Action
7 stories
DESIRAN RINDU by DhianMawar
DhianMawar
  • WpView
    Reads 3,111
  • WpVote
    Votes 331
  • WpPart
    Parts 52
Terkurung seakan burung di dalam sangkar. Ingin bebas berterbangan di luar. Muslihat orang tua menjadi penghalang dia ingin melebarkan sayapnya. Detik yang di nanti sepanjang tahun, berubah dengan sekelip mata. Sangkar yang pernah menjadi tempat kurungannya telah pun ditinggalkan. Melarikan diri tanpa arah tuju. Bersembunyi di tempat yang tidak diketahui sehingga takdir mempertemukan dia dengan jejaka yang tampan. "Nama saya Izel. Awak?"- Izel "Dia bisu" - Pak Leman Si gadis teruja meneroka dunia luar yang di anggap indah sebelum ini. Tanpa disedari dirinya telah menjadi buruan oleh seorang jejaka misteri. Jejaka yang sudah tahu apa ertinya dunia sebenar... Senja yang tidak kembali~
TAUFIQ HANZALAH: PENDOSA TANPA NOKTAH (REVAMP) (on going) by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 63,061
  • WpVote
    Votes 6,620
  • WpPart
    Parts 56
πšƒπ™°πš„π™΅π™Έπš€ π™·π™°π™½πš‰π™°π™»π™°π™· π™·π™Έπ™³π™°πšˆπ™°π™· π™·π™°πšˆπ™»π™° π‘²π’‚π’“π’šπ’‚ π’Šπ’π’Š π’‰π’‚π’π’šπ’‚π’π’‚π’‰ π’“π’†π’Œπ’‚π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 π’‰π’‚π’”π’Šπ’ π’Šπ’Žπ’‚π’ˆπ’Šπ’π’‚π’”π’Š π’‘π’†π’π’–π’π’Šπ’” π’”π’†π’Žπ’‚π’•π’‚-π’Žπ’‚π’•π’‚. π‘«π’Šπ’π’‚π’“π’‚π’π’ˆ π’Žπ’†π’Žπ’‘π’π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’• π’Œπ’‚π’“π’šπ’‚ π’Šπ’π’Š. π™Άπ™΄π™½πšπ™΄: πšπ™Ύπ™Όπ™°π™½π™²π™΄/SLICE OF LIFE/π™Έπš‚π™»π™°π™Όπ™Έπ™Ί
UNTUK KE SYURGA 3βœ“[New story] |Ω‡Ψ¬Ψ±Ψ©  by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 2,868
  • WpVote
    Votes 293
  • WpPart
    Parts 6
[ SEKUEL UNTUK KE SYURGA 1 & UNTUK KE SYURGA 2 ] Bismillah. Percaturan yang tidak selesai terus memburu dua orang pemuda ini. Mimpi ngeri Salman dan Zack kembali menghantui di saat Mat Shah sudah mengetahui keberadaan dua orang pembelot tersebut. Mereka pembelot, pembelot dari kumpulan sendiri yang menempah tiket ke neraka. "Man, isteri aku tengah sarat mengandung...." -Zack- "Bunuh je lah aku seperti apa yang dorang minta kau buat! Bunuh!" -Salman Firash- "Aisyah percayakan abang. Aisyah percaya abang akan datang balik demi Aisyah dan anak-anak." - Aisyah Qomar- "Ainur Mardhiah atau Aina Mardhiah? Saya suka dua-dua nama ni." -Atiqah Najla- Pergelutan yang menjerut jiwa. Persahabatan, kesetiaan dan cinta. START: 15 Feb 2022 END: - . . . Support sekuel ketiga ni!! Jangan lupa vote & komen
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) βœ” by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 411,200
  • WpVote
    Votes 22,757
  • WpPart
    Parts 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
UΙ΄α΄›α΄œα΄‹ ᴋᴇ SΚα΄œΚ€Ι’α΄€ 2 βœ“[C] |Ω‡Ψ¬Ψ±Ψ©  by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 40,233
  • WpVote
    Votes 5,346
  • WpPart
    Parts 32
BOOK #2 of π•³π–Žπ–π–—π–†π– π•°π–‰π–Žπ–™π–Žπ–”π–“ (SILA BACA NOVEL UNTUK KE SYURGA DAHULU) Bismillah Setiap orang mencuba untuk dapatkan kebahagiaan tersendiri. Ada yang baginya duit ialah sumber kegembiraan. Ada pula yang menukilkan kasih sayang sebagai jawapan. "Kalau betul abang sayang Aisyah... Abang letak Ahmad dekat rumah anak-anak yatim hari ni juga." -Aisyah Qomar " Salman, baru dia datang sini berapa jam... Hati aku dah sakit. Semua benda tak kena dekat mata dia." -Zack "You tahu tak dia tu siapa? Ada nampak apa-apa tatu dekat badan dia?"-Doktor Fadzli Hati itu sikapnya berbolak balik. Satu titik hitam melekat, jangan ditambah lagi hingga keseluruhan menjadi legap. New message! Daripada: unknown Harimau mati meniggalkan belang. Manusia mati meninggalkan? Di pengakhiran, erti kehidupan sebenar terungkai. *** Sekuel novel Untuk ke Syurga. Sila habiskan pembacaan novel yang pertama. Bismillah. Moga Allah redha. --- Action ft. Romance ft Islamic start: 24 Jun 2020 end: 7 July 2020
UΙ΄α΄›α΄œα΄‹ ᴋᴇ SΚα΄œΚ€Ι’α΄€ βœ“[C] | Ω‡Ψ¬Ψ±Ψ©  by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 54,929
  • WpVote
    Votes 7,264
  • WpPart
    Parts 29
BOOK #1 of π•³π–Žπ–π–—π–†π– π•°π–‰π–Žπ–™π–Žπ–”π–“ AWARD #1 IRIS'Z BEST ACTION 2020 AWARD #1 STAR GALAXY AWARDS - DEIMOS ACTION ROMANCE AWARD #3 THE SUPERNOVA Bismillah Pemuda bernama Salman Firash ini melalui hari-harinya sebagai seorang pengedar dadah demi menikmati kesenangan hidup sejak melarikan diri dari rumah 8 tahun yang lalu. Dia dan Zack bergerak sebagai teman dalam melangsaikan setiap tugasan hinggalah pada suatu hari lelaki ini terjumpa seorang kanak-kanak tanpa nama. "Berhenti panggil aku ayah." - Salman Firash Hasrat Salman untuk meninggalkan kanak-kanak itu kian goyah apabila dia terus menganggap dirinya sebagai ayah. "Apa masalah kau? Ni anak kau ke? Ke anak hasil kau terlanjur dengan mana-mana betina?"-Zack Itulah persoalannya, dia tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan perempuan. Anak itu tiada pertalian darah dengannya. "Ayah. Adik cuka (suka) main buai." - Ahmad Hati itu pernah merasai hubungan akrab dengan seorang kanak-kanak hinggalah peristiwa gelap pada satu malam. Kini, dia dibelai lagi dengan sentuhan kanak-kanak yang terus membahasakan diri sebagai adik. "Ketika kita lemah, marah, down, frustrated, tertekan, kecewa... Bila masuk majlis ilmu, lepas tu kita akan keluar dengan hati yang tenang. Hebat, kan?" -Atiqah Najla "Kau tak faham? Kau akan mati kalau kau cuba keluar dari geng kita. Aku sayang kau, Man." - Zack "Just stop it. Jangan tunjuk sangat terhegeh-hegeh dekat Ain." - Farah Ain "Najla, kau rasa betul ke tindakan aku untuk luahkan hati aku pada dia?" - Aisyah Qomar Hijrahnya bukan kerana perempuan atau sesiapa. Hijrahnya kerana hati itu sudah muak mengejar kemewahan. Dia hanya mahu hidup seperti lelaki lain yang akan membina keluarga. Sekurang-kurangnya sekarang ini dia punyai seorang anak yang menganggap diri itu sebagai ayah. "Aku bukan nak menang pun. Tapi aku nak Zack keluar dari dunia dadah ni." - Salman Firash Bismillah. Semoga Allah redha. --- Action + Family + Romance sta
AISARA: KETIKA WAKTU BERBICARA (E-BOOK)  by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 24,966
  • WpVote
    Votes 975
  • WpPart
    Parts 17
"Bukan dia dah mati ke?" - Nur Inara Di saat Inara masih dalam proses menyembuhkan hatinya dengan pemergian Aisar Mumtaz, takdir berkata lain tatkala pemuda itu tiba-tiba muncul. Sesuatu yang paling mengejutkan tatkala Aisar muncul di hari pernikahannya dan Zulfan! Malahan, sekelip mata saja status dua sahabat itu berubah menjadi pasangan suami isteri. Zulfan undur diri. Aisar pula mara ke hadapan. Membibitkan beribu persoalan di benak fikiran Inara. Manakan tidak, semuanya berlaku dalam masa yang begitu singkat! Mahu membuat keputusan saja Inara kesuntukan waktu. Namun, itulah realitinya. "Kenapalah aku boleh terkahwin..."- Nur Inara "Mudah! Sebab... kita berdua saling mencintai. Bila dua hati saling bersatu, maka ikatan cinta pun boleh terbina."- Aisar Mumtaz Itu jawapan Aisar setiap kali Inara mempersoalkan takdir buat mereka. Bila Inara menidakkan perasaannya, Aisar pula menyedarkan. Maka, bermulalah kehidupan baharu di antara AISARA. Bukan lagi hubungan persahabatan melainkan ikatan suami isteri. Hari demi hari, Inara belajar menerima takdir yang tertulis buatnya. Hingga akhirnya, baik Aisar mahupun Inara, keduanya bahagia tatkala melayari bahtera perkahwinan. Namun, siapa sangka di sebalik kematian palsu Aisar, ada sesuatu yang disembunyikan oleh pemuda itu. Bukan mudah untuk Aisar menjelaskan hal yang sebenar kepada Inara. Ada nyawa yang menjadi cagaran di sebalik kematian palsunya! Bahkan, menjadi pengawal peribadi Datuk Sri Lee seakan-akan menjadi 'sumpahan' buat Aisar. "Pilihan ada di tangan kau. Sama ada bersekutu dengan aku atau kau akan terima jenazah isteri kau depan pintu rumah." Tatkala musuh menjadi perantaraan di antara AISARA, Aisar turut mengeluarkan taringnya. Sudah masanya dia kembali beraksi demi melindungi pengarang jantungnya! Akankah kisah AISARA berakhir dengan sebuah kebahagiaan yang didambakan oleh dua insan yang saling mencintai?