thvluna_'s Reading List
2 stories
𝐌𝐑𝐒 𝐇𝐀𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐅𝐀𝐄𝐋 || ���𝐂 by flovverzaa
flovverzaa
  • WpView
    Reads 934,172
  • WpVote
    Votes 26,313
  • WpPart
    Parts 56
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 𝟏 || 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟏 Haikal Rafael, seorang lelaki dingin dan misteri, hidup dalam bayang-bayang kegelapan yang dia ciptakan sendiri. Dunia bagi Haikal hanyalah tempat penuh darah dan kekerasan. Sebagai pemimpin mafia terkejam di dunia, namanya menjadi mimpi buruk bagi siapa saja yang berani mengusiknya. Baginya, cinta hanyalah kelemahan yang membuang waktu. Hidupnya hanyalah tentang kuasa, balas dendam, dan kesetiaan yang dibangun di atas rasa takut. Mikayla Hijannah adalah seorang gadis sederhana yang hidup dalam penderitaan.Tinggal bersama ibu tiri dan kakak tirinya, ia diperlakukan seperti pembantu. Meskipun memiliki ayah, kehadirannya hanyalah bayang-bayang tanpa erti karena dia telah mengabaikan Mikayla sepenuhnya selepas saja kematian isteri pertamanya. Di depan sang ayah, ibu tiri dan kakak tirinya bersikap manis, namun di belakang, mereka tanpa ampun menghina Mikayla. Segalanya berubah ketika hutang besar ayah Mikayla kepada Haikal memaksa mereka menyerahkan Mikayla sebagai ganti.Tanpa pilihan, gadis itu terlempar ke dunia gelap Haikal. Bagi Haikal, Mikayla hanyalah alat untuk melampiaskan amarahnya, tak lebih dari boneka dalam permainan kejamnya. Namun, takdir mempunyai rencana yang berbeza. Di tengah kegelapan dan kekerasan itu, Mikayla perlahan menembus tembok kebekuan hati Haikal. Namun, setiap kali Haikal mencuba membuka hati semula ada sesuatu yang menghalang. Dunia Haikal yang penuh bahaya dan dendam itu telah mengancam keselamatan Mikayla, sementara Mikayla harus menghadapi kenyataan bahwa ia mungkin hanya sekadar tempat pelampiasan amarah dan kekejaman Haikal. Adakah kegelapan hati Haikal boleh diterangi oleh cahaya Mikayla? Adakah Mikayla berjaya meruntuhkan tembok kekerasan hati Haikal yang telah lama dia kubur? Pembaca matang sahaja digalakkan ⚠️ ⚠️ No plagiat, karya ini adalah hasil dari idea saya sendiri.
Dendam Dalam Cinta [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 577,743
  • WpVote
    Votes 19,426
  • WpPart
    Parts 84
"So keturunan Ghaz la ni? So kenapa dengan mamat tu? Kenapa tiba-tiba topik pasal dia?" - Yusra "Aku... minat dekat dia." - Eliya Saat itu, pertama kali Yusra mendengar nama itu. Ghaz Syahrin. Nama yang pada awalnya asing, kini menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Yusra cuma gadis biasa yang datang dari keluarga sederhana. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya menempatkan diri di universiti berprestij, dikelilingi anak-anak bangsawan. Tapi segalanya berubah selepas kematian sahabat baiknya, Eliya. Hidupnya musnah sekelip mata. Yusra dipaksa berhenti pengajian, dan lebih kejam. Dia dituduh sebagai pembunuh Eliya. Dunia yang pernah terang, kini gelap sepenuhnya. Lebih parah, Ghaz Syahrin, lelaki yang dulunya hanya nama dalam perbualan ringan, kini menuntut balas. Dendamnya membara atas kematian kekasihnya, dan Yusra menjadi sasarannya. "Jangan sentuh aku, Ghaz Syahrin. Aku jijik!" - Yusra "Kalau kau jijik, aku sepuluh kali ganda jijik dengan pembunuh macam kau." - Ghaz Syahrin Antara cinta yang tak sempat berputik dan dendam yang tak mahu padam, mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.