Luicy228's Senarai Bacaan
2 stories
Jalan yang Kupilih by Laventer_Skz
Laventer_Skz
  • WpView
    Reads 221
  • WpVote
    Votes 24
  • WpPart
    Parts 14
DISCLAIMER: Segala adegan, nama dan agensi yang terdapat di dalam penulisan ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan realiti, yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Cover baru untuk Wattpad (Ongoing, weekly update on Monday) BLURB: Tiga sahabat. Satu kebenaran yang dipendam. Dan pilihan yang bakal menghancurkan segalanya. Bila masa lalu kembali menuntut jawapan, adakah mereka masih sahabat... atau musuh yang tidak pernah disedari? SINOPSIS: Adam Mikhail, Ayra Balqis dan Naim Azfarin, tiga sahabat yang pernah bersumpah untuk tidak meninggalkan satu sama lain. Namun masa mengubah segalanya. Adam kini seorang pegawai Unit Jenayah Berat yang hidup dalam penyesalan, terperangkap antara kebenaran dan bayang-bayang ayahnya sendiri. Ayra pula menyembunyikan dendam di sebalik senyuman, hidup dalam dunia penuh penipuan demi membalas kematian ibunya. Manakala Naim memilih untuk menjauh, apabila dia mengetahui bahawa keluarganya sendiri adalah punca segala kehancuran. Apa yang mereka tidak sedar, rahsia yang mereka simpan selama ini saling berkait. Lebih menyakitkan, semuanya berpunca daripada generasi sebelum mereka. Empat sahabat yang pernah setia, tetapi akhirnya memilih untuk mengkhianati satu sama lain demi kuasa, harta dan kepentingan sendiri. Kini, kebenaran yang selama ini 'diputihkan' mula terbongkar satu demi satu. Dan apabila semuanya terdedah... mereka terpaksa memilih, Antara kebenaran atau kesetiaan, Antara dendam atau pengampunan, Dan antara menyelamatkan diri atau menghancurkan orang yang mereka paling sayang. Kerana dalam dunia ini, tidak semua yang benar itu bersih, dan tidak semua yang salah itu boleh dimaafkan.
Hujung Nafas - Misi yang mesti selesai sebelum waktu berhenti. (COMPLETED) by Laventer_Skz
Laventer_Skz
  • WpView
    Reads 4,317
  • WpVote
    Votes 321
  • WpPart
    Parts 60
Di hujung nafasnya, masa bukan lagi sekadar detik - tetapi hukuman. Tengku Adriana, satu-satunya cucu perempuan dalam keluarga elit Tengku Hisyam, hidup dengan penyakit misteri akibat hentakan yang hampir meragut nyawanya. Namun itu bukanlah takdir paling pahit. Selepas tamat peperiksaan SPM, dia dituduh membunuh tanpa niat - sebuah tuduhan yang bukan miliknya. Demi melindungi seseorang yang dirahsiakan, dia terpaksa menggalas status pesalah muda di Sekolah Henry Gurney. Bertahun-tahun kemudian, dia muncul kembali. Bukan sekadar gadis lemah yang disisihkan, tetapi seorang wanita bijak, mahir dalam dunia teknologi dan bayangan gelap. Namun penyakitnya terus menghantui, jarum jam hidupnya semakin hampir berhenti. Kini, dengan masa yang semakin menyempit, Adriana harus menyelesaikan misi terakhir - mengumpulkan adik-beradik tirinya daripada tiga ibu berbeza dan membongkar kebenaran yang disembunyikan keluarga. Setiap langkah adalah perjuangan. Setiap rahsia boleh meragut nyawanya. Dan setiap hela nafas mungkin yang terakhir. "Hujung Nafas - Misi yang mesti selesai sebelum waktu berhenti."