LyaaKhalsa's Reading List
61 stories
Bunga Pilihan Takdir by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 42,275
  • WpVote
    Votes 4,022
  • WpPart
    Parts 26
Hamra dalam doa, dia dalam nyata...
𝐌𝐑𝐒 𝐇𝐀𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐅𝐀𝐄𝐋 || 𝐂 by flovverzaa
flovverzaa
  • WpView
    Reads 995,355
  • WpVote
    Votes 27,895
  • WpPart
    Parts 56
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 𝟏 || 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟏 Haikal Rafael, seorang lelaki dingin dan misteri, hidup dalam bayang-bayang kegelapan yang dia ciptakan sendiri. Dunia bagi Haikal hanyalah tempat penuh darah dan kekerasan. Sebagai pemimpin mafia terkejam di dunia, namanya menjadi mimpi buruk bagi siapa saja yang berani mengusiknya. Baginya, cinta hanyalah kelemahan yang membuang waktu. Hidupnya hanyalah tentang kuasa, balas dendam, dan kesetiaan yang dibangun di atas rasa takut. Mikayla Hijannah adalah seorang gadis sederhana yang hidup dalam penderitaan.Tinggal bersama ibu tiri dan kakak tirinya, ia diperlakukan seperti pembantu. Meskipun memiliki ayah, kehadirannya hanyalah bayang-bayang tanpa erti karena dia telah mengabaikan Mikayla sepenuhnya selepas saja kematian isteri pertamanya. Di depan sang ayah, ibu tiri dan kakak tirinya bersikap manis, namun di belakang, mereka tanpa ampun menghina Mikayla. Segalanya berubah ketika hutang besar ayah Mikayla kepada Haikal memaksa mereka menyerahkan Mikayla sebagai ganti.Tanpa pilihan, gadis itu terlempar ke dunia gelap Haikal. Bagi Haikal, Mikayla hanyalah alat untuk melampiaskan amarahnya, tak lebih dari boneka dalam permainan kejamnya. Namun, takdir mempunyai rencana yang berbeza. Di tengah kegelapan dan kekerasan itu, Mikayla perlahan menembus tembok kebekuan hati Haikal. Namun, setiap kali Haikal mencuba membuka hati semula ada sesuatu yang menghalang. Dunia Haikal yang penuh bahaya dan dendam itu telah mengancam keselamatan Mikayla, sementara Mikayla harus menghadapi kenyataan bahwa ia mungkin hanya sekadar tempat pelampiasan amarah dan kekejaman Haikal. Adakah kegelapan hati Haikal boleh diterangi oleh cahaya Mikayla? Adakah Mikayla berjaya meruntuhkan tembok kekerasan hati Haikal yang telah lama dia kubur? Pembaca matang sahaja digalakkan ⚠️ ⚠️ No plagiat, karya ini adalah hasil dari idea saya sendiri.
Holy Dragon: Unbroken Bonds by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 21,285
  • WpVote
    Votes 1,522
  • WpPart
    Parts 3
Holy Dragon: Unbroken Bonds bukan sekadar kisah pertarungan fizikal, tetapi pertarungan emosi, prinsip dan kepercayaan. Bila dunia sudah tidak mengenal kebenaran, mampukah mereka kekal berdiri sebagai satu keluarga... atau akan hancur bersama rahsia yang selama ini mereka lindungi? Di bawah pimpinan Tengku Adrean Ruiz, organisasi ini bukan sekadar pengedar senjata sah. Mereka adalah penjaga kepada keseimbangan dunia gelap yang beroperasi di antara undang-undang dan kehancuran. Dalam dunia yang tak mengenal belas kasihan... hanya satu perkara yang membezakan mereka daripada musuh, iaitu kesetiaan yang tidak boleh dijual beli. "Don't ask if I'll protect them. Ask yourself what happens if I don't." -Tengku Adrean Ruiz, Joven Maestro "Mess with my brothers, and I won't throw warnings...only knives." - Tengku Daniel Louis, Knife Thrower "I laugh, I joke, I kill. Not always in that order." - Megat Hafiz, Assassin "In silence, I watch. In precision, I strike."- Thariq Ridzuwan, Demonio "You can hack the system. But you can't hack loyalty." - Ir Haider, Hacker "I may be the youngest. But I shoot to protect what they built." - Kevin Kyle
𝐇𝐚𝐳𝐞𝐥 𝐢𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐡𝐦𝐢𝐫 | OG by syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Reads 12,807
  • WpVote
    Votes 1,282
  • WpPart
    Parts 38
[STAND ALONE] 𝐐𝐚𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐲𝐚𝐥 𝐊𝐡𝐚𝐧 & 𝐍𝐮𝐰𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐘𝐚𝐬𝐦𝐞𝐞𝐧 Two souls, one gaze, love found its voice. Minat yang mendalam terhadap sejarah telah membawa Nuwaira Yasmeen ke Kashmir. Sesi penyelidikan dilakukan sebelum dicoretkan di atas buku jurnal. Selain Kashmir, Lahore, sebuah negeri di Pakistan yang terkenal dengan budaya cinta klasik menjadi pilihan hati. Sejarah Islam Mughal menghambat hati Nuwaira. Di lembah Kashmir yang berbalut salju, takdir mempertemukan dua rohani asing. Nuwaira... bersama seorang jejaka misteri bermata hazel biru yang di pandangan Nuwaira menyimpan duka di sebalik tatapan indahnya. Tiba di Kashmir bersama hati penuh impian, Nuwaira mencari ketenangan di sebalik gunung bersalju. Tidak jangka rancangan Allah itu sentiasa cantik, bertaut rapat dengan Qais Daniyal Khan, anak kepada pelakon lelaki Hindustan kegemarannya, Hamza Bilal Khan. Wajah yang jarang terlihat akibat dua puluh empat jam berbalut separuh muka, namun sorotan mata hazel tidak berjaya perbodohkan Nuwaira. Pertemuan demi pertemuan di jalanan sempit Srinagar, di pasar yang penuh warna, hingga di tepi tasik Dal yang tenang, menumbuhkan getar halus yang sukar untuk mereka nafikan. Semakin mengenali, semakin tersingkap rahsia yang mengikat akan kisah silam dua keluarga yang pernah terpisah kerana cinta yang dilarang. Sejarah seolah-olah cuba berulang, menuntut mereka untuk menyambung kisah yang terbantut. Rahsia silam yang bertali arus dengan sejarah pahlawan yang pernah menjaga lembah tertentu di Kashmir. Kisah yang berabad lalu terkubur, perlahan-lahan digali semula oleh dua jiwa yang akhirnya merakam semula cinta lintas sempadan India dan Pakistan. Hazel in Kashmir menjadi bukti sejarah yang pernah wujud, dan mengikat semula tali antara dua jiwa.
HELLO QASWAR by stroberisenkrim
stroberisenkrim
  • WpView
    Reads 3,064,618
  • WpVote
    Votes 119,626
  • WpPart
    Parts 63
MERAH MERONA I Marissa kembali ke Australia dengan niat untuk mencari ketenangan, tapi siapa sangka selepas kepulangannya ke tanah air dia menemui lebih daripada itu. Lain yang dia harapkan, lain yang dia dapat. Jadi benarlah kata orang kalau sudah rezeki memang tak akan kemana, kan? Tuhan itu maha baik, dipertemukan pula dengan jodoh tanpa sengaja. Apa lagi, chaiyo! Chaiyo! Kita dekati lah! Semangat membara dan hati yang semakin gatal, si manis Miss Strawberry tidak ragu-ragu untuk mengejar. "Hello, I'm back! Mustahil awak lupa saya, by the way saya Nurynmarissa. Exchange number boleh tak? Nama awak apa, ya? Al ... Al apa?" "Pardon?" Dia dingin. "I don't even know who you are." Dia juga sombong. And nevermind, because this is exactly what I love! I love chasing. Marissa memang tak pernah kenal erti putus asa. Walaupun lelaki itu sombong dan selalu mengendahkan kewujudannya, dia yakin lelaki itulah jodohnya. Dan kebiasaannya, setiap kali cuba mengambil hati lelaki itu, dia tak lupa untuk melemparkan wink mautnya. One wink, and she can make him lose his cool. Hari-hari seorang jejaka bernama Al Qaswar hanya berfokuskan untuk menyelesaikan misi-misi dari perkerjaannya. Tapi semua itu mendadak berubah selepas kemunculan Nurynmarissa dalam hidupnya. Dari tujuan mencari maklumat, berubah kepada misi melarikan diri dari berhadapan dengan Marissa yang tergilakan dia. "Playful, flirty, unpredictable behavior, Marissa itu perempuan gila." Semakin menjauh, semakin terikat. Itulah istilah kisah mereka setelah kehadiran Marissa dalam hidupnya diketahui oleh orang terdekatnya. Credit cover: Pinterest, to the rightful owner.
Unexpectedly Yours by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 14,744
  • WpVote
    Votes 384
  • WpPart
    Parts 3
[4th romance] Ayreen Adreanna, anak tunggal kepada seorang tokoh korporat ternama, hidup dikelilingi kemewahan dan peraturan. Namun, dunianya mula goyah apabila Tan Sri Azzam membuat keputusan mengejut-dia harus berkahwin dengan anak kepada sahabat lamanya, seorang lelaki kampung yang jauh dari gaya hidupnya. Kaer Dhaffa, seorang lelaki sederhana dan berprinsip, tidak pernah terlintas untuk terikat dengan seseorang seperti Ayreen. Tapi apabila kepercayaan orang tua menjadi taruhan, dia bersetuju atas dasar tanggungjawab, bukan cinta. Ayreen pula menerima lamaran itu bukan kerana rela, tetapi demi keluar dari bayang-bayang ayahnya-dengan harapan perkahwinan ini akan menjadi titik penyesalan bagi mereka yang memaksanya. Namun dalam sebuah perkahwinan yang bermula tanpa cinta, benih pengertian mula bercambah. Di sebalik perbezaan dunia dan sikap yang bertentangan, satu demi satu sisi baru mula terbuka-dan Ayreen mula melihat Dhaffa dengan pandangan berbeza. Mampukah dua hati dari dua dunia ini mencari erti bahagia?
Racing Flame by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 1,005,989
  • WpVote
    Votes 51,768
  • WpPart
    Parts 58
DAREEQ EZRA, seorang pelumba Formula 1 yang terkenal dengan gelaran 'Born Racer'. Seawal umur 18 tahun, dia mula mencipta sejarah sebagai pelumba paling muda yang meraih podium. Namun seiring umurnya meningkat, dia mula rasa tekanan dengan kerjaya dan kejayaan sendiri. Kesilapan sedikit mengundang kecaman orang. Dia mula hilang keyakinan. ZEANISSA, seorang gadis yang langsung tak tahu dengan dunia motorsport. Senang cerita, dia tak berminat. Disebabkan ajakan rakan-rakannya, dia akhirnya jejakkan kaki buat pertama kali di litar lumba. "Aku nak pergi dari sini. Aku tak nak duduk sini. Kau ada caranya?!" - Zeanissa Sakit yang dirasakan tidak terperi apabila dia dibenci dan diperlakukan teruk oleh rakan baik sendiri. Zeanissa benar-benar terluka. "Kau pernah cakap kau tak nak duduk dekat sini. Kau tanya aku caranya, and ini jawapan aku." - Dareeq Ezra Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba dia dilamar oleh si driver Mercedes AMG Petronas yang sangat popular dalam dunia Formula 1. Zeanissa mati akal. Namun memikirkan kesedihan yang sedang ditanggungnya, dia bersetuju. Untuk berkahwin dan ikut Dareeq ke Monaco. Perkahwinan yang pada mulanya hanya sekadar atas dasar kepentingan mereka perlahan-lahan menimbulkan perasaan yang melibatkan hati. Namun hubungan yang baru mekar seperti bunga perlahan-lahan layu. "Apa lagi yang abang tipu Zea? Apa lagi?!" - Zeanissa "Abang minta maaf. That freaking jealousy's eating me up. It's killing me inside." - Dareeq Ezra 📎story ni rekaan semata mata 📎maaf kalau grammar berterabur 📎light conflicts Start writing : 04/09/2025 Publish : 17/11/2025 End : 15/12/2025
HIS ADMIRE : Cinta Hati Leftenan Kolonel | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 75,303
  • WpVote
    Votes 3,320
  • WpPart
    Parts 18
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬 [COMPLETED] by Cottoncandy_05
Cottoncandy_05
  • WpView
    Reads 1,124,181
  • WpVote
    Votes 49,733
  • WpPart
    Parts 52
First vol under 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R company yang amat terkenal dengan sifatnya yang selalu keluar masuk kelab malam, kaki perempuan, mabuk sana sini dan selalu menganggur sahaja. Darya Amara- Seorang gadis yang dipandang sempurna kerana dilahirkan di dalam keluarga berada. Hakikatnya, kehidupan sebenar gadis itu bagaikan dikurung dalam sangkar burung oleh ibunya sendiri selepas satu insident buruk yang menimpa ketika dia berumur 10 tahun. Dua insan yang disatukan atas dasar keluarga. "𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐨𝐧𝐥𝐲 𝐨𝐧𝐞 𝐰𝐡𝐨 𝐜𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐯𝐞 𝐦𝐞" -𝒟𝒶𝓇𝓎𝒶 𝒜𝓂𝒶𝓇𝒶 Cinta? Love is the reason why there's pain. "𝐀𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐬𝐮𝐫𝐞? 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐲𝐨𝐮 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐲𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐚𝐜𝐭𝐮𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐜𝐡𝐨𝐬𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐫𝐨𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧" -𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓢𝓱𝓪𝓱 𝓗𝓪𝔂𝔂𝓮𝓼 Si gadis mengingatkan selepas dia berkahwin dengan Hayyes hidupnya akan berubah dan akhirnya dia dapat mengecapi bahagia yang dia inginkan. Tetapi sebaliknya, dia telah masuk ke dalam neraka ciptaan suaminya sendiri. Dapatkah Darya melalui hidupnya dengan normal semula? Atau akan ada seorang Knight in the shining armour datang menyelamatkannya. Start: 6 September 2022 End: 8 March 2025 Best Rankings✨ #1 in revenge #1 in arrange marriage #1 in tragedy #2 in plot twist #