_pnurain
- Reads 886
- Votes 70
- Parts 13
"Antara dua hati yang sunyi, hadirnya menjadi penyembuh yang indah."
Haris Zafran | Nadira Irdina
Haris Zafran, seorang pegawai tentera yang tegas dan dingin, menyimpan rahsia besar dalam hatinya. Trauma selalu menghantui setiap langkah dan malamnya. Setelah bertahun-tahun berjuang di medan perang, dia pulang membawa beban yang sukar diluahkan, menjadikan dirinya sukar membuka hati pada sesiapa.
Nadira Irdina, wanita lugu dan polos, yang menolong neneknya menguruskan homestay di kampung. Hadir dalam hidup Haris dengan kehangatan yang tak pernah dia kenali. Kelembutan dan kejujuran Nadira menguji keteguhan Haris yang selama ini terbina dari kekerasan dunia luar. Namun, di sebalik kelembutan itu, Nadira sendiri menyimpan luka yang belum sembuh.
"Aku tak perlukan simpati. Aku cuma mahu berdiri sendiri." - Haris Zafran
"Kadang-kadang, kita perlu biarkan diri kita disayangi sebelum boleh sembuh." - Nadira Irdina
Dua jiwa yang berbeza, disatukan oleh takdir, berusaha untuk menyembuhkan luka masing-masing. Dalam sunyi dan sepi, mereka belajar erti cinta yang sebenar. Bukan hanya dari kata, tapi dari kesetiaan, pengorbanan, dan harapan.
Namun, perjalanan itu tidak mudah. Haris yang tegas dan penuh rahsia sukar untuk membuka hatinya, manakala Nadira yang lembut pula sentiasa bimbang akan trauma masa lalunya berulang.
Apakah Haris mampu melepaskan bayang-bayang masa lalunya? Mampukah Nadira menemukan kekuatan untuk percaya semula? Dan apakah mereka mampu sembuh dalam satu cerita yang baru?