Bulan_Jingga11
- Reads 2,362
- Votes 117
- Parts 40
Beberapa minggu sebelum hari pernikahannya, Daniel hilang tanpa jejak lalu ditemukan di sebuah tempat yang tidak pernah dia tahu kewujudannya. Luka di tubuh telah meragut memorinya, meninggalkan dirinya hanyut dalam dunia asing tanpa arah.
Namun dalam kelam memori itu, dia menemukan cahaya di sepasang mata yang tidak pernah meminta apa-apa dalam hidupnya, sepasang mata milik Nuzul Fatihah!
Nuzul Fatihah, gadis lembam yang sering menjadi bahan hinaan, tetapi memiliki hati paling suci. Dalam kekosongan ingatan, Daniel percaya Fatihah adalah isterinya. Dalam kebodohan dunia, Fatihah pula percaya Daniel adalah takdirnya.
Namun, sampai bila bahagia yang tersilap alamat itu mampu bertahan? Kerana ingatan mungkin boleh hilang, tapi takdir sentiasa tahu jalan pulang...