velvet__roses
- Reads 8,556
- Votes 338
- Parts 57
Lina, seorang pelajar tahun dua universiti, gadis ceria yang sedang cuba mencari makna hidup di sebalik timbunan assignment, tekanan exam, dan kekosongan dalam hati.
Hidupnya berubah apabila seorang pensyarah baru, Dr. Ridzwan, mula mengajar di fakulti. Muda, berkarisma, dan penuh disiplin - lelaki itu langsung tidak seperti pensyarah biasa. Tapi bagi Lina, dia bukan sekadar pensyarah. Dr. Ridzwan adalah seseorang yang membuat jantungnya berdegup laju setiap kali mereka bersua.
Namun sayangnya, cinta Lina tidak bersambut.
Baginya, cinta pelajar terhadap pensyarah hanyalah satu bentuk kekaguman sementara. Dan Ridzwan pula terlalu fokus pada kerjaya dan masa depannya - perkahwinan bukan dalam senarai keutamaannya.
Tapi... takdir itu pelik.
Apabila satu insiden mengejutkan mengubah segalanya, dan tiba-tiba mereka terikat dalam satu hubungan yang tak dijangka.
Dari seorang pensyarah yang menolak, kini menjadi seorang suami yang cuba memahami.
Dan Lina pula, dari seorang pelajar yang mengejar cinta, kini belajar erti kasih yang sebenar.