💜🫟🪻
21 stories
MARRY MY POISON (SLOW UPDATE) by sopyzm
sopyzm
  • WpView
    Reads 63,515
  • WpVote
    Votes 6,168
  • WpPart
    Parts 38
#2 MARRY ME SERIES (NEW GENERATION) "An angel dressed in light, the devil fall in love" Start : 01/01/2026 End : ?
Obsession : Tengku Haider Mikael by amees_
amees_
  • WpView
    Reads 998
  • WpVote
    Votes 57
  • WpPart
    Parts 19
💃🏻 TENGKU HAIDER MIKAEL | NUR ARIANA Ariana, seorang penari kontemporari yang sedang meningkat naik, menerima tawaran bekerja dengan sebuah syarikat produksi seni yang terkenal. Di sana, dia berjumpa dengan Mikael-Personal Assistant (PA) kepada Pengarah Projek. Mikael kelihatan sempurna: penyayang, memahami, sentiasa ada bila dia perlukan bantuan. Ariana tak tahu... Mikael bukan orang asing. Dia pernah menjadi "secret admirer" Ariana sejak zaman sekolah menengah - malah lebih gelap dari itu, dia sebenarnya obses. Dia simpan gambar, rakam video, dan mengikuti setiap gerak Ariana selama bertahun-tahun tanpa diketahui sesiapa. Ariana mula jatuh hati pada Mikael. Dan Mikael akan buat apa saja untuk pastikan Ariana jadi miliknya. 🚫 read at your own risk !!
MISSION: HANS DANIALL by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 657,241
  • WpVote
    Votes 65,075
  • WpPart
    Parts 21
Ini kisah Hans Daniall, beban kepada family dia. Jalan cerita yang penuh dengan drama. Drama king. Rules number one : don't trust Daniall. [MATURE CONTENT] Read at your own risk. START : 2 SEPTEMBER 2024
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 397,022
  • WpVote
    Votes 36,350
  • WpPart
    Parts 70
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.
Bukan Milik Abadi | C by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 79,965
  • WpVote
    Votes 6,012
  • WpPart
    Parts 62
BUKAN MILIK ABADI BY VIEPIXXA Siapa sangka dalam diam, ada dendam yang belum lunas. Kehidupan Fieqa yang dulu serba cukup hancur sekelip mata apabila nama baik keluarganya tercalar. Sewaktu cuba melarikan diri dari masalah, dia tersasar ke wilayah milik seorang lelaki misteri. Pemilik resort itu menahan Fieqa seakan ada kisah silam yang belum selesai antara mereka. "Lepaskan saya dulu dan saya akan pastikan saya bayar hutang tu dekat awak!" -FIEQA AYLARA "Pilih. Tetap terkurung di sini selamanya atau bebas sebagai isteri aku?" -QAYREL IZDAM Bagi Qayrel, memiliki Fieqa adalah keperluan demi rancangannya. Bagi Fieqa pula, menjadi milik lelaki itu adalah hukuman terberat. Kebencian menjadi permulaan lalu mereka terperangkap dalam permainan perasaan. Siapa jatuh cinta dulu, dia yang kalah. "Saya bagi awak pilihan. Kalau awak masih nak saya jadi isteri awak, buang dendam tu. Kalau awak lebih pilih dendam, ceraikan saya." -FIEQA AYLARA Apabila rahsia lama akhirnya terbongkar, masih adakah ruang untuk mereka memperbaiki segalanya atau semuanya sudah terlambat? "Dia bukan milik abadi dalam hidup aku." DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
PURE LOVE  by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 2,283
  • WpVote
    Votes 371
  • WpPart
    Parts 3
Sakit. Pedih. Hati miliknya terluka tidak mampu diubati apabila melihat insan yang dia sayangi dinikahi oleh lelaki lain. Lebih tragis, lelaki itu adalah abang kandung dia sendiri. Mahligai yang kedua insan itu bina di atas tangisan miliknya. Siapa kata laki-laki tidak boleh menangis? Lelaki juga mampu memuntahkan mutiara jernih dan lelaki malang itu adalah Taruna Andika. Malang apabila cinta matinya telah dirampas oleh saudara sedarah sedaging sendiri. Hilang siuman. Tidak mampu menahan rasa yang bernanah di hati, Taruna Andika bertekad untuk memulakan kehidupan baharu, dirinya dibawa melangkah jauh ke negara orang. Sangka dirinya, tempat baharu akan merawat luka di hati, mampu sembuhkan dirinya namun lain pula yang jadi. Di negara timur tengah, jauh beribu batu dari cinta lama Taruna bertemu dengan cinta yang baru. Wanita gila yang sewel dan langsung tidak tahu malu. Hari pertama mereka bertemu wanita itu sudah buatkan dirinya meringkuk dalam penjara seharian. Alasan? " Hello polis, lelaki ini cuba culik budak perempuan itu. I ada bukti, I ada ambil gambar tadi. Ewwww harap muka aje handsome tapi spesis pedofilia. Ishhh Ishhh neraka tu panas tahu tak? Apa lah nak jadi dengan spesies kaum lelaki macam ini." Fitnah! Semuanya tipu belaka! " Kau tarik balik report kau!" - Taruna Andika " Then buatkan spesis macam U membiak? Hell nah!" - Cinta Syafiyyah Qaisarah " I tahu kenapa U gagal dengan cinta lama U" - Cinta Syafiyyah Qaisarah " Kenapa?" - Taruna Andika " Sebab jodoh U dengan I hikhokhikhokhikhok" - Cinta Syafiyyah Qaisarah Taruna rasakan hati miliknya sudah mati namun... Arghhh persetankan akan segalanya. Cinta Syafiyyah ini terlalu berbahaya. Bahaya buat hati laki-laki miliknya!
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 7,160,604
  • WpVote
    Votes 290,023
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
DURI DARIA MIKAYLA by amees_
amees_
  • WpView
    Reads 3,157
  • WpVote
    Votes 134
  • WpPart
    Parts 52
🥀 NAUFAL ARSYAD | DARIA MIKAYLA Selepas kematian tragis abangnya dalam satu kemalangan, Daria Mikayla menyimpan sebuah rahsia yang mengubah hidupnya buat selama-lamanya. Lelaki yang bakal menjadi suaminya, Naufal Arsyad, ialah insan yang bertanggungjawab di sebalik kehilangan itu. Demi membalas dendam, Daria memilih untuk meneruskan perkahwinan mereka, menjadikan cinta sebagai senjata dan rumah tangga sebagai medan pembalasan. Namun, apabila pengorbanan terbesar hadir daripada lelaki yang paling dibencinya, Daria terpaksa berdepan dengan hakikat bahawa ada luka yang tidak mampu disembuhkan, walaupun dendam akhirnya terbalas. 🚫 read at your own risk !
Peluang Kedua (SLOW UPDATE)  by ellavelle_
ellavelle_
  • WpView
    Reads 164
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 4
Athena Zayreen pernah percaya bahawa cinta pertama akan menjadi cinta terakhirnya. Sehinggalah dia mengetahui lelaki yang dicintainya sebenarnya curang di belakangnya. Sejak hari itu, Athena membina dinding di sekeliling hatinya. Baginya, cinta hanyalah permulaan kepada sebuah pengkhianatan. Sampailah dia bertemu Darren Zayel. Darren tidak pernah memaksa Athena untuk mempercayainya. Sebaliknya, dia memilih untuk membuktikan perasaannya sedikit demi sedikit. Namun ketika Athena akhirnya mula membuka hatinya semula, masa lalu yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan kembali menghantui mereka. Satu demi satu rahsia mula terbongkar. Dan Athena mula menyedari bahawa malam dia kehilangan cintanya bukanlah sekadar sebuah kebetulan. Kali ini, Athena mempunyai pilihan. Kembali membina dinding yang pernah melindungi hatinya. atau mempercayai bahawa mungkin cinta bukan tentang mencari seseorang yang tidak akan pernah menyakiti kita. Mungkin cinta adalah tentang menemukan seseorang yang memilih untuk tetap tinggal, tetap jujur, dan tetap menggenggam tangan kita walaupun seluruh dunia cuba menarik kita ke arah yang berbeza.
CASANOVA LOVE (C°) by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 151,106
  • WpVote
    Votes 12,916
  • WpPart
    Parts 52
Dia pencinta wanita namun dia juga tega musnahkan sekeping hati milik Hawa tanpa tiada rasa serba salah. Taruna Andika, sebaris nama indah tetapi tidak pada akhlak lelaki ini. Nakal, meninggi diri, penghancur hati. Ayat-ayat manis yang terlahir di lidah bukanya menyenangkan jiwa namun menghancurkan segenap rasa. Bagi dia...cinta sejati itu tidak wujud. Hanya cinta yang berpaksikan rupa dan harta. Bagi dia siapa sahaja mampu menerima insan tanpa wang dan kecantikan? Cinta? Pftttt jangan melawak dengan dia. Wanita hanya satu persinggahan untuk lempiaskan rasa bosan. Seperti mainan yang akan dibuang apabila sudah rosak dan cacat. Ego tinggi melangit, langsung dia tidak mahu melihat ke bawah hingga dia juga jatuh terduduk dek wanita yang pernah dia kecewakan dahulu. Tasneem Sufia . Dia hanya wanita yang pernah hadir dalam hidup Taruna, kehadiran nya mungkin sebagai satu lintasan sahaja dan tidak penting bagi lelaki itu namun si dia juga punca mengapa hidupnya berantakan seperti kaca menanti masa untuk berderai. Bagi Tasneem, Taruna ini adalah laki-laki yang langsung tidak layak merasai cinta! Taruna itu masa lalunya dan Jebat adalah masa kini nya. Jebat Andika, dia datang membawa rasa bahagia, membawa seribu kemanisan dan senyuman serta menyembuhkan luka yang dia sendiri tidak lakukan. Jebat Andika, saudara kepada Taruna. Dia sukakan Tasneem, dia cintakan Tasneem semenjak di bangku sekolah namun dia simpan kemas cinta dia pada wanita itu diam-diam dari jauh. Dia definisi lelaki yang lembut tutur katanya, mata miliknya redup penuh rasa kasih kepada Tasneem. Cinta dia agung kepada angkasa raya. " Pilih antara aku ataupun dia Tasneem."- Taruna Andika " Awak lelaki yang langsung tak layak merasa manis nya cinta Taruna."- Tasneem Sufia " Rasa cinta itu adalah anugerah yang paling indah Tuhan berikan kepada kita Tasneem dan tak semua mampu rasa anugerah itu."- Jebat Andika START: 22/2/2025 END: 6/9/2026