BEST EVER
10 stories
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 441,769
  • WpVote
    Votes 17,600
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 834,417
  • WpVote
    Votes 35,965
  • WpPart
    Parts 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
AFFAN_ADRA | In Editing by MissHumairah27
MissHumairah27
  • WpView
    Reads 670,282
  • WpVote
    Votes 25,690
  • WpPart
    Parts 94
Affan Adry x Afaf Adra 'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis bertubuh berisi, berpenampilan sederhanabdan penuh rasa rendah diri. Gummy smile-nya manis, tapi baginya tak cukup untuk menarik perhatian sesiapa. Jauh di sudut hati, dia menyimpan rasa pada seorang lelaki. Barista di kafe kegemarannya. Tapi dia tahu, lelaki sebaik itu mustahil untuk dimiliki. Hanya diari menjadi tempat untuk dia meluah. 'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.' 'Fii Amanillah the guy I odore the most' Affan Adry bin Mohd Fathi. Berkulit hitam manis, pemilik kafe yang sentiasa tenang dan berprinsip. Dalam diam, dia memerhati gadis itu dan mula menyimpan perasaan pada gadis itu. Di saat dia yakin untuk melamar, takdir menguji mereka dengan perpisahan yang menyakitkan. 'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa) Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula. 'Fi hifzillah fi amanillah' - saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA, Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa] Sebuah kisah tentang cinta yang dipendam dalam diam. Diungkap dalam doa dan diuji oleh takdir. Bertahun berlalu dan mereka sedar bahawa cinta yang sebenar bukan milik kita, ianya amanah dari Allah.
FALEEQ : HEAL LOVE [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 5,348,986
  • WpVote
    Votes 115,450
  • WpPart
    Parts 70
"Pakcik tolong.. tolong jaga saya. Saya dah penat nak hadap semua ni.." -Nuryn "How? Kau nak aku buat apa ni Nuryn? Kahwini kau?" - Faleeq Kematian ibubapanya telah merubah kehidupannya. Neneknya sering memarahi serta memukulnya kerana kematian ibubapanya dianggap punca darinya. "Abang.. Nuryn tak.. tak sedia untuk ni.." -Nuryn "Why? You're already my wife. Aku berhak keatas kau." - Faleeq Matured content, kill love and heal love. Light conflict. Have some 18+ scene. Sexy storyline. NO CENSOR words and scene ⚠️ Don't plagiarism⚠️ Story ini 100% idea saya dan jangan plagiat hasil cerita ini. Thank you❤️ Cover by : @coffeeepudding
Taught by Her , Protected by Him (COMPLETE) by atrhyuni
atrhyuni
  • WpView
    Reads 150,849
  • WpVote
    Votes 5,786
  • WpPart
    Parts 56
Ameera Delisha 28tahun.Seorang Guru Bahasa Melayu Yang Berdikari,Petah,Berdedikasi.Tapi Hatinya?Dah Mati Sejak Peristiwa Dia "Diperbodohkan"Oleh Lelaki Yang Dia Cintai.Dia Pernah Setia,Tapi Dibalas Dengan"Aku Sayang Kau Sebagai Kawan Delisha.." Lelaki?Dia Sudah Tidak Berharap,Delisha telah Menanam Dalam Dirinya Prinsip "terlalu banyak kekurangan , untuk menjadi keutamaan" Sementara Itu,Mejar Raja Izz Danial 32tahun,Seorang Pegawai Tentera Yang Tenang Dan Berdisiplin.Sejak Kehilangan Tunangnya Dalam Tragedi 3 Tahun Lepas,Dia Langsung Tak Buka Hati Untuk Sesiapa.Baginya Cinta Itu Melemahkan Tentera. Sampai Satu Hari Mak Ayah Berkeras "Izz Kami Tak Paksa..Tapi Kami Kenal Siapa Delisha,Dia Baik,Mama Dah Lama Berkenan Dengan Dia".Delisha Pun Ditekan Oleh Pihak Keluarga-Bukan Kerana Dipaksa Tapi Kerana Terhutang Budi Dengan Ibu Bapa Mejar Raja Izz Danial Yang Pernah Tolong Keluarganya Waktu Susah. Tanpa Cinta,Tanpa Harapan,Dua Manusia Yang Sama-Sama Patah...Dijodohkan Dalam Satu Ikatan Tapi Siapa Sangka,Dalam Perkahwinan Yang Dibina Atas Permintaan Keluarga.. Ada Perlindungan Ada Luka Yang Sembuh Perlahan Dan Akhirnya..Ada Cinta Yang Tak Diduga
RAYN ILHAM ✔️ by ESYAMAI
ESYAMAI
  • WpView
    Reads 823,987
  • WpVote
    Votes 24,781
  • WpPart
    Parts 61
2nd Story ❤ Rayn Ilham Umar Al-Khalid RAYN ILHAM, dia seorang gadis. Ye gadis, jangan hanya melihat pada namanya. Dia cukup lengkap memiliki ciri-ciri seorang wanita melayu terakhir. UMAR AL-KHALID, lelaki ini hidupnya terlampau serius dan penuh dengan disiplin. Penyatuan 2 keluarga menemukan mereka berdua. Bila Rayn yang tak berapa nak berdisiplin ni jumpa dengan Umar, apa jadi agaknya. "selipar ni tak tahu letak kat rak ke?? "-Umar "nanti nak guna la. "-Rayn "nanti ke, esok ke. Letak kat rak. Sekarang!! "-Umar Ala-ala tentera kan??? Tapi memang betul pun. Umar tentera. Dia adalah laskar muda TLDM. Rayn yang sememangnya nakal dan suka mengusik Umar yang beku. Tahan ke Umar dengan perangai Rayn. "abang nak cakap apa?? "-Rayn "aku akan kahwin dengan kau. "-Umar Rayn memandang Umar, tidak percaya. "tapi, aku takkan putus dengan Zahra. "-Umar Bahagia yang baru sekejap bertandang, kini pergi. Bahagia buat mereka, hanyalah sementara. "lepas kan Rayn. Ini yang terbaik untuk kita. "-Rayn Ye benar, jika itu yang terbaik. Apa mereka boleh lakukan.
WASIAT by hexapropymate
hexapropymate
  • WpView
    Reads 334,263
  • WpVote
    Votes 10,534
  • WpPart
    Parts 73
" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi hatinya sejak dari dulu lagi. Kapten Hanis Amirah. Seorang pegawai tentera juga. Anak kepada Leftenan Jeneral Malik ataupun mereka panggil Komander Malik. Seorang yang keras hati dan tak mudah beri kompromi. Kapten Zakri dan Kapten Hanis disatukan menjadi pasangan suami isteri. Zakri gembira tetapi Hanis anggap ini cuma rancangan keluarga. Sejak dari dulu lagi, Hanis dan keluarganya sering berbalah pendapat. Setiap yang Hanis katakan, semuanya dibantah oleh keluarga. Tetapi, apabila sudah hidup bersama dengan Zakri, Hanis mula merasai kebahagiaan. Dilayan seperti ratu oleh suami sendiri. Namun, hidup tak selalunya indah. Hubungan mereka berdua hampir berantakan akibat orang terdekat. Satu demi satu rahsia terbongkar. Sehinggalah satu rahsia besar yang diselindung oleh Zakri dan Komander Malik menyebabkan Hanis patah hati. Tetapi Zakri sentiasa ada untuk melindunginya. Walau bagaimanapun, Zakri tetap seorang manusia. Yang tidak selalu menang. Tidak selalu berada di atas. Hanis membuat keputusan untuk menyelamatkan rumah tangganya demi kebahagiaan mereka. Hanis membantu Zakri untuk mempertahankan dirinya kerana sedar, Zakri buat segalanya untuk dia. Mampukah hubungan Zakri dan Hanis bertahan?
A Tale Of Naura  by luvleytien
luvleytien
  • WpView
    Reads 633,389
  • WpVote
    Votes 23,306
  • WpPart
    Parts 58
[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah mempertemukan Ayden Althaf dan Eireen Naura kembali. Kisah yang baru dimula tapi rasa yang lama masih tersemat di dada. Tabahnya hati apabila dia mampu beriak biasa dengan lelaki yang dia cinta sejak pandangan pertama. Antara persahabatan dan perasaan cinta yang manakah menjadi pilihan? Adakah lelaki itu juga menyimpan rasa yang sama? Mampukah Naura mempertahankan persahabatan mereka? Welcome to Naura world. She fell first but he fell harders. Start: 4 May 2023 End: 28 August 2023
MR. KOMANDO VS MRS. PARA by Mayang_Atiyah
Mayang_Atiyah
  • WpView
    Reads 34,845
  • WpVote
    Votes 876
  • WpPart
    Parts 31
-Atiyah seorang peg. Muda yg brstatus brkhwin tetapi prkhwinn mereka x sprti org lain ade rahsia di balik perkhwinan dia dan jugak kenapa dia boleh terlibat dgn dunia askar ini.- ATIYAH: abg ingat saya ni tunggul ke. -khairul pula seorang pegawai askar yg berpangkat kapten telah berubh menjadi seorang yang dingin. Semenjak isterinya meninggalkn dirinya begitu sahaja- KHAIRUL: cinta aku telah mati bersama langkah kau pergi dulu. Disangkakan panas sampai ke petang rumah hujan di tengah hari. Perkahwinan mereka yang disangka bhagia telah diduga dgn kepergian salah seorg mampukah mereka menerima takdir yg telah ditetapkan. Rizz: aku syg kau hingga hujung nyawa aku. Wan: awak hdir mmberi sinr dlm hidup saya. *Apakah rahsia yg disimpan oleh atiyah sehingga kan dia boleh terjebak dengan dunia tentera dan apakah khairul akan tetap dingin seperti ais hanya disebabkan isterinya meninggalkan dirinya.* Siapa rizz dan wan??? Kalau ingin tahu kisah atiyah dan khairul ini boleh tunggu ye..