novel
3 stories
Internet Death Angel | TERBIT by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 95,733
  • WpVote
    Votes 5,521
  • WpPart
    Parts 36
2024 Ini merupakan sambungan kepada HAZRAEL. H Series Buku 1: HAZRAEL Buku 2: Internet Death Angel Sila baca HAZRAEL dulu baru baca Internet Death Angel. Tolong... faham.
HAZRAEL | TERBIT by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 1,348,721
  • WpVote
    Votes 63,647
  • WpPart
    Parts 30
2020/2021 "Antara rahsia dan kisah silam." *** Naina Hijannah, seorang pegawai penyiasat polis yang direhatkan dari kerja atas faktor penyakit murungnya yang semakin serius. Tapi apabila berlaku pembunuhan yang berkait rapat dengan hidupnya, dia tak mampu duduk diam! Naina tetap menjalankan tugas walaupun sudah dilarang oleh ketuanya. Neil Hazrael, lelaki misteri yang entah dari mana muncul, menyelamatkan hidup Naina dari 'menyentuh' kematian. Akibatnya, dia pula yang hampir mati. Naina terpaksa bertanggungjawab atas kecederaan parah lelaki itu. Menyampah? Ya, sangat! Namun dalam tak sedar, Hazrael sebenarnya menyuluh cahaya yang dah lama Naina inginkan. "Kau kenapa? Dah puas hidup? Dah banyak amalan sampai nak ambil nyawa sendiri?" -Neil Hazrael. Namun, apabila kes semakin serius dengan campur tangan penggodam genius, hidup Naina kian teruk. Apatah lagi penggodam genius, musuh utama pihak polis seringkali mengetahui tingkah laku sehariannya. Stalker! Apa yang dia mahu? Pertumpahan darah? Soalan penting, siapa gerangannya? Dan dalam mencari jawapan itu, Neil Hazrael seringkali berada di sisi Naina, memberi semangat dan membantu untuk menyelesaikan kes. Sehinggalah suatu hari, kepercayaan Naina terhadap Hazrael semakin luntur. Ada yang tidak kena dengan lelaki itu! "Bunuh aku, kau bunuh diri kau sendiri," -Naina Hijannah. Disitu, muncul lagi satu persoalan. Dapatkah Naina menyelesaikan kes rumitnya itu? Bagaimana pula dengan Hazrael? Siapa dia? Seorang hero atau pengkhianat? Suspek yang lain juga terlalu ramai, bagaimana? *** Cover by: @hdaynie❤️
Her Chosen Imam by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 36,868
  • WpVote
    Votes 3,368
  • WpPart
    Parts 20
NerissaXLeftenanUstazUzairYusuf Seumur hidup, Nerissa tak pernah menyangka bahawa dia akan jatuh cinta kepada seseorang yang dipanggil 'ustaz'. Dia yang keluar masuk kelab malam, tudung pun sekejap pakai sekejap tidak akhirnya tersungkur kerana seorang ustaz? Seriuslah! Nerissa punya suka, bukan calang-calang punya suka. Dia punya suka sampai buat hidup pegawai tentera berpangkat leftenan itu kacau-bilau dengan kehadirannya. Tapi, Nerissa peduli apa? Yang dia tahu, ustaz handsome itu harus menjadi miliknya. "Nerissa, tak elok kalau..." - LEFTENAN UZAIR YUSUF. "Alah, ustaz. Relakslah. Bukan saya duduk dekat dengan ustaz pun. Bukannya kita duduk kat tempat tersorok. Tak ada maknanya kalau dia orang nak tuduh kita buat benda tak elok," - NERISSA. Katalah dia itu perigi mencari timba sekalipun, Nerissa langsung tak kesah! Kalau timba tak sudi mengejarnya, apa salahnya kalau dia yang perigi mengejar si timba? Lantas, melalui orang tuanya, Nerissa menghantar pinangan buat ustaz muda itu. Tapi malangnya, pinangannya itu ditolak! Namun begitu, Nerissa tetap menyimpan segunung harapan. Tapi, sampai bila dia perlu menanti sementelah lelaki itu pernah menolak pinangan keluarganya? Ditambah pula dengan kewujudan seorang doktor muda bernama Tia yang turut menyimpan perasaan pada Uzair. Mahu dibandingkan dia dengan Tia, tentulah Tia lebih layak untuk lelaki sebaik Uzair. Dan sehingga pada akhirnya, Nerissa tersedar. Seorang imam pilihan seperti Uzair terlalu mahal untuk dimiliki oleh perempuan biasa-biasa sepertinya. "Don't you want to fight for your love?" - NASEEM. Mungkin tidak. Hikayat cinta si perigi mencari timba sudah berakhir seiring dengan rasa kecewanya. Nerissa... signing off!