PrincipessaQisha25's Reading List
4 stories
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 318,693
  • WpVote
    Votes 19,005
  • WpPart
    Parts 46
📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
Her Protector  | ᥴ (TERBIT PBAKL'26) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 4,621,961
  • WpVote
    Votes 54,479
  • WpPart
    Parts 17
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya. Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya. Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya. Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.
Meant To Be (TERBIT PBAKL'26) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 162,475
  • WpVote
    Votes 5,561
  • WpPart
    Parts 10
"I sebenarnya dah ada girlfriend. All this time, I memang anggap you sebagai kawan. Tak lebih daripada itu. I minta maaf..." - Hawwas Muazzam Lepas kejadian yang paling memalukan dalam hidup, Nura Najiha telah tanam impian untuk tidak lagi berharap pada lelaki. Itulah azam yang dia pegang...untuk dua tahun. Tak lama pun. Dua tahun daripada kejadian itu, dia berkenalan dengan seorang lelaki. Perkenalan dia dengan Syahmi, berbeza. Kamus percintaan dia yang dulunya hanya penuh dengan takrif negatif, kini diwarnai dengan warna-warna cerah. "Syahmi baik! Dia setia, tak berkawan dengan perempuan lain. Tak macam jantan tu. Aku yakin, Syahmi lah jodoh aku." - Nura Najiha Hubungan yang memasuki tahun kelima itu penuh dengan pahit manis. Apatah lagi apabila dia dan Syahmi telah pun bercadang untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya. Kata orang, bila mana pasangan mula pasang niat untuk berkahwin, ujian akan datang lebih banyak dan dalam pelbagai bentuk. Mampu ke Nura dan Syahmi bertahan? Apatah lagi apabila kehidupan Nura secara tidak sengaja berkait semula dengan Hawwas melalui seorang kanak kanak lelaki.
Abang Bos [Completed] by Raydensaphire
Raydensaphire
  • WpView
    Reads 62,326
  • WpVote
    Votes 3,705
  • WpPart
    Parts 48
SPIN-OFF KARYA MR. A.H! (Siapa yang belum baca, digalakkan baca dulu) Kekerapan update: 1-2 bab seminggu. Sinopsis: "Papa cabar kamu, go outside and see the world. Pergi rasai sendiri bagaimana betul-betul hidup menjadi orang susah." -Dato'Imran- Tidak mampu menerima kritikan ayahnya sebagai seorang yang kurang empati, Fawwaz Qayyum menyahut cabaran Dato'Imran untuk berkelana ke kampung. Siapa sangka, di sana Fawwaz akan jatuh cinta pandang pertama kepada si Optimus Prime, Cik Raihan Imanina. Namun, untuk memiliki gadis kampung itu, Fawwaz perlu melepasi saringan bukan satu, tapi lima bodyguard Raihan! Ini cerita tentang si putera bandar yang tangannya cuma biasa menaip komputer, memetik gitar, memegang stereng Porsche, Tapi diheret untuk belajar membelah kelapa, bermain batu seremban dan mengayuh basikal besi. Ini cerita tentang putera bandar yang kerek, hidup tak ambil kisah masalah orang lain, Yang kemudiannya belajar erti memahami, dan erti hidup untuk memberi. Tropes: -Hero falls in love first -Kampung vibe -Character growth -Family bond