noahziyyad's Reading List
5 stories
The Revival of Love (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 224,763
  • WpVote
    Votes 8,745
  • WpPart
    Parts 47
Suri Hawani menjadi mangsa hasad dengki Yusra Zulaika yang mahukan kedudukannya sebagai wanita kesayangan Emir Hadi. Pelbagai fitnah dan adu domba dilakukan agar Suri terbuang di dalam hidup Emir. Perbalahan demi perbalahan sehingga akhirnya Emir melafazkan talak kepada Suri. Dia dibuang oleh Emir bagai anjing kurap yang penuh jijik. "Sebenarnya Suri dah lama curang dengan abang! Dia ada skandal dekat pejabat!" - YUSRA ZULAIKA. "Tak, abang! Saya dengan Zayn tu tak ada apa-apa pun! Saya tak curang dengan abang!" - SURI HAWANI. Malang terus menimpa hingga Suri terlibat dalam kemalangan yang merosakkan seluruh wajah dan tubuh badannya. Berbulan-bulan di hospital tanpa pengetahuan sesiapa namun suatu hari ada seorang lelaki yang egoistik dan optimistik hadir menghulurkan bantuan. "Now you choose, sama ada you nak pergi pada anak kandung you atau you nak pergi pada anak susuan you. They're both your legal children but you can only choose one." - TAN SRI ISKANDAR RAID. Namun apabila bertemu semula dengan Emir, dia seperti tidak mahu melepaskan dendamnya. "Keperibadian Puan Sri mengingatkan saya pada arwah bekas isteri saya, Suri Hawani. Cara Puan Sri pandang saya... bercakap dengan saya amat mirip dengan dia." - EMIR HADI. "Ya ke? Mungkin sebab you rasa you ada dosa dengan dia, itu yang asyik teringat saja tu." - ANGGUN ALESSA. Habis punah semua rasa angkara dusta. THE REVIVAL OF LOVE
VOUS DETEST by yuyuaira
yuyuaira
  • WpView
    Reads 534,310
  • WpVote
    Votes 22,777
  • WpPart
    Parts 56
[KARYA KETIGA YUYUAIRA] ~~~ NAURA ZULAIKHA Ibu bapanya meninggal dunia sekali gus menjadikan dia sebagai anak yatim piatu pada usianya 15 tahun. Mulai saat itu dia dijaga oleh sahabat ibunya memandangkan ibu dan bapanya juga yatim piatu. Dia disenangi oleh semua orang sekelilingnya kecuali anak lelaki keluarga angkatnya. Sejak kali pertama bertemu dia dibenci oleh lelaki itu. Tidak pernah sekali pun dia dilayan dengan baik oleh lelaki itu. Ditakdirkan untuk menjadi isteri orang yang bencikan dia sangat sukar dan sulit. RAYQARL AYDEN Kehadiran gadis itu di dalam kehidupannya membuatkan dia rasa seolah-olah dia dipinggirkan walhal kasih sayang yang diterima sama sahaja. Kebencian dia pada gadis itu membuak-buak. Perkahwinan yang diamanatkan oleh datuk mereka menambahkan lagi bara kebencian yang mendalam di hati. Namun, perkahwinan itu juga menjadi peluang untuk dia menyeksa gadis itu dari segi mental. Dia bukanlah seorang yang suka menyakiti fizikal seseorang tetapi dia hanya ingin menyeksa mental gadis itu. Makin lama bersama makin dia sedari bahawa hatinya telah lama terpaut pada sang isteri namun saat itu si isteri telah berubah menjadi dingin dengannya. Pelbagai cara dilakukan supaya hati si isteri mampu ditambat kembali. ✧══════•❁❀❁•══════✧ START: 20 APRIL 2020 PUBLISH: 06 OKTOBER 2021 ENDING: 21 OKTOBER 2021
Sayang Sangat ✔ by arafytaz
arafytaz
  • WpView
    Reads 5,400,224
  • WpVote
    Votes 78,601
  • WpPart
    Parts 76
Dipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx
HIS MAFIA SIDE [C] by amnahsyarim
amnahsyarim
  • WpView
    Reads 552,527
  • WpVote
    Votes 15,380
  • WpPart
    Parts 75
"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Sayangnya, gadis yang dia nampak bukanlah gadis yang dia sukai sejak di bangku sekolah lagi. Sebaliknya, gadis itu ialah Mahairah, kakak kepada gadis yang dia sukai. Pertemuan yang tidak disangka telah menjentik semangat Muiz untuk menjadikan gadis itu hak miliknya walaupun dia terpaksa gunakan cara kasar sekalipun. Hal ini demikian kerana dia benar-benar telah jatuh hati kepada gadis itu. "Tugas seorang isteri cuma melahirkan anak dan melayan suami di ranjang. Kerja rumah semua ni biar hubby buat. Sayang tu permaisuri di dalam rumah ni." - Muiz. Mahairah tidak menyangka. Berkahwin dengan lelaki yang pernah dikatakan 'gila' itu membawa sinar bahagia dalam kehidupannya. Namun, kebahagiaan mereka tidak kekal lama setelah Muiz mendapat tahu bahawa Mahairah bukanlah gadis yang pernah dia sukai suatu ketika dulu. "Kau boleh terima hakikat tak yang aku dah tersalah pilih isteri. Sepatutnya aku kahwin dengan adik kau. Bukan dengan kau." - Muiz. "Tapi, kenapa baru sekarang? Lepas Mairah dah jatuh hati pada abang baru abang nak cakap macam ni." - Mahairah. "Bukan salah aku. Aku tersilap orang." - Muiz. Kata orang, cinta tidak boleh dipaksa. Mahairah reda sekiranya cinta Muiz benar-benar untuk adiknya. Mahairah mengalah dalam mempertahankan rumah tangganya. Namun, hubungan mereka semakin bertambah parah setelah Mahairah mendapat tahu bahawa Muiz bekerja bersama ahli kongsi gelap. Dia tidak dapat terima hakikat itu. "Kalau abang boleh cakap abang menyesal kahwin dengan Mairah, Mairah pun menyesal kahwin dengan abang. Mairah jijik dengan abang!" - Mahairah. Mahairah akhirnya pergi membawa diri. Fikirnya, dia selamat daripada neraka ciptaan Muiz, namun dia silap. Diculik oleh suami sendiri? Mampukah Mahairah melarikan diri buat sekali lagi?
The Unexpected Life by raz577_
raz577_
  • WpView
    Reads 4,547,203
  • WpVote
    Votes 161,541
  • WpPart
    Parts 74
[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini dipenuhi kemewahan dan kasih sayang, dia dipandang tinggi--terkenal dengan nama ayahnya yang tersohor... bertukar 360° apabila keluarganya diistihar bankrup kerana ayahnya dituduh melakukan kesalahan dalam syarikat. Dan... si dalang yang menyebabkan musibah ini adalah kawan baik ayah Arluna sendiri a.k.a ayah teman lelakinya. Hidup Arluna hilang arah. Malangnya, dugaan ini belum berakhir. Kejadian yang berlaku di sebuah hotel menjahanamkan lagi situasi buruk Arluna. Berpunca daripada kawan baiknya sendiri! 'Gunting dalam lipatan' yang sebenarnya ada hubungan dengan kekasih Arluna! Satu malam yang berlalu sepantas kilat. Tanpa Arluna sedar... Diri dia sudah bukan seperti dulu. Lelaki yang tidak dikenali itu muncul membawa tawaran yang tidak mampu Arluna tolak. Huluran tangan itu berserta dengan satu jaminan. Jaminan yang dapat ubah hidup dia semula. "Jadi isteri aku dan aku akan pastikan hidup manusia yang musnahkan hidup kau hancur," "Apa yang awak akan dapat? I'm not stupid... semua perkara yang orang buat dalam dunia ni bersebab. Dan... Siapa awak? Tiba-tiba muncul untuk bantu saya?," tanya Arluna was-was. Pertama kali melihat jejaka kacak ini, dia dapat rasakan yang hidupnya akan berubah. Aura disekelilingi lelaki itu sangat kuat. Aura megah, aura dingin, aura yang mampu buat orang tunduk pada dia. Apa akan jadi pada hidup seorang Arluna Aisyah? *A peek of typical manhwa/manhua storyline in the begining of the story. Of course, yes it is cliche. *a messypiece, not a masterpiece. *Danger: typos everywhere ! Cover book by: @thelesyeuxdelily #1 in romance(16/8/2020) #1 in romance(08/6/2021)