Nxrazz's Senarai Bacaan
16 stories
Janji Manis Nakhoda Cinta  by pksw_nizt
pksw_nizt
  • WpView
    Reads 342
  • WpVote
    Votes 82
  • WpPart
    Parts 19
"Andai kata abang tahu sedalam ini busuknya hati sayang, abang tak akan pernah sudi kenal sayang." "Jangan harap abang dan isteri abang tu akan bahagia selagi sayang masih bernafas kat bumi ni!" Cinta antara Aelvian Rayyan dan Zaryna Vetricia gagal berputik. Mereka ditenggelami laut egois yang merobek rasa cinta di hati. Pesona Fiona Clara membuka lembaran baru di hati Aelvian Rayyan, sementara Zaryna Vetricia dibakar api cemburu yang menyesakkan dada. Ke mana arah tuju cinta yang berdarah ini? Siapa Fiona Clara, yang kehadirannya menggegarkan segalanya?
E-Book: Broken (The Story of Aleeya) by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 759
  • WpVote
    Votes 14
  • WpPart
    Parts 1
[Book 10] "Dia hadir sebagai pengubat, dan dia pergi sebagai luka terhebat..." Buat seseorang yang memiliki segalanya, amat sukar untuk menerima kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Kebahagiaan dan ketenangan yang dirasakan selamanya, hanyalah sebuah persinggahan yang sementara. Langit yang biru tidak lagi cerah. Kuntuman bunga yang mekar akan luruh apabila tiba waktunya. Terus mempersoalkan. Sering menyalahkan diri. Jiwa muda yang kian memberontak. Bahu yang menanggung beban serasa lemah dan tidak berdaya lagi. Pada saat itu, hanya satu cara yang terlintas. Mengalah. Semakin hari harapan kian lebur, berulang kali sebuah realiti menghenyak tubuhnya sehingga tersungkur. Seseorang yang tidak pernah dia peduli, muncul sebagai kekuatan dan semangat baru. Tangan yang dihulur begitu tulus untuk memimpin dan menemani. "Tapi awak tak tahu apa bayarannya untuk mengenali perempuan seperti saya, Tash." -Aleeya Qistina "Saya tahu. Dan saya bersedia untuk bayarannya." -Tashriq Dunia yang kelam dan suram sedikit demi sedikit memunculkan warna. Jiwa kosong dan sunyi terus terisi dengan segala kebaikan dan keikhlasan yang tak mampu dia menolak. Seperti tersedar dari mimpi yang indah, Dia terlupa setiap isi bumi ini adalah sebuah pinjaman dari tuhan. Akhirnya dia kembali ke musim luruh tanpa warna bunga yang indah. Dia kembali merasakan sebuah patah hati, yang paling dalam dan perit. Luka yang dipalitkan terus berdarah dan semakin parah. "Sekali lagi saya tamak dan pentingkan diri. Saya terlalu terbuai dengan 'bunga' yang awak berikan kepada saya, tanpa saya tahu, 'bunga' itu adalah racun. Racun yang membunuh hati saya yang ikhlas untuk awak..." Mampukah hati yang sudah patah untuk kedua kalinya kembali sembuh? Bagaimana dia dapat mempercayai sesiapa lagi jika yang menyakitinya adalah orang yang berjanji untuk setia di sisi? Apa makna 'lelaki' jika hanya meninggalkan trauma dalam hati seorang wanita yang hanya ingin dicintai?
𝐓𝐞𝐫𝐥𝐞𝐫𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐈𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐄𝐛𝐨𝐨𝐤) by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 1,909
  • WpVote
    Votes 47
  • WpPart
    Parts 2
[ Book 6 ] Hud Rafael - seorang doktor yang bekerja di sebuah hospital yang sentiasa sibuk. Jadual kerjanya yang tak menentu membataskannya untuk meluangkan masa bersama isteri dan anak tercinta. Namun, dia cuba sedaya upaya untuk membahagiakan dua orang bidadarinya. Tiada yang lebih penting selain daripada isteri dan anak mereka. Walaupun dia jarang berada di rumah, tak pernah sekali dia mengabaikan keluarga. Baginya, biar dia yang hampir separuh mati mencari rezeki untuk kesenangan keluarganya. Haura Alysa - seorang suri rumah yang sangat memahami pekerjaan si suami. Dia cuba untuk meringankan beban suami dengan membantu lelaki itu menguruskan anak dan rumah. Tak pernah sekali dia mengeluh dan memberontak setiap kali Rafael perlu bekerja sehingga tiada masa untuk keluarga kerana dia tahu Rafael sentiasa mengutamakan mereka walau apa jua keadaan. Namun, langit tak selamanya cerah. Pelangi tak selalu muncul. Keluarga yang bahagia mula berantakan apabila hadirnya orang ketiga. Tika si suami sibuk mencari rezeki buat keluarga, si isteri tegar mencari 'peneman' untuk mengisi kekosongan di hati. Tak pernah terduga di fikiran Rafael yang rumahtangga mereka akan diuji sebegini tiap kali membayangkan betapa mereka saling mencintai antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, manusia sentiasa berubah. Ikatan yang diikat dengan lafaz suci, terlerai angkara pengkhianat antara mereka. Mampukah Rafael terima kecurangan isteri yang tercinta? Adakah Rafael tetap ingin pertahankan hubungan yang hampir musnah ataupun mengalah demi bahagia si isteri? "Dayus ke abang kalau abang tahu isteri sendiri ada lelaki lain tapi tetap tak nak lepaskan?"
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒 by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 713,200
  • WpVote
    Votes 33,543
  • WpPart
    Parts 61
[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama menambat hatinya. Tambahan lagi, rezeki seperti berpihak kepadanya apabila dia diupah menjadi bodyguard gadis itu. "Selamat pagi Cik Khayra. Saya bodyguard Cik Khayra mulai hari ini." -Tengku Ayden Qaiser Siapa sangka, pertemuan biasa sewaktu alam persekolahan, menghadirkan rasa asing dalam diri. Namun, semakin lama dia mendekati gadis itu, semakin banyak rahsia yang tidak diketahuinya. Andaikan dia tahu gadis itu perlu melalui semua itu, sejak awal lagi akan dia jadikan gadis itu yang teragung di hati. Akan dia bahagiakan Khayra tanpa sedikitpun kesedihan. Khayra Soffeya, seorang gadis yang kasar dan bekerjaya. Mempunyai perniagaan sendiri dan selesa berdikari memandangkan dia hanya ada diri sendiri. Datang dari keluarga yang porak peranda dan hidup dalam trauma yang tak dapat dibendung. Sejak kehadiran seorang lelaki yang diupah menjadi bodyguard, dia terasa hidupnya disekat. Dia tak dapat berdikari dan lakukan semua sendiri lagi. Disebabkan itu, dia tidak suka akan kehadiran Ayden. "Aku tak tahu apa niat kau dekati keluarga aku tapi yang pasti aku takkan biarkan kau terlepas. Watch out." -Khayra Soffeya 'You are my one and only intention why I came here.' -Tengku Ayden Qaiser "I'll never give up on you even though you keep pushing me away." -Tengku Ayden Qaiser "Buang je lah niat tu jauh-jauh. Aku bukan perempuan yang patut kau perjuangkan." -Khayra Soffeya 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 ( 2/10/2022 ) 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐭𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚 ( 16/11/2022 )
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘 by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 790,816
  • WpVote
    Votes 28,830
  • WpPart
    Parts 73
[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang sudah lama dia dambakan. Hatinya tetap setia walaupun mereka terpisah hampir berbelas tahun. Disebabkan keluarga, dia terpaksa pergi jauh dan berpisah. Lantaran itu, dia kembali muncul dengan satu hasrat. Menjadikan gadis itu miliknya. Namun... sebaik sahaja dia berjaya menjumpai gadis itu, segala-galanya berubah. Gadis yang dia dambakan bukan seperti dahulu lagi. Dan yang lebih menyakitkan, gadis itu langsung tidak mengenalinya. Namun... dia tetap tidak akan berputus asa dalam mencintai gadis itu. Akan dia jadikan gadis itu miliknya walau apa pun terjadi. Dhia Zandra- seorang gadis yang suka bersosial dan pentingkan kebebasan. Walaupun umurnya sudah meningkat dewasa, dia langsung tak berminat hendak mengambil alih syarikat keluarga. Hidupnya yang langsung tidak pernah dikongkong mulai terganggu apabila wujudnya seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Yang lebih mengejutkan, lelaki itu hadir untuk menjadikannya isteri. Kehadiran Aqeel benar-benar membuatnya tak senang. Lelaki itu seakan-akan mengekang dirinya untuk merasa bebas. Mampukah Zandra menerima takdir bahawa Aqeel adalah jodoh yang telah tertulis? Dan mampukah Aqeel mengubah gaya hidup Zandra dan sabar dalam mendidik gadis itu menjadi wanita solehah? Dugaan demi dugaan di sepanjang perkahwinan benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan mereka. Mampukah mereka tempuhi bersama? Ataupun perpisahan adalah jalan yang terbaik demi kepuasan orang sekeliling? 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐢𝐬𝐥𝐚𝐦𝐢𝐜 ( 14/12/2022 ) 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐛𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 ( 24/7/2023 ) 🥉 Highest ranking no. 3 in 𝐬𝐚𝐝 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞
𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 306,267
  • WpVote
    Votes 13,701
  • WpPart
    Parts 76
[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun, dia masih menyimpan rahsia yang semakin lama semakin menghantui. Yang menjadi persoalan, apa rahsia di sebalik kebahagiaan yang ditunjukkan di depan keluarganya? Kisah kali ini bukan sahaja melibatkan Randika tetapi melibatkan semua pihak apabila mereka tidak henti diuji, dan bagaimana reaksi mereka untuk menghadapinya. Battle In Love mengisahkan tentang manusia yang bertarung untuk meraih sebuah cinta. Setiap manusia mempunyai definisi cinta yang berbeza-beza. Jadi, bagaimana mereka bertaruh untuk mendapatkannya? Semua akan terjawab dalam Battle In Love. ⚠️ cringe overload ⚠️
UNENDING LOVE [TERBIT] by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 1,328,700
  • WpVote
    Votes 1,136
  • WpPart
    Parts 3
[ Book 2 ] Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah tentu orangnya juga lemah lembut dan sopan. Tetapi... itu semua drama tv3 sahaja! Dia hanyalah gadis biasa yang perwatakan ganas dan kasar. Sering sahaja digelar 'tomboy' oleh orang sekeliling tetapi dia peduli apa... ini hidup dia, dia berhak buat apa sahaja dia mahukan. Itulah prinsip hidup seorang Raysa Amanda. Heriz Zayyan, seorang lelaki yang bekerja sebagai juruterbang, memiliki kekayaan yang luar biasa, perwatakan dingin dan sombong. Walaupun usia sudah meningkat, tidak pernah terfikir dirinya untuk berkahwin. Baginya, perempuan hanya menyusahkan. Tiada yang boleh menyenangkannya, rumit! Pertemuan antara Raysa dan Heriz yang tidak dirancang membuatkan gadis itu mula menaruh hati. Sifat Heriz yang protective dan caring sentiasa memberinya harapan untuk memiliki lelaki itu. Namun... Kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segala-galanya... Hati yang berbunga indah untuk lelaki itu mula layu apabila Heriz menaruh hati pada sahabat baiknya, Aleeya Qistina. "Eh, aku rasalah kan aku dah jatuh cintalah, Raysa." -Heriz Zayyan Terus terkubur harapan yang menggunung, hati yang sentiasa berkembang mekar untuk lelaki itu mula mati sedikit demi sedikit dihenyak kenyataan. Mampukah Raysa Amanda menerima kenyataan bahawa lelaki yang dicintai tidak mampu dimiliki? Highest ranking no. 1 in sad romance ( 28/9/2022 ) Highest ranking no. 1 in sad ( 6/10/2022 ) Highest ranking no. 1 in broken ( 29/10/2022 )
+5 more
Lost In Revenge  (TERBIT) by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 1,933,097
  • WpVote
    Votes 13,466
  • WpPart
    Parts 12
[ Book 3 ] Randika Daniel- sebaris nama, dua patah kata namun siapa sangka mampu menggerunkan hati yang melihatnya. Beku. Itulah definisi yang sesuai untuk menggambarkan dia. Tiada siapa tahu apa yang berada di dalam benak fikiran lelaki itu. Semuanya diluar jangkaan manusia. Wajah yang langsung tidak tercalit sebarang senyuman mahupun reaksi. Sejarah hitam yang menghantuinya membuatkan seorang Randika Daniel berubah menjadi lelaki yang tidak berperasaan. Dendam yang disimpan di jiwa yang paling dalam tidak akan dihapus selagi belum dilunas secukupnya. Itulah matlamat hidup Randika Daniel. Larissa Cyra- seorang gadis yang sangat menjaga adab dan batasnya terutama sekali dengan ajnabi. Disebabkan pemakaiannya yang sentiasa terjaga dan menutup aurat, membuatkannya dipandang hormat oleh orang sekeliling. Seorang yang lemah lembut dan disenangi. Namun, siapa sangka gadis polos sepertinya mempunyai kisah silam yang paling gelap? Dosa yang dilakukan menjadikannya seolah-olah dialah manusia paling hina di atas muka bumi. Betullah seperti yang selalu diperkatakan, manusia tidak akan pernah lari dari membuat kesilapan, yang membezakan sesama manusia adalah dosa yang dilakukan. Kisah dua manusia yang melalui titik-titik hitam dalam hidup mereka sehingga dipertemukan bersama, mampukah mereka terus reda dengan nasib yang ditimpa? Adakah ujian yang diturunkan itu akan mendekatkan mereka ke arah Tuhan atau sebaliknya? 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐬𝐚𝐝 ( 30/10/2022 ) 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐥𝐨𝐯𝐞 ( 4/11/2022 ) 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 ( 6/11/2022 ) 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐭𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚 ( 24/11/2022 ) 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐡𝐮𝐫𝐭 ( 4/12/2022 ) 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐞𝐠𝐨 ( 25/4/2023 )
𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀 (TERBIT) by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 591,130
  • WpVote
    Votes 6,235
  • WpPart
    Parts 14
[ Book 7 ] Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur hidup. "Aku penjaga kau sekarang dan selamanya." -F.I "I don't need anyone to take care of me. Especially you." -J.A Menjaga dan melindungi. Siapa tahu, arahan yang dijatuhkan kepadanya kali ini cukup berat apabila dia dipertemukan dengan seorang gadis yang keras kepala dan mempunyai pendirian sendiri. Setiap suruhannya, tanpa bersalah diingkari. Setiap yang dia kata, semudah itu dipatahkan. Dia yang bukan seorang penyabar, disatukan dengan gadis yang sering menguji kesabaran. Tak boleh bertentang mata, ada saja yang mahu ditelagah. "I don't tolerate with disobedience. Don't provoke me." -F.I "Semakin you larang, semakin I akan buat. I loves disobedience." -J.A
FIGHT FOR LOVE [TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,907,595
  • WpVote
    Votes 19,419
  • WpPart
    Parts 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025