My love
12 stories
FIGHT FOR LOVE [TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,899,719
  • WpVote
    Votes 19,299
  • WpPart
    Parts 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
Milik Tuan Megat [𝒞 ] by shesdarkcloud
shesdarkcloud
  • WpView
    Reads 539,781
  • WpVote
    Votes 14,785
  • WpPart
    Parts 34
- my 1st romance story - Megat Adam Qhalish x Nur Qaira Ameerah Nur Qaira Ameerah hanya gadis biasa yang bekerja sebagai barista di sebuah cafe hidupnya sedikit berbeza dengan gadis lain walaupun memegang degree namun dia memilih untuk bekerja sebagai barista tetapi ada sesuatu yang di rahsiakan oleh dirinya. Lain pula kisah Megat Adam seorang yang sangat dingin dan tegas pernah patah hati akibat hubungan masa lalunya membuatkan diri lelaki itu semakin dingin dan padanya semua wanita hanya mahu kikis hartanya . Hingga takdir menemukan mereka berdua . " perempuan macam kau mesti nak kikis duit aku je kan!? " Megat Adam Qhalish " ingat kita ni nak sangat ke duit dia tu ? saya tak hingin la encik! silakan bawak masuk duit encik ke dalam kubur. " - Nur Qaira Ameerah pertemuan tanpa sengaja menemukan mereka berdua dan membawa mereka ke Jinjang pelamin tanpa sebarang perasaan cinta namun tanpa di sedari cinta mula berputik. 𝙳𝚒𝚜𝚌𝚕𝚊𝚒𝚖𝚎𝚛: ⚠️ Terdapat kesalahan tatabahasa ( iam lazy to edit ) ⚠️ Broken English ( please ignore ) I'am still new so please be kind anything i wrote just for fun . Not copy any other story at all . Kindly follow me :) also this story might be bored but i try my best . ( Kebanyakan saya merapu je ) Mohon maaf kalau ada kesalahan ( nanti saya perbetulkan ) Instagram; sheslazy Tiktok; shesdarkcloud ( Kindly follow my social media for announcement next story♡. )
TENGKU ZAEL HALVARD: MY CARIÑO by carino_darlingzz
carino_darlingzz
  • WpView
    Reads 7,779
  • WpVote
    Votes 146
  • WpPart
    Parts 20
Kalau aku kata kau milik aku, Cariño... jangan persoalkan. Sebab aku tak pernah berkongsi. Tengku Zael Halvard bukan sekadar CEO kepada Halvard Legacy Holdings - dia juga pemilik dunia gelap yang tak terjangkau akal manusia biasa. Lelaki berdarah campuran Melayu-Sepanyol itu menyimpan rahsia yang hanya diketahui oleh mereka yang berani hidup di antara bayang-bayang dan peluru. Dingin, kejam, dan mematikan - dia mencipta empayar dari darah, kuasa, dan bisnes yang tak sah di sisi undang-undang. Namun segala aturan hidupnya yang sempurna runtuh bila Aulia Maisarah hadir kembali dalam hidupnya - seorang gadis biasa yang pernah menjadi saksi tragedi yang telah menghancurkan keluarganya. Demi satu rahsia lama, dia memaksa Aulia menjadi isterinya. "Nikah dengan aku, atau tengok keluarga kau musnah." Aulia terpaksa akur. Tapi perkahwinan itu bukan tiket ke bahagia. Ia adalah perang emosi. Dia diseksa dengan dingin, dibakar dengan cemburu, dan dipenjara dalam istana mewah yang sepi. Tengku Zael bukan suami biasa. Dia seorang pemilik. Dan Aulia? Hanya "Cariño" yang perlu tunduk, diam, dan belajar mencintai luka. Namun dalam ketegangan itu, cinta yang tidak sepatutnya mula bercambah. Luka masa silam terbongkar satu per satu. Siapa sebenarnya Aulia dalam sejarah hitam keluarga Halvard? Dan kenapa walau dalam marah dan dendam, hati Zael tetap pulang kepadanya? "Aku benci tengok kau menangis... Tapi aku lebih benci bila kau senyum pada orang lain." Bila cinta bertembung dengan dendam, siapa akan menang? Adakah cinta akan memaafkan segalanya? Atau adakah kisah mereka berakhir dengan darah... dan air mata?
Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 2,462,827
  • WpVote
    Votes 17,194
  • WpPart
    Parts 11
Captain Zul Aaryan | Zara Andrea 🖤 Zul Aaryan seorang lelaki dingin dan sukar didekati. Fokusnya hanya satu, kerja, kerja dan kerja. Sikap workaholic Aaryan membuatkan dia perfectionist dalam setiap kerja yang dilakukan. Pantang ada kesalahan, pasti akan dihamburkan pada pekerjanya sehinggakan dia mendapat jolokan boss paling garang di dunia. Zara Andrea pula seorang gadis periang dan mudah terhibur. Sifat Andrea itu membuatkan dia mudah mesra dengan orang sekeliling. Sesiapa yang mendekati Andrea, pasti akan jatuh cinta pandang pertama. Namun, tidak bagi Aaryan. Pertemuan pertama dengan Andrea membuatkan gadis itu mencabar ego lelakinya. Belum pernah ada mana-mana gadis yang berani menggugut dirinya seperti Andrea. Gadis itu benar-benar mencari nahas. Takdir mengubah apabila Andrea di minta untuk berkahwin dengan Aaryan. Perkahwinan yang tak dirancang itu akhirnya membuatkan Andrea tersepit dan terperangkap dengan Aaryan sehingga dia tidak mampu untuk melepaskan diri lagi. Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Segala persamaan hanyalah kebetulan. ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED
DR. ALPHA MALE by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 996,546
  • WpVote
    Votes 27,682
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?
[C] LECTURER ITU SUAMI AKU! by iamfathiah_
iamfathiah_
  • WpView
    Reads 398,936
  • WpVote
    Votes 11,240
  • WpPart
    Parts 75
♡BOOK2♡ Khalif Zafran & Dalisha Inara Pertemuan dua insan yang tak pernah dijangka berlaku antara Khalif dan Inara. Khalif, seorang pensyarah yang tegas dan sentiasa berpegang pada prinsipnya iaitu apa yang dimahukan, dia akan dapatkannya meskipun niat tidak menghalalkan cara. "Aku tahu apa yang aku buat ni salah tapi aku tetap dengan pendirian aku untuk halalkan dia walaupun dengan cara yang haram." Inara, seorang gadis yang bermulut murai dan kaki menjawab memang nombor satu! Dia yang sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki selama hampir 10 tahun terpaksa berpisah hanya disebabkan kejadian satu malam yang tidak diingini berlaku menyebabkan angan-angan ingin naik ke jenjang pelamin bersama-sama punah! "Demi Allah, saya tak buat kerja terkutuk tu! Dalam hati saya hanya ada awak seorang aje..." "Tak payah nak guna nama Allah, Inara kalau semuanya dah terbukti depan mata saya!" Hatinya hancur apabila difitnah sebegitu. Lagi sakit tika dia terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tak pernah dia kenali. Bercinta apatah lagi? . . "Saya dah habiskan enam ribu ringgit duit awak harini." "Okay." "Okay? Awak tak marah? Semua ni duit awak tau? Saya tak keluar sesen pun duit saya..." "Buat apa abang nak marah? Lagipun, untuk siapa lagi abang nak bazirkan duit-duit tu kalau bukan untuk isteri abang yang comel ni? Duit abangkan duit sayang jugak?" . . "Selama ni aku tak pernah halang kau keluar dengan kawan-kawan kau... Tapi, jangan gunakan kesempatan yang ada untuk pijak kepala aku!!" PRANGGGG!!! START: 4 JULAI 2023 END: 2023 16+⚠️ 🐾Plagiat? Haram! 🐾Inspirasi? Bagitahu dulu 🐾Jika ada mana-mana scene yang tersama dengan cerita anda, percayalah itu hanya satu KEBETULAN💕 🐾No war✌️ 🐾Maaf jika cerita ini banyak kekurangan kerana saya hanyalah manusia biasa
Ammar Zahrain: The Obsessive Husband (TERBIT) by nssignature
nssignature
  • WpView
    Reads 10,643,125
  • WpVote
    Votes 88,200
  • WpPart
    Parts 15
TERBIT Stand alone series (Completed) Sudah diterbitkan di bawah rumah penerbitan Idea Kreatif Start: 16 Ogos 2022 Finish: 04 Januari 2023 All right reserved @nssignature ©NSSIGNATURE, 2022
Mafia or Suami? [ONGOING] by Alqyeen
Alqyeen
  • WpView
    Reads 20,899
  • WpVote
    Votes 627
  • WpPart
    Parts 21
Tengku Farish Danish Bin Faraz Mikael adalah seorang mafia yang dikatakan sangat kejam. Malangnya, Clara Aldara Alana Binti Khairul telah di kahwin kan secara paksa atas sebab-sebab tertentu. Dapatkah Clara Aldara Alana Binti Khairul menerima perkahwinan ini? Apakah dia akan selamat jika berada di sisi suaminya ini? Ataupun sebaliknya? Apakah Tengku Farish Danish Bin Faraz Mikael dapat melindungi nya? Ataupun akan lebih menyakitinya lagi? Mari kita lihat apa yang akan terjadi nanti !
My Husband: Rider of The Last Shadow (OG) by Mimiwaniey
Mimiwaniey
  • WpView
    Reads 7,719
  • WpVote
    Votes 534
  • WpPart
    Parts 13
Muhammad Haqq Ruzain, seorang juruterbang jet pejuang yang tidak pernah tertarik untuk mengenali mana-mana wanita di dalam hidupnya. Namun siapa sangka, pertemuan demi pertemuan telah mengubah segalanya. Dia mula membuka ruang hatinya untuk mengenali gadis yang bernama Nura Elnara. Nura Elnara, pelajar dalam bidang perubatan yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan. Dia menyimpan satu impian besar untuk menebus kembali segala luka dan rasa kecewa yang diberikan oleh abang kandung sendiri terhadap ibu bapanya. Dia berusaha menjadi anak yang mampu menjadi tunjang buat keluarganya. Pertemuan Haqq dan Nara di LIMA'23 membawa hubungan mereka lebih akrab meskipun mereka sering bertikam-lidah seperti anjing dan kucing. Haqq yang tidak mahu mensia-siakan perasaannya, membuat keputusan berani melamar Nara secara tiba-tiba. "Jom kahwin dengan aku, nak?" -Haqq "Awak ajak kahwin macam ajak main pondok-pondok kan?" -Nara "Nara, aku tak main-main. Nak kahwin dengan aku tak?" -Haqq "Maaf, tapi saya tak nak." -Nara Lamarannya ditolak. Namun perasaan Haqq tidak pernah mati. Dia yakin, Nara adalah jodohnya dan dia memilih untuk terus menunggu. "Kalau kita berjumpa semula, kau kena terima lamaran aku. Itu dare untuk kau, boleh?" -Haqq "Baik, saya setuju," -Nara Nara yakin mereka tidak akan bertemu lagi. Tapi takdir berpihak pada Haqq. Mereka dipertemukan semula. Saat Nara bergelut menyelamatkan keluarganya, Haqq muncul membawa perlindungan, membawa cinta dan membawa janji lama. Sejauh mana seorang wanita sanggup berkorban demi keselamatan keluarga dan cinta sejatinya? Dan sejauh mana seorang Haqq Ruzain sanggup berjuang untuk melindungi wanita yang pernah menolak lamarannya dulu? "You know, Nara... whenever I open my heart, you're the only one I let in. And when I close it... you're still the one I hope never leaves." -Haqq Ruzain- Start: 1 july 2025 End:
Tengku Zayn Aryan : His Obsession, His Love [OG] SLOW UPDATE  by ryneviera
ryneviera
  • WpView
    Reads 45,906
  • WpVote
    Votes 1,782
  • WpPart
    Parts 28
Avelyn Zayra hanya ingin menjalani kehidupan biasa di universitinya. Semuanya berubah apabila dia bertemu dengan Tengku Zayn Aryan, pensyarah muda yang penuh dengan misteri. Zayn tidak seperti pensyarah lain. Dia terlalu tenang, terlalu serius dan yang paling penting terlalu fokus padanya. Setiap pergerakannya seolah-olah diperhatikan. Setiap perbualan mereka dipenuhi dengan kata-kata yang tersirat makna. Semakin lama, Avelyn mula merasakan bahawa pertemuan mereka bukanlah kebetulan. Siapa sebenarnya Tengku Zayn Aryan? Kenapa dia begitu mengambil berat tentang Avelyn atau lebih tepat lagi, kenapa dia begitu terobsesi dengannya? Dalam dunia yang penuh rahsia, antara perlindungan dan obsesi, antara cinta dan kawalan, Avelyn perlu mencari jawapan sebelum dia tenggelam dalam permainan yang tidak pernah dia fahami. "Siapa Owl?" - Avelyn Zayra. Start : 8/2/25 End :