaizer, si penyiasat. Muncul sebagai pemadam api buat si sosiopat. Hatinya digoda oleh si bunga. Jiwanya mahukan amarilis jadi miliknya. "Jika saya betul-betul jatuh cinta pada awak, saya tak tahu apa yang saya akan lakukan pada masa depan." Kaizer benar-benar cintakan bunga itu.
He's My Real Love Luqman Hakeem | COMPLETE  by lemonadefitt
lemonadefitt
  • WpView
    Reads 140,111
  • WpVote
    Votes 4,422
  • WpPart
    Parts 54
he's My series 4 Luqman Hakeem~Saidatul Mardiah Saidatul Mardiah adalah seorang gadis yang tabah dan cekal dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Hidupnya baik-baik saja bersama keluarga tercinta. Ayah, ibu, abang dan adik. Tetapi mampukah dia meneruskan hidup dengan rasa trauma yang mendalam? Dia hampir disentuh oleh bekas kekasihnya sendiri. Sakit? tipu lah tak sakit. Hidupnya yang kelam mula ada sirna apabila seorang jejaka berjaya mengetuk pintu hatinya. Luqman Hakeem. Seorang jejaka yang.. bongkak? Iya, itu memang dirinya sendiri. Mempermainkan hati wanita? itu hobinya. Kaya? Sudah semestinya. Kacak? sudah pasti. Semua dia ada. Apa yang dia tidak ada? Perasan kasihan. "Aku dare kau, kalau kau mampu buatkan perempuan tu jatuh cinta dengan kau, habuan besar aku bagi pada kau." -Raden Iqbal "Deal." -Luqman Hakeem "Hye boleh kita berkenalan? Nama aku Luq---" -Luqman Hakeem "Nope." -Saidatul Mardiah Dendam mula menjalar di dalam diri apabila dia ditolak mentah-mentah. Bermacam-macam cara dilakukan pada si gadis untuk membalas dendam sehingga dia puas. Satu peristiwa yang membuatkan dia luluh dengan sikap gadis itu. "To..tolong sa..saya. Di..dia nak ro.. rogol sa..saya." -Saidatul Mardiah "Shh, i'm here sweetheart." -Luqman Hakeem Sejak daripada kejadian itu mereka makin dekat dan memutuskan untuk melangkah ke jinjang pelamin. Perkahwinan yang dibina pada awal baik-baik saja. Sehingga satu hari, dia mengetahui Luqman mengahwininya hanya sekadar 'dare'. Hancur lebur hatinya. Mahligai yang disangkakan indah namun pada akhirnya bergoncang. "Sampai hati awak Luqman. How dare you?!" "Sa..sayang, bukan macam ni yang sayang sangka. Ni salah faham." "Salah faham? awak cuba nak perbodohkan saya ke Luqman Hakeem?!" Sungguh hati lelakinya diisi dengan penyesalan. Sungguh sukar untuk meleburkan sekeping hati Saidatul yang sudah membeku? Mampukah dia merawat luka yang ditoreh di hati isterinya sendiri? Start:29/06/24 End :?
He's My Malicious Husband Irfan Haneef | COMPLETE  by lemonadefitt
lemonadefitt
  • WpView
    Reads 312,284
  • WpVote
    Votes 7,836
  • WpPart
    Parts 63
he's my series 3 Syed Irfan Haneef~Nadine Syahirah Mengisahkan seorang gadis mempunyai raut wajah yang sempurna. Jatuh cinta? Tiada istilah cinta di dalam kamus hidupnya. Saban hari, cinta itu mulai muncul di dalam dirinya apabila menemui seorang jejaka. "abang, yang tu tadi kawan kau ke?" -Nadine Syahirah "Haah. Kenapa? kau minat dia eh?" -Nufail Afif Pada mulanya, si gadis cuba menolak tepi perasaannya, tetapi, apabila berada dekat dengan jejaka itu, degupan jantungnya berdegup kencang. "Fitra aku rasa, aku dah jatuh cinta lah" -Nadine Syahirah "kau demam ke Irah? ke aku yang tak cukup tidur ni?" -Althea Fitra "tolong aku weh. Aku tak nak dia nampak yang aku obses sangat dengan dia" -Nadine Syahirah Berkat pertolongan si sahabat, akhirnya dia berjaya mendekati jejaka itu. "Irfan, saya suka awak" -Nadine Syahirah "Aku tak suka kau" -Irfan Haneef Pelbagai cara dibuat oleh si gadis untuk menambat hati si jejaka tetapi sedikit pun tidak dipandang. Sampai satu tahap, si gadis sanggup menggunakan cara kotor untuk memiliki si jejaka. "Kau ingat dengan cara kotor ni aku boleh jatuh cinta dengan kau ke?!" -Irfan Haneef "Bagi saya peluang untuk saya tambat hati awak Irfan" -Nadine Syahirah "Never. Nama kau cuma tertulis di atas sijil nikah kita, tapi sikit pun nama kau tiada dalam hati aku. Airin Sofiya je yang ada dalam hati aku" -Irfan Haneef Pukulan dan cacian makanan yang diberi oleh si suami kepada si gadis. "kau yang minta jalan ni. Nak tak nak kau kena terima" -Irfan Haneef Satu kejadian yang membuatkan si gadis mengundur diri dari alam perkahwinan. "anak saya mati disebabkan awak Irfan. jadi beritahu saya kenapa saya perlu hidup dengan orang yang bunuh anak dia sendiri?" -Nadine Syahirah "Abang tahu abang salah. Beri abang satu peluang lagi untuk tebus kesalahan abang dekat sayang selama ni" -Irfan Haneef "Pergilah Irfan. Kembalilah pada wanita yang awak dambakan selama ni. Saya lepaskan awak" -Nadine Syahirah