Romantic
4 stories
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,396,673
  • WpVote
    Votes 77,903
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
GODAAN LADIVA by BungaaSerii
BungaaSerii
  • WpView
    Reads 3,703
  • WpVote
    Votes 97
  • WpPart
    Parts 16
Ladiva Larissa ialah supermodel terkenal yang cantik dan seksi. Dia hidup dalam dunia glamor, namun hatinya mula terusik saat pertama kali bertemu dengan Tengku Izzrin Iryan seorang CEO muda, kacak dan dingin. Masalahnya? Lelaki itu ialah kekasih sahabat baiknya sendiri, Irena Rania. Ladiva tahu perasaannya salah. Namun, baginya, selagi lelaki itu belum berkahwin, dia masih ada peluang. Irena Rania pula seorang pereka fesyen yang berjaya, yang sangat mempercayai Ladiva sebagai sahabatnya malah menjadikan Ladiva sebagai model utama untuk semua rekaannya. Dia langsung tidak menyangka sahabatnya menyimpan perasaan terhadap lelaki yang dicintainya sepenuh hati. Sejak pertemuan pertama mereka, Ladiva mula mendekati Tengku Izzrin secara perlahan-lahan, menggoda dalam diam, dengan harapan lelaki itu akan jatuh cinta padanya. Tapi semakin dia cuba, semakin lelaki itu menjauh dan tidak melayan. Tapi siapa tahu, mungkinkah hatinya terganggu? Konflik mula timbul antara godaan, kesetiaan dan cinta. Adakah Ladiva akan teruskan niatnya? Atau dia akan kehilangan sahabat? Dan siapa yang akan menang dalam permainan hati ini?
QAYDER : MR COLD by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 12,093,795
  • WpVote
    Votes 401,827
  • WpPart
    Parts 58
# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cuma mahu jadi dia dan impiannya cuma satu. Mahu menjadikan Airaa, gadis manis bertudung litup sebagai isteri. NAWRA ASYALAA pula seorang supermodel terkenal. Katanya dia punya bentuk tubuh yang lebih cantik dan curvy berbanding model biasa. Seksi. Kaya. Dilimpahi job modelling sentiasa. Orangnya diva yang amat. Satu peristiwa serangan ketika runaway untuk jenama butik paling mahal di Malaysia mempertemukan dia dengan seorang mamat kutub utara. Dingin dia negatif infiniti darjah celsius. Tapi malangnya, si hot Nawra Asyalaa terjatuh suka dengan si kutub utara, mamat ais tu. Asyalaa mula mencari dan terus mencari sehingga jumpa. Dan Nawra mula obses di akhirnya. "Boleh kita berkenalan?" -Asyalaa "Sorry. I hate orientation." -Qayder Wow. Jual mahal. I likey... Pelbagai cara Nawra cuba untuk pikat dan tundukkan polar bear dari kutub utara. Dari buat-buat dingin sama sehingga cubaan menggoda. Tapi tetap tak jalan. "Pakai seksi macam mat lampir berkemban. Fesyen apa ni mak cik?" -Qayder "F you!" -Asyalaa Oh. Polar bear dari kutub utara tu nak kahwin dengan Mira Filzah idaman hatinya. Okey. "Murah sangat ke harga diri kau?" -Qayder "I don't care because at last... you're mine." -Asyalaa Tapi hakikatnya... lelaki itu lebih berbahaya. Bukan hanya hot dan beku semata-mata. "Be careful with my temper. But watch out more for my tempting session as i won't make it easy on my prey." -Qayder. Okey. Okey mister 'tempter'. Saya pun sukakan cabaran.
Mrs. King: The Queen From Marhaen by thefatiha__
thefatiha__
  • WpView
    Reads 12,990,760
  • WpVote
    Votes 580,724
  • WpPart
    Parts 74
(COMPLETED) Dia satu-satunya cinta. Sejak pertama kali aku menjejak ke sini, hanya dia menjadi sebab aku memilih untuk tinggal di 'neraka' itu. Menjadi isterinya adalah angan-angan terbesar. Mengapa bukan cita-cita? Angan dan cita berbeza. Cita untuk sesuatu yang boleh digapai. Angan? Dia Si Putera Raja. Pewaris tunggal King of Werland. Tingkahnya dingin, wajahnya kaku. Auranya mencengkam,matanya tajam. Dalam erti kata lain, dia adalah igauan. But, he hates me. Sejak pertama kali bertemu empat mata dengannya-18 Mei sehinggalah sekarang, hinaan tak pernah lepas dari bibirnya. Sehingga satu sebab, dia memilih aku sebagai isterinya.