bukugirl_'s Reading List
5 cerita
TENTANG KITA - REVAMP (C) oleh snowdreamm
snowdreamm
  • WpView
    Bacaan 924,414
  • WpVote
    Undian 35,092
  • WpPart
    Bahagian 56
Status: COMPLETED Naura Husna X Hud Rusyaidi [Karya pertama dari snowdream] Pada Hud, perkahwinan yang diatur bukanlah pilihan hati. Semua itu sekadar jalan keluar dari desakan keluarga. Manakala Naura pula hanya tabah menerima. Dia menganggap semua itu adalah takdir yang sudah tertulis untuknya meskipun mereka disatukan tanpa cinta dan janji bahagia. Akan tetapi waktu mempunyai cara tersendiri mengajar mereka untuk mengenal rasa. Dalam pertelingkahan, hadir tawa. Dalam luka, tumbuh kasih yang kian mekar di dalam jiwa. Namun bukan mudah untuk terus mempertahankan bahagia itu. Kehadiran cinta lama seakan menghalang malah meruntuhkan kepercayaan yang dibina selama ini. Mampukah Hud dan Naura mempertahankan cinta yang pada awalnya tidak pernah dipilih namun kini terlalu berat untuk dilepaskan? "Izinkan saya pergi, Hud. Insyaallah jika masih ada jodoh antara kita, kita akan tetap dipertemukan walau sejauh mana pun kita terpisah." - Naura Husna. "Andai kata suatu hari nanti abang jumpa sayang, jangan tolak abang mentah-mentah macam sekarang. Dan masa tu, abang takkan lepaskan sayang lagi walau apapun yang berlaku." - Hud Rusyaidi Start date : 16 January 2022 End date : 28 January 2022 Revamp: 26 February 2025 ~~~~~ #1 shortstory (14/2/2023) #1 malayromance (16/2/2023)
BLACK CONTRACT oleh ieraajay
ieraajay
  • WpView
    Bacaan 11,190
  • WpVote
    Undian 877
  • WpPart
    Bahagian 27
Rayyan Malik 🖤 Ariana Zafira ​Ditangkap basah? Bukan. Dijodohkan keluarga? Jauh sekali. Ariana Zafira terpaksa menyerah diri menjadi isteri kepada seorang CEO Malik Tech Industries semata-mata demi menyelamatkan ibu saudaranya. Kehidupan Ariana Zafira berubah 180 darjah dalam sekelip mata apabila dia dijerat oleh sebuah 'Kontrak Hitam' yang dirancang rapi. Demi menyelamatkan maruah dan bebanan yang menghimpit keluarganya, Ariana terpaksa bersetuju untuk mengikat tali pernikahan dengan seorang lelaki yang sangat membenci dirinya. Rayyan Malik merupakan seorang jutawan muda terkemuka. Baginya, perkahwinan ini hanyalah satu transaksi. Sebuah jalan mudah untuk melunaskan dendam yang lama terbuku di hati. Mereka bagai anjing dengan kucing. Ariana Zafira dengan kedegilannya yang pantang dicabar, manakala Rayyan Malik dengan perangai diktatornya yang suka mengarah. Sesiapa sahaja pasti akan cemburu melihat Ariana Zafira yang bakal berkahwin dengan Rayyan Malik, seorang CEO muda yang kacak dan kaya-raya. Tetapi bagi Ariana, perkahwinan kontrak itu ibarat mempertaruhkan seluruh hidupnya kepada seorang lelaki yang tidak pernah menjanjikan cinta. Namun di sebalik pintu yang tertutup, siapakah yang akan tewas terlebih dahulu dalam permainan kontrak ini? Adakah perkahwinan ini akan berakhir dengan pembalasan dendam, atau penyembuhan bagi dua jiwa yang terluka? Adakah cinta bakal menewaskan ego, atau takdir silam akan kembali menghancurkan segalanya? "SATU LAFAZ..MENGUBAH SELURUH TAKDIR" Start : 31 May 2026 End :
HYDRA 187 (TERBIT) oleh eynaasarah
eynaasarah
  • WpView
    Bacaan 51,896
  • WpVote
    Undian 306
  • WpPart
    Bahagian 6
𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 23 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universiti. Namun, ada sesuatu yang telah berlaku membuatkan gadis itu menjadi buruan seseorang yang dianggap sebagai 𝙥𝙚𝙢𝙗𝙪𝙣𝙪𝙝 bermula selepas kejadian pertemuan pertama mereka. 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙪𝙣𝙪𝙝 itu bertopeng yang menutup sebahagian besar mukanya kecuali mata kiri dan rambutnya serta mempunyai gigi palsu dan gusi yang terdedah. Sejak pertemuan itu, Dyra turut menjadi buruan kepada pembunuh yang lain. Siapa sebenarnya lelaki bertopeng itu? Mengapa Dyra menjadi sasaran? Gadis biasa. Lelaki bertopeng. Suatu rahsia yang cukup untuk mencetuskan pemburuan berdarah. Sebuah kisah penuh misteri, ketegangan, dan rahsia yang bakal terbongkar, satu demi satu. [Action I Thriller I Mystery I Romance I Comedy] 𝘿𝙄𝙇𝘼𝙍𝘼𝙉𝙂 𝙋𝙇𝘼𝙂𝙄𝘼𝙏 𝙁𝙄𝙆𝙎𝙔𝙀𝙉 : 𝙍𝙀𝙆𝘼𝘼𝙉 𝙎𝙀𝙈𝘼𝙏𝘼-𝙈𝘼𝙏𝘼 𝙎𝙏𝘼𝙍𝙏 : 8 𝘑𝘶𝘯 2023 RE-𝙎𝙏𝘼𝙍𝙏 : 4 May 2025 𝙀𝙉𝘿 : 1 𝘑𝘶𝘯 2025 ©️𝙀𝙔𝙉𝘼𝘼 𝙎𝘼𝙍𝘼𝙃
Bukan Cinta Sempurna ✓ oleh thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Bacaan 2,436,806
  • WpVote
    Undian 28,893
  • WpPart
    Bahagian 12
(Terbit PBAKL 2024) (ADAPTASI DRAMA AKASIA BUKAN IPAR SEMPURNA DI TV3) Warning: Stories ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Mertua puaka HAHA. Blurb di dalam. Mula: 31/08/2021 Tamat: 30/3/2022
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] oleh Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Bacaan 1,066,174
  • WpVote
    Undian 47,782
  • WpPart
    Bahagian 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25