gadisssmanesss's Senarai Bacaan
44 stories
Of Ruins and Roses by KaelAuren_
KaelAuren_
  • WpView
    Reads 107,379
  • WpVote
    Votes 5,527
  • WpPart
    Parts 125
Rayyan Harith tidak pernah lupa malam itu. Seorang pakar bedah muda. Dia menyaksikan sendiri tiga nyawa ditarik dalam satu kemalangan tragik-termasuk adik kandungnya sendiri. Namun yang paling menghantui hidupnya ialah, sepasang suami isteri yang gagal diselamatkannya... hingga meninggalkan seorang gadis yatim piatu. Gadis itu, kini bergelar wanita berdikari bernama Aira Humaira. Pemilik kafe comel bernama Pawse & Sip, tempat di mana manusia melepaskan lelah sambil membelai kucing sebagai penyembuh luka jiwa. Tuah, satu-satunya saksi bisu yang menjadi penguat Aira selama ini. Tanpa saling mengenali, Rayyan dan Aira ditemukan semula oleh takdir. Namun, rahsia masa lalu terus menghantui. Aira tidak tahu lelaki itu ialah doktor yang cuba sedaya upaya menyelamatkan ayahnya pada malam kejadian. Rayyan pula hidup dalam dilema-antara menyembunyikan identiti atau jujur dan kehilangan wanita yang perlahan-lahan dia cintai. Tatkala luka lama mula berdarah kembali, dugaan bertimpa. Hasutan, fitnah, keluarga yang menolak, kehilangan, perpisahan... hingga Aira dan Rayyan diuji antara percaya dan kecewa, antara menanti dan melepaskan. Akan adakah bahagia buat dua jiwa yang luka? Atau takdir sekali lagi memilih untuk memisahkan mereka? "π™ΌπšŠπš—πšŠ πš”πšŠπšž, πšœπšŠπš’πšŠπš—πš? π™ΉπšŠπš—πšπšŠπš— πšπš’πš—πšπšπšŠπš•πš”πšŠπš— πšŠπš”πšž." - Rayyan Harith. "π™°πš’πš›πšŠ πšπšŠπš” πš‹πš˜πš•πšŽπš‘. π™°πš’πš›πšŠ πšπšŠπš” πšœπšŠπš—πšπšπšžπš™. π™°πš’πš›πšŠ πš–πš’πš—πšπšŠ πš–πšŠπšŠπš." - Aira Humaira.
NASH: Hero Si Sweet Devilish by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 266,609
  • WpVote
    Votes 22,527
  • WpPart
    Parts 70
DIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. Disebabkan itu, Rizq Althaf menawarkan diri untuk memperisterikan Raisya Asluna supaya gadis itu dapat mengetahui bahawa kasih sayang bukan semua harus diberikan bukti. Luna tak mampu nafikan bahawa seorang Rizq memang sangat sempurna bagi seorang lelaki dan suami. Tetapi, kekurangan lelaki itu cuma satu. Rizq... Tak pernah sekalipun memandang dia sebagai seorang 'isteri' mahupun 'wanita'. Malahan, Rizq menurut setiap arahan walid dan juga ayah angkatnya persis anak yang soleh. Hati Luna terluka. Hadirnya juga seseorang gadis yang merupakan anak arwah kawan baik walid dan ayah angkatnya, dunia Luna terus menjadi kelam apabila Rizq diarahkan untuk berkahwin dengan gadis itu. Dia terus diadili bagaikan pesalah membuatkan Luna terus saja hanyut dalam lautan derita. "Jika hati kau tak lagi kuat hendak menampung luka. Jangan lupa menjerit sekuat hati supaya semuanya hilang. Saat kau rasa kalah mengharungi semuanya. Aku akan datang untuk berikan kau bahagia, Luna" - Nash Harizal Meskipun perit, masalah tetap perlu dihadapi. Kebenaran tetap perlu dicari. Cinta tetap perlu dihargai. "Laureen takut..." - Laureen Alyah Tegakah Luna untuk terus membenci jika Laureen juga mangsa di dalam kisah ini? Adakah penipuan di dalam sebuah kebenaran? Apakah penghujung buat kisah ini? Akankah ada keadilan buat seorang Raisya Asluna? +++ Start: 28/6/21 End: 24/8/21
Tawanan Hati Afeef Anaqi || [c] by luvvainyn
luvvainyn
  • WpView
    Reads 595,387
  • WpVote
    Votes 44,935
  • WpPart
    Parts 40
Tawanan Series; || || || Peristiwa hitam itu datang lagi. Si dia yang dulunya menghilang kini bertindak sebagai watak utama. Ini bukan kisah sesiapa melainkan tentang seorang perempuan yang sanggup keluar dari kemewahannya lalu hidup semula dengan kekosongan bersama orang asing. Semata demi mengelak dari terjerumus ke dalam hidup syaitan yang bertopengkan manusia. "Tolong aku untuk lindungi aku dari dia. Jaga aku dan aku akan jaga kau. Boleh ya?" Alva Areeya "Saya lelaki yang biarkan awak tenggelam dengan masa lampau,"
Seorang Gadis 2 by IssabellaWarith
IssabellaWarith
  • WpView
    Reads 32,320
  • WpVote
    Votes 1,085
  • WpPart
    Parts 51
Perjalanan hidup Issabella Warith masih berliku liku. Mampukah Is bahagia seperti yang diimpikan? Siapakah yang akan menbahagiakan Is ?
My Seducing Wife  by fiyyanaisa
fiyyanaisa
  • WpView
    Reads 4,719,545
  • WpVote
    Votes 42,603
  • WpPart
    Parts 45
Untuk menjaga nama keluarganya, Liyana Clarissa bersetuju untuk berkahwin dengan Naufal Qhalif setelah pengantin perempuan iaitu kakaknya menghilangkan diri di hari perkahwinan mereka. "Kau cuba nak goda aku ke apa?" - Naufal Qhalif "Shame on you because trust me, saya tak pernah terfikir pun nak goda awak apatah lagi nak buat awak jatuh hati dekat saya. I mean, don't even think about it. This marriage between us has no value at all." - Liyana Clarissa "Good. That's what I want to hear." - Naufal Qhalif The next thing they know is that they are here, giving in to the temptations. It started with a mere lust but how does it ended up? Dan ketika mereka baru hendak membina hubungan kekal, kepercayaan mereka diuji dengan kisah silam. *This is an unedited and incomplete versions *A complete and longer version is available in the Ebook only
My Deepest Secret by fiyyanaisa
fiyyanaisa
  • WpView
    Reads 938,570
  • WpVote
    Votes 43,107
  • WpPart
    Parts 49
Tengku Hazrul Uwais - Selain dari personalitinya yang all smiley and fun, tiada sesiapa yang menyangka dia menyimpan satu rahsia yang tidak pernah dibongkarnya kepada orang lain. Kerana seorang wanita, Hazrul tidak pernah terfikir untuk membuka hatinya menerima wanita lain dalam hidupnya. Dan Qayra Qysara muncul. Atas pilihan keluarga untuk kepentingan kedua-dua pihak, Hazrul tiada pilihan lain selain bersetuju untuk mengahwini wanita itu. Qayra Qysara pada pandangan pertama is nothing else but a good lady tetapi bila wanita itu sendiri mengaku yang sebaliknya, Hazrul can't help but to think who is this girl exactly? He expect nothing from this arrangement but little did he know, Qayra Qysara is the key to his unforgettable secret.
SERI TUN NAILA [C] by nurfrhnnh
nurfrhnnh
  • WpView
    Reads 211,358
  • WpVote
    Votes 7,981
  • WpPart
    Parts 59
# 2nd Sambalado Series *karya Kedua Seri Tun Naila Pada mulanya Seri Tun Naila hanyalah seorang gadis kampung yang hidup bahagia dan aman damai bersama kedua ibubapanya di negeri jelapang padi, Kedah. Walaupun Seri merupakan anak tunggal bagi keluarga Syed Abdul Rahman dan Nur Kasih. Mereka tetap keluarga yang sangat bahagia. Sehinggalah terjadinya sesuatu perkara yang menyebabkan Syed Abdul Rahman membawa diri meninggalkan anak dan isterinya di kampung dan menghilangkan diri tanpa jejak. "Abang janji, selepas semua perkara selesai. Abang balik ambil Nur Kasih dan anak. Dengan nama Allah, Abang janji."- SYED ABDUL RAHMAN Betul lah kata orang, jangan pernah percaya dengan janji manusia. Disebabkan janji itu lah dua hati telah terluka malah hancur berkecai terutama bondanya, Nur Kasih. Disebabkan pemergian walidnya, si isteri dan anak menderita hampir setahun. Terjadi satu peristiwa besar dalam hidup Seri yang menyebabkan gadis itu mengikuti bekas lelakinya iaitu Syed Adhardee. Syed Adhardee mengaku yang dia merupakan sepupunya dan Syed Abdul Rahman adalah bapa saudaranya. "Mengarut! Ni semua mengarut!" - SERI TUN NAILA "Just terima kenyataan yang kita ni sepupu. Bukannya susah. Lari lah awak ke mana pun, awak tetap tak boleh ubah semua tu, Seri Tun Naila." - SYED MUHAMMAD ADHARDEE Banyak perkara yang mengejutkan Seri sehingga lah dirinya sendiri lemah menanggung segala perkara. Satu-persatu Tuhan tunjukkan segala rahsia yang ada. Apatah lagi selepas dia berkahwin dengan bekas teman lelakinya merangkap sepupunya itu. "Dah alang-alang aku kena jadi jahat. Why not aku jadi syaitan terus"- ERFAN ALKAFF START: 1 FEBRUARY 2024 END : 15 FEBRUARY 2024
Suratan Takdir Untukku by liaatishaa
liaatishaa
  • WpView
    Reads 5,151,958
  • WpVote
    Votes 115,292
  • WpPart
    Parts 58
Kerana satu insiden yang tidak di ingini telah menjadikan mereka sepasang suami isteri. Bukan atas kemahuan diri, bukan atas kerelaan hati. Safa Safiyyah, dirinya akhirnya dibuang keluarga. Dicurangi suaminya sendiri dan dibenci oleh semua. Dirinya dibuang ibarat anijing kurap, tanpa bantuan sesiapa kecuali Tuhan Yang Maha Esa dia menghadapi ujian itu dengan penuh sabar. Ihtisyam Arif Aqil, terasa dirinya teraniaya dna akhirnya membenci isterinya sendiri. Mencurangi isterinya bersama kekasih hatinya. Insiden yang tidak diduga telah mengakibatkan dirinya menjadi seorang suami. Baru sahaja cinta mulai berputik, ujian pun muncul. "Safa Safiyyah, aku ceraikan kau dengan talak satu" Adakah sinar kebahagiaan dalam hidup Safa? Mampukah Arif memenangi hati Safa? Apakah keluarga Safa menerimanya semula? Siapakah yang memerangkap mereka?
THE DUDLEY'S BRIDE by LEMONMAPLE
LEMONMAPLE
  • WpView
    Reads 1,243,818
  • WpVote
    Votes 475
  • WpPart
    Parts 2
Iris Callista gadis pendiam dan dilabel budak 'nerd' di sekolah. Dia hanya bercakap hal penting sahaja. Aidan Dudley lelaki nakal dan sering melanggar peraturan sekolah. Baginya, tiada orang yang boleh mengatur hidupnya. Kerana taruhan, dia memperdaya Iris Callista sehingga gadis itu membencinya. Menginjak dewasa, Iris tumbuh sebagai wanita yang ceria,matang dan tidak lagi pendiam. Dia tidak mahu orang memijaknya lagi. Pertemuan tak dijangka antara Iris Callista dan Aidan Dudley dianggap sebagai satu kebetulan namun sebenarnya semuanya telah dirancang oleh lelaki itu. Dia obses pada gadis itu. #possessivehusband #redflaghero Saya tak pandai buat blurb 😭 korang baca jelaaaaa hehehe Start : 16/10/2023 End: 18/01/2025 Happy Reading ❀️
Dia,Sugar Daddy (C) by Starrysugr_
Starrysugr_
  • WpView
    Reads 40,431
  • WpVote
    Votes 921
  • WpPart
    Parts 51
Tengku Zayden Hakim x Sofea Adriana Zayden seorang CEO di Z company yang merupakan hasil titik peluhnya sendiri walaupun mempunyai keluarga yang kaya raya.seorang duda kerana bercerai dengan bekas isterinya yang sanggup mengkhianatinya dengan curang dengan lelaki lain. Sofea seorang anak tinggal kepada pasangan Encik Faizal Dan Puan Hayati .Menjadi anak yatim piatu kerana kedua ibu bapanya kemalangan pada 4 tahun lalu.sofea seorang yang polos ,keras kepala Dan hanya suka membaca buku. katanya buku dapat membuat diri dia berada di awan awangan. hanya mempunyai seorang kawan bernama iman yang hanya mahu berkawan dengan so Sofea .. apabila tahu kawannya Iman mempunyai sugar daddy dirinya pun mahu mencari sugar daddy... "Baby kau nak ajak daddy keluar ke kau saja nak goda daddy ni" -Zayden "Nak ajak daddy keluar la mana ada baby goda daddy "-Sofea "Daddy perasan je kot "-Sofea "Daddy tak rasa yang baby boleh keluar malam ni -kata Zayden dengan gelaknya.. Adakah Sofea akan mendapat sugar daddy yang diimpikannya?Adakah antara mereka berdua akan rasa bagaimana itu cinta? Nantikan