LUVISKIM
π΅π΅ : πΌπΈπ - π΄ππ½ππ΄πΎπΊ, πππ½πΆπ²π·π°π½, πΉπΈπππ½πΆ ! ' ποΈ
.
Jeon Haemin, seorang peguam muda yang penuh semangat, tidak pernah menyangka bahawa kes penculikan dan pembunuhan rambang yang diterimanya akan membawa dia ke dalam kancah bahaya yang tiada penghujung.
Di sebalik wajah tenang Park Jisung, seorang barista biasa, tersembunyi seorang lelaki berbahaya dan gila yang sedang diburu polis. Tanpa Haemin sedari, Jisung pernah dibantunya sewaktu dia melarikan diri-peristiwa yang menjadi titik permulaan obsesi Jisung terhadapnya. Apabila Jisung melantik Haemin sebagai peguam peribadinya, Haemin menganggap ini peluang untuk membongkar kebenaran, tetapi sebenarnya dia hanya menjadi umpan dalam permainan berbahaya Jisung.
Song Eunseok, pembantu ketua polis yang pernah bertemu Haemin di hospital, tidak mampu memendam perasaan sejak pandangan pertama. Dia sanggup melakukan apa saja untuk melindungi Haemin dari ancaman Jisung dan memastikan lelaki itu dihadapkan ke muka pengadilan.
Sementara itu, Jung Sungchan, ketua polis yang bekerjasama rapat dengan Haemin, mula merasakan dirinya terpaut pada wanita itu. Namun bila dia mengetahui Haemin menjadi peguam kepada Jisung, kebimbangan dan keraguan mula merayapi hatinya.
Di tengah kekeliruan antara undang-undang, rahsia dan cinta yang membara, Haemin harus memilih antara kepercayaan dan bahaya. Siapakah yang benar-benar mahu melindunginya? Dan siapakah yang menyimpan niat tersembunyi di balik senyuman mereka?
.
β οΈ ππ’π₯ππ«ππ§π ππ¨π©π² π£ππ₯ππ§ πππ«π’ππ!
β οΈ πππ% π’πππ π¬ππ²π π¬ππ§ππ’π«π’
.
START : 11 / 9 / 2025
END : -
STATUS : ON-GOING