private
68 stories
My Forever, My Tengku Aqzariel [C] [REVAMP] by misswanzz
misswanzz
  • WpView
    Reads 34,307
  • WpVote
    Votes 2,490
  • WpPart
    Parts 86
⚠️ Trigger Warning : Mengandungi babak-babak saspens-thriller yang melibatkan keganasan fizikal,trauma, penderitaan mental watak .. Dua jiwa dari dunia yang berbeza, dipertemukan oleh takdir.. Raissa Elverra... seorang peguam ternama, tegas dan tajam tutur katanya. Tengku Aqzariel Rendra.. lelaki dingin yang hidupnya dipenuhi darah dan medan peperangan. Pertemuan pertama mereka bukan takdir yang indah... Namun anehnya, takdir seakan tidak pernah berhenti menemukan mereka dalam keadaan yang tidak dirancang, dalam situasi yang tidak diingini... hingga akhirnya, terjalin satu ikatan yang sukar dilepaskan. Di sebalik ketegasan Raissa, tersembunyi luka lama yang tidak pernah sembuh. Trauma yang membelenggu, membuatkan hatinya tertutup rapat. Dan tanpa disedari, Tengku Aqzariel lelaki yang tidak pernah kenal erti takut mula menjadi pelindung kepada hati yang rapuh itu. Namun, untuk kali pertama dalam hidupnya... Aqzariel tewas. Bukan di medan perang, tetapi pada seorang wanita yang kelihatan kuat, namun hancur dalam diam. Di persimpangan antara tanggungjawab dan perasaan, antara perjuangan tanah air dan perjuangan hati... Aqzariel memilih satu jalan yang ditentukan Ilahi. Kerana bagi dirinya wanita itu bukan sekadar cinta. Dia adalah anugerah terindah yang tidak pernah dia pinta, namun paling dia syukuri. "I will guard you until my last breath... even if loving you destroys me." Namun perjalanan mereka tidak pernah mudah. Satu demi satu rahsia terbongkar, Satu demi satu luka kembali berdarah. Mampukah Aqzariel terus menjadi pelindung...atau akhirnya dia juga akan tewas, bersama cinta yang tidak pernah sempat sembuh?
[C] Yang Terakhir by nazroseeeee
nazroseeeee
  • WpView
    Reads 4,310
  • WpVote
    Votes 204
  • WpPart
    Parts 37
TW: Stalking, Penderaan, Trauma Menjalinkan hubungan percintaan sekali lagi bukanlah sesuatu yang mudah bagi Maisarah. Tambahan pula dia pernah berada di dalam situasi yang membuatkan dirinya trauma. Namun, kehadiran Haikal si rakan baik sejak zaman universiti membuatkan Maisarah yakin, lelaki baik itu masih ada. "Aku harap, keikhlasan kau tu tak akan hilang, Kal." - Husna Maisarah "Aku janji Mai, walau apa pun jadi, aku akan tetap ikhlas kenal dan nikahi kau." - Haikal Nasrullah Namun, untuk melupakan seseorang yang berjaya membuka hatinya buat kali pertama bukanlah sesuatu yang mudah walaupun sudah disakiti berkali-kali. "Aku rindu... Haziq." - Husna Maisarah Walaupun sukar, Haikal tidak berputus asa untuk mendapatkan hati itu. Dia terus cuba dan mencuba untuk mendapatkan hati itu. Persoalannya, adakah Haikal berjaya?
Pergilah Rindu (ON GOING) by chempaqa
chempaqa
  • WpView
    Reads 2,771
  • WpVote
    Votes 102
  • WpPart
    Parts 28
Pertemuan tak dijangka antara Husna, gadis diva paling sombong di universiti, dengan Zafran, lelaki pendiam yang asyik dengan buku, mencetus cabaran dalam hati Husna. Demi ego, dia nekad nak pikat lelaki itu. Duit, rayuan, semua dicuba. Tapi Zafran tetap menolak, sampai akhirnya dia berbohong ada leukemia. Hanya untuk dapat simpati. Zafran tewas. "Selagi abang bernyawa, abang akan sentiasa di sisi Husna." Husna menyesal kahwin dengan Zafran. Miskin! Duduk rumah buruk! Ada mak buta pulak tu! "Aku akan berambus. Aku pun dah tak tahan lagi la duduk dalam rumah buruk ni. Lagikan nak hidup dengan manusia hina macam kau dan mak kau!" Remuk hati Zafran. Perempuan yang dia cintai hina dia begitu sekali. Zafran pertahankan Husna. Husna tetap nak pergi. Dalam hujan Husna tinggalkan Zafran. "Aku takkan balik. Aku akan cari hidup yang lebih layak untuk aku." Zafran jatuh melutut dalam hujan, tangannya menekup wajah. "Pergilah, Husna Arisa... pergilah rindu..." Hati Zafran dah mati untuk perempuan bernama Husna. Hidup Husna mula musnah. Keluarga muflis, ibu bapa meninggal, dan penyakit yang dulu dia reka kini benar-benar menyerangnya. Mungkin balasan Tuhan kerana menderhaka kepada suami. Dia pulang, cari cinta yang pernah dia buang. Tapi... "Pergilah Husna. Pergi kejar apa yang awak impikan. Kerana cinta Zafran Hakim dah hancur. Dah mati! Dan bersaksikan mak. Husna Arisa binti Rizal, aku..." "Beri Husna peluang bang. Husna janji Husna akan bahagiakan abang sebelum Husna pergi. Husna janji," Husna merayu. Husna memujuk. Zafran tetap benci. "Ya Allah, izinkan aku mati di sisi suamiku." Dapatkah doanya termakbul? Masihkan ada ruang di hati Zafran untuk Husna?
Pujaan Hati Jejaka Mafia by lilmisshz
lilmisshz
  • WpView
    Reads 753,719
  • WpVote
    Votes 21,167
  • WpPart
    Parts 73
𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖕𝖊𝖗𝖙𝖆𝖒𝖆 RAYDEN ARRAYAN Seorang jejaka tampan yang cukup digeruni banyak pihak. Dingin bak ais beku. Pertemuannya dengan gadis cantik bak bidadari telah menambat hatinya yang sekeras batu. Kehilangan buat sementara namun bertemu semula setelah sekian lama. ARIESHA ZASKIA Seorang gadis 24 tahun yang sopan, peramah dan lemah lembut. Dari dia berumur 12 tahun sudah hilang kasih kedua syurganya. Kehilangan Ibu nya yang meninggal dunia akibat barah otak menambahkan lagi perit dihati. Namun atas pesanan terakhir dari ibu nya yang membuatkan dia bangkit dan semangat untuk teruskan hidup. Tidak lama selepas ibunya pergi, kini ayahnya juga turut pergi meninggalkan dia. Ariesha menghadapi banyak liku kehidupan. Sahabat yang kekal dengannya lah menjadi penguat hatinya untuk meneruskan hidup sehingga berjaya. Namun satu pertemuan membuatkan dia mengenali seseorang. Lelaki asing bagi dia pada awalnya. Kehadiran jejaka itu sedikit sebanyak menambah cahaya dalam hidup Ariesha. Tanpa sedar cinta mula memutik. Tatkala bahagia sedang dikecapi. Namun sementara apabila masalah menimpa. Mampukah Ariesha menerima setiap ujian berat yang menimpa dalam hidupnya? Sekuat mana hatinya untuk menghadapi pelbagai rintangan? Mampukah Ariesha mencari cintanya semula setelah duka yang melanda? 'Because no one can hurt you'-Rayden Arrayan ⚠PLAGIAT DILARANG KERAS⚠ End : 21 May 2022
Cahaya Arryan's | og  by flrymea
flrymea
  • WpView
    Reads 2,017
  • WpVote
    Votes 98
  • WpPart
    Parts 7
Aryyan Iz X Asyara Kisya Apabila orang lain merasai kasih sayang seorang ibu, Asyara pula terpaksa bertahan hidup dalam kebencian ibunya sendiri. Dipaksa berkahwin, dipukul, dikhianati segalanya telah Asyara tempuhi. Namun ada satu perkara yang belum pernah dia rasai. Cinta sejati. "Aku kawin dengan kau sebab aku nak kau rasa apa aku rasa Asyara."-Firash Al-Musa Pertemuan antara Asyara kisya dan Arryan Iz Iskandar di kota cinta Paris setelah bertahun - tahun berpisah dengan Firash sering menganggu fikiran Asyara. "Oh orang Malaysia ya? Kau tak nampak, atau pura-pura tak nampak?" -Asyara Kisya Siapa lelaki ini?Kenapa lelaki ini datang apabila dia sudah bersenderian? Dia rimas.. Dia tidak suka.. "Mana- mana aku pergi aku akan jumpa kau, sayang. Kita kawin je la?"-Arryan Iz Iskandar Namun,benarkah cinta sejati itu wujud untuk mereka? Atau ini semua hanyalah sementara. Selamat datang. (NEW VERSION EDITION)
𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐅 | 𝐒𝐔 by frvrdynaa
frvrdynaa
  • WpView
    Reads 13,329
  • WpVote
    Votes 2,440
  • WpPart
    Parts 18
❝ 𝗧𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗳𝗲𝗲𝗹𝘀 𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗯𝗲𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲 𝘆𝗼𝘂'𝗿𝗲 𝗺𝘆 𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗳, 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴.. ❞ 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔. Seorang gadis yang mempunyai rupa yang jelita serta senyuman yang mampu mencairkan dinginnya hati. Dahulu, dia percaya bahawa cinta ialah sebuah janji yang akan kekal terpahat hingga ke hujung usia. Tiada apa yang tidak pernah dikorbankannya demi perasaan itu. Dia membina angan, menyulam harapan dan menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada sebuah cinta yang disangkakan abadi. Namun, dalam sekelip mata, segala yang dibinanya runtuh menyembah bumi. Dunia yang dahulunya berseri kini diselubungi kelam yang tiada bertepi. 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦. Seorang jejaka yang berwajah tampan dan bersikap dingin terhadap setiap wanita yang mendambakan perhatiannya. Namun di sebalik keteguhan wajah itu, tersembunyi sekeping hati yang setia menanti. Sejak zaman persekolahan, hanya satu nama yang bersemayam dalam relung jiwanya - Aisya Cassandra. Dia bukan lelaki yang gemar mengungkapkan rasa, namun kasih yang dipendamnya tidak pernah luput ditelan waktu. Malam pertemuan semula yang sepatutnya menjadi saksi kebahagiaan bertukar menjadi lembaran duka. Hanya dengan sekeping gambar, seluruh benteng hati Aisya roboh tanpa belas. Dalam kesedihan yang menyesakkan dada, dia membawa diri mencari ruang untuk mengubati luka. "Kenapa orang yang paling aku sayang, yang paling aku cintai tinggalkan aku... Apa salah aku, Ya Allah..." - 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔 "Lap air mata kau tu. Buruk beno rupanya," - 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦 Mampukah sekeping hati yang telah retak disatukan kembali oleh benang kasih? cover by @pplyoumayknow
PULANG (C)  by Jnnahtul
Jnnahtul
  • WpView
    Reads 51,627
  • WpVote
    Votes 3,136
  • WpPart
    Parts 59
Lara Imani, gadis kampung yang baik, rajin dan penyabar. Hidupnya penuh luka kerana keluarganya tidak menyayanginya. Dia difitnah mempunyai skandal dengan tunang adiknya, menyebabkan seluruh kampung memandang rendah padanya. Walaupun dilayan buruk, Lara tetap bekerja setiap pagi menghantar donat ke gerai tepi pantai. Aidan Rayyan, seorang CEO muda yang dingin tetapi baik hati. Dia datang ke kampung itu kerana jemputan majlis keluarga kawan baiknya. Semasa berjalan di pantai, Aidan ternampak Lara yang sedang menghantar donat. Kawan baiknya memberitahu bahawa Lara sering difitnah dan melalui hidup yang berat. Pertemuan ringkas itu membuat Aidan mula memerhati kehidupan Lara dari jauh. Sedikit demi sedikit, Aidan melihat ketabahan Lara dan beban yang dia tanggung seorang diri. Cerita Pulang mengisahkan perjalanan dua insan yang terluka, masing-masing membawa kisah silam. Mereka tidak mencari cinta, tetapi takdir mempertemukan mereka dalam keadaan yang paling sunyi.
Bukan Milik Abadi | OG by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 16,970
  • WpVote
    Votes 2,571
  • WpPart
    Parts 49
BUKAN MILIK ABADI BY VIEPIXXA Siapa sangka dalam diam, ada dendam yang belum lunas. Kehidupan Fieqa yang dulu serba cukup hancur sekelip mata apabila nama baik keluarganya tercalar. Sewaktu cuba melarikan diri dari masalah, dia tersasar ke wilayah milik seorang lelaki misteri. Pemilik resort itu menahan Fieqa seakan ada kisah silam yang belum selesai antara mereka. "Lepaskan saya dulu dan saya akan pastikan saya bayar hutang tu dekat awak!" -FIEQA AYLARA "Pilih. Tetap terkurung di sini selamanya atau bebas sebagai isteri aku?" -QAYREL IZDAM Bagi Qayrel, memiliki Fieqa adalah keperluan demi rancangannya. Bagi Fieqa pula, menjadi milik lelaki itu adalah hukuman terberat. Kebencian menjadi permulaan lalu mereka terperangkap dalam permainan perasaan. Siapa jatuh cinta dulu, dia yang kalah. "Saya bagi awak pilihan. Kalau awak masih nak saya jadi isteri awak, buang dendam tu. Kalau awak lebih pilih dendam, ceraikan saya." -FIEQA AYLARA Apabila rahsia lama akhirnya terbongkar, masih adakah ruang untuk mereka memperbaiki segalanya atau semuanya sudah terlambat? "Dia bukan milik abadi dalam hidup aku." DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐦𝐚 | C  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 237,989
  • WpVote
    Votes 12,687
  • WpPart
    Parts 53
𝐈𝐝𝐫𝐢𝐬 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐚𝐥 | 𝐓𝐚𝐬𝐧𝐢𝐦 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐚 "Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu." Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu. Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah. Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata. "E-Eshaal?" - 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐈𝐌 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka. "Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋 "Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐈𝐌 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati. Tanpa cinta. Tanpa harapan. Dan tanpa janji untuk saling memiliki. Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu. Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu? Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?
TENGKU AFFAN NUFAYL : HE'S OBSESSION  by quainsha
quainsha
  • WpView
    Reads 349
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 3
Tengku Affan Nufayl bukan lelaki yang suka menonjol. Dia memilih diam, bukan kerana lemah-tetapi kerana tidak semua perkara perlu disuarakan. Hidupnya tenang. Terlalu tenang untuk seorang lelaki yang sering merasakan seolah-olah ada sesuatu yang sentiasa memerhati dari jauh. Seperti ada kisah lama yang tidak pernah benar-benar berakhir. Kemudian, hadir seorang gadis yang tidak pernah meminta izin untuk masuk ke dalam hidupnya. Airis Nuwaira Qasrina. Riuh, berani, dan terlalu hidup untuk dunia yang Affan bina dengan sunyi. Gadis itu datang, mengusik, dan mengganggu keseimbangan yang selama ini dia jaga. Buat pertama kalinya, Affan merasakan getaran yang bukan sekadar debar biasa. Ia terasa seperti permulaan... dan juga amaran. Kerana ada perkara tentang dirinya yang tidak diketahui sesiapa. Ada sejarah yang tidak patut terbuka. Dan ada kisah silam yang masih menunggu untuk menuntut jawapan. Persoalannya- adakah perasaan itu akan menyelamatkan, atau menjadi sebab segalanya kembali terbongkar? Kerana lelaki yang mereka kenal sebagai Tengku Affan Nufayl, mungkin bukan sekadar lelaki biasa. " She is my first love, and will be forever. " start : 5 Jan 2026 end :