My List
3 stories
𝗥𝗮𝘆𝘂 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗸𝘂 | 𝙍𝙚𝙫𝙖𝙢𝙥 by 0nlynuhaa
0nlynuhaa
  • WpView
    Reads 341,837
  • WpVote
    Votes 11,482
  • WpPart
    Parts 29
"Rayu padaku, walau sekali... dan aku akan kembali seribu kali." Nur Nadia Safeeyah dan Tuan Thaqif Hayyan membesar sebagai sahabat kecil yang selalu bersama tetapi akibat desakan hidup, keluarga dan masa yang memisahkan pertalian mereka. Dan apabila mereka bertemu kembali, kedua-duanya sudah berubah. Thaqif Hayyan, beliau kini akan menjadi seorang pemilik syarikat yang ternama, manakala Nadia pula cuma wanita biasa yang menyimpan luka lama. Tanpa disangka sesiapa tetapi disangka oleh takdir, mereka dikahwinkan dalam keadaan rahsia. Mulanya, mereka hidup bersama dengan bahagia yang mana ianya penuh dengan gelak tawa, cemburu manja dan rutin kecil yang mendamaikan. Tetapi tanpa angin tanpa ribut, segalanya mula berubah apabila satu pendrive muncul. Satu nama lama kembali. Dan satu kebenaran terbongkar. Dan saat itu, Nadia mula sedar bahawa cinta yang selama ini dia peluk erat ialah terbina di atas sebuah pembohongan. Dia pergi. Tanpa pesan. Meninggalkan Thaqif yang meratap dalam diam selama tiga tahun lamanya. Tetapi, cinta mereka tidak pernah mati. Thaqif kini bukan lagi lelaki yang dulu. Di balik kekuasaan dan kejayaan, dia masih mencari wanita yang mencuri jiwanya sejak kecil lagi. Dia rela tunggu dan terus menunggu walau selamanya. Kerana bagi Thaqif, cinta yang suci adalah hadir daripada jiwa yang suci jua. "Kalau awak tak sudi pandang saya sebagai suami, pandanglah saya sebagai lelaki yang pernah jatuh cinta pada awak sejak pertama kali kita bertemu." - Thaqif Hayyan. - Minta budi baik akak cantik manis dan adik tampan bergaya supaya tidak plagiat story saya ini ye😊 Kalau saya dapat tahu, maaf sangat. Saya terpaksa ambik tindakan ye☺️ Cerita ini 100% daripada idea seorang gadis Introvert ini iaitu saya👀 Jadi harap maklum ye sayang saya. Harap sangat titik peluh, lena malam saya yang dicuri akan dihargai💞🫂
𝙏𝙪𝙣𝙠𝙪 𝘼𝙖𝙧𝙤𝙣 𝙃𝙖𝙣 | 2027 by 0nlynuhaa
0nlynuhaa
  • WpView
    Reads 57,614
  • WpVote
    Votes 129
  • WpPart
    Parts 1
Tunku Aaron Han. Nama yang cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja tunduk hormat. Tunku Aaron Han, anak kepada lelaki berpengaruh di negara juga pewaris empayar kekayaan yang tak terjangkau akal. Tetapi di sebalik wajah yang tenang dan sikap dingin itu, ada sesuatu yang telah lama mati di dalam dirinya. Dia tak percayakan perempuan. Dia tak benarkan sesiapa mendekat pada dirinya. Hidupnya sunyi, teratur dan penuh dengan rahsia. Sehinggalah satu masa, seorang gadis bernama Armell Irdhini muncul sebagai pembantu rumah di rumah agamnya menggantikan tempat kakaknya tanpa dia tahu apa yang bakal menanti dirinya di sana. Dhini tidak lembut. Dan Dhini juga tidak tunduk. Dan yang paling menyakitkan bagi Aaron ialah Dhini tidak takut pada apa-apa yang ada di hadapannya. Setiap hari adalah perang kecil. Setiap pertemuan penuh percikan. Namun tanpa dia sedar, kehadiran gadis itu mula menggugat tembok kebencian yang dibina bertahun lamanya. Masalahnya satu sahaja iaitu, Tunku Aaron Han bukan lelaki biasa. Dan keluarganya bukan keluarga yang mudah untuk dilawan. Dan apabila masa lalu mula menghantui dan rahsia mula mencari jalan keluar, Dhini perlu memilih untuk pergi sebelum terluka atau kekal dan menyelamatkan lelaki yang tak pernah tahu cara untuk diselamatkan. Dan apa sebenarnya yang cuba dilindungi oleh Aaron daripada dunia atau daripada dirinya sendiri? Jika cinta mula mengetuk hati yang telah lama terkunci, adakah ia mampu menyembuhkan? Atau Dhini hanya akan menjadi satu lagi alasan untuk Tunku Aaron Han membenci dirinya sendiri kembali?