Thes_Hanieyy
1 story
Tengku Izz Rayqal:The Dangerous Husband | (Slow Update)  by Thes_Hanieyy
Thes_Hanieyy
  • WpView
    Reads 222
  • WpVote
    Votes 35
  • WpPart
    Parts 7
Welcome to my first story.... Tengku Izz Rayqal:The Dangerous Husband "Everything about you,is mine." --- Tengku Izz Rayqal, lelaki berdarah mafia yang digeruni kawan mahupun lawan. Seorang duda yang runtuh jiwanya selepas dikhianati isteri sendiri-wanita itu memilih bekas kekasih lamanya dan meninggalkan Izz dalam marah, dendam, dan obsesi yang membara. Meskipun ikatan halal sudah terputus, Izz tidak pernah berhenti mengejar. Baginya, wanita yang pernah menjadi isterinya itu adalah hak mutlaknya. Namun empat sahabat seperjuangannya tidak pernah penat menasihati: "Kalau kau terus lembik macam ni,musuh mudah untuk jatuhkan kau." -Tengku Aydan Rizqal "Aku tak kenal Tengku Izz Rayqal lembik macam ni." - Tengku Zhafryn Rayzel. Namun, Izz Rayqal bukan lelaki yang mudah tunduk pada kata-kata. Hinggalah takdir mempertemukan dia dengan seorang wanita-seorang fashion designer antarabangsa. Berkarisma, berani, penuh gaya dan tidak pernah tunduk pada ugutan sesiapa. Dengan jemari yang mencipta busana, dia mengatur dunia penuh elegan, dan kini tanpa sedar dia mula mengusik sisi gelap seorang mafia. Tetapi untuk memiliki hati wanita itu tidak semudah menandatangani kontrak perniagaan. Dia adalah pujaan hati seorang lelaki Rusia-musuh ketat yang telah lama menunggu peluang untuk menjatuhkan Tengku Izz Rayqal. "Kalau kau tak nak dia jadi macam Tasya. Kau kena main dengan cara yang gelap." - Tengku Iqram Rayfal "Aku tahu, lambat laun gadis itu akan seratus peratus milik kau." - Tengku Zayf Rafiq Cinta bertukar menjadi medan perang. Darah, kuasa, dan obsesi menjadi taruhan. Dan dalam kancah bahaya itu, Izz sedar-dia bukan sekadar ingin memiliki wanita itu, dia mahu mengikat jiwa dan raganya. Kerana bagi Tengku Izz Rayqal, sekali dia mahukan sesuatu... seluruh dunia tidak mampu menghalangnya --- Saya harap korang akan terus menyokong karya saya.. Acc TT:Thes_Hanieyy Acc IG:author_thes_hanieyy Start:29 Sep 2025 End:----- Status: On going