HanAfeexne's Reading List
18 stories
Love,Yours | SUDAH TERBIT | by akyelrahim
akyelrahim
  • WpView
    Reads 507,063
  • WpVote
    Votes 1,838
  • WpPart
    Parts 13
Dia hanya insan sederhana,jauh dari sempurna. Tapi yang jelas dimata ternyata bukan mengambar segala yang indah di dada . Bahagia,itu bukan dari mata mereka,tapi bahagia itu apa yang kita rasa. Persetankan apa kata dunia , kerana ternyata bagiku yang sederhana itu jauh lebih agung dari sempurna . "Kau yang istimewa, Dia yang sempurna." -Amalina- Another love story by: Akyelrahim Diterbitkan oleh: Naratif Land
THE CALIPH by akyelrahim
akyelrahim
  • WpView
    Reads 2,534
  • WpVote
    Votes 198
  • WpPart
    Parts 6
"Lama ke abah tak nak friend kita?" "Lama." "Lama mana? Abah jangalah tak friend kita lama-lama." "Kenapa tak boleh?" "Nanti kita rindu abah, macam mana?" Another story by: Akyelrahim
Dhariz Mikayla | C by niellyhze
niellyhze
  • WpView
    Reads 476,850
  • WpVote
    Votes 23,163
  • WpPart
    Parts 57
˖ ࣪ ‹ 𝐒𝐚𝐝 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟏 𖥔 ࣪ ᥫ᭡ [ COMPLETE ] 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 𝐡𝐢𝐬 𝐫𝐞𝐠𝐫𝐞𝐭 Kerana si kakak melarikan diri dari pernikahannya, si adik pula yang perlu menggantikan si kakak. Zehra menyangka lelaki itu akan layan dia sebagaimana dia melayani kakaknya, ternyata tidak. Dia dijadikan sebagai rumah singgah untuk si lelaki itu melupakan cinta hatinya, Zahra. ❝Kenapa awak tak boleh terima saya sebagai isteri awak?❞ - 𝐙𝐞𝐡𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 ❝Sebab hati aku hanya milik kakak kau, bukan kau.❞ - 𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐀𝐲𝐝𝐚𝐧 Baru sahaja hubungan Dhariz dan Zehra semakin membaik, Zahra datang semula untuk meraih kasih sayang Dhariz. Sejak kehadiran Zahra Aleysha, hubungan Zehra dan Dhariz semakin goyah. ❝Zehra Mikayla binti Affan aku ceraikan kau dengan talak satu.❞ - 𝐃𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐀𝐲𝐝𝐚𝐧 ❝Kalau itu pilihan awak, saya terima. Saya doakan semoga awak bahagia dan kak Zahra.❞ - 𝐙𝐞𝐡𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 Adakah mereka akan bersama semula? Ataupun hubungan mereka terlerai begitu sahaja? 𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓 : 11.2.23 𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐒𝐇 : 12.2.23 𝐄𝐍𝐃 : 27.5.23 ⚠️ PLAGIARISM NOT ALLOWED ALL RIGHTS RESERVED ©niellyhze
HER BADBOY by ftnfzyyy
ftnfzyyy
  • WpView
    Reads 35,524
  • WpVote
    Votes 3,011
  • WpPart
    Parts 25
𝗛𝗲𝗿 𝗛𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «4𝒕𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔» 𝗈𝗇-𝗀𝗈𝗂𝗇𝗀 ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐑𝐑𝐄𝐙 𝐇𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐱 𝐀𝐃𝐇𝐄𝐍𝐀 𝐑𝐀𝐍𝐄𝐀˚ ༘♡ ·˚ " There's another side that you don't know. Wait, till I get you all alone." ✰ bad boy x good girl ✰ song playlist : mind games - sickick ✰ mature themes ; violence, harsh words
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 687,714
  • WpVote
    Votes 33,285
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance - stand alone] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah. beautiful cover: @pplyoumayknow
MUTE by SyaffMaii_
SyaffMaii_
  • WpView
    Reads 533,925
  • WpVote
    Votes 9,177
  • WpPart
    Parts 35
"Are u guys kidding me? Tak tengok ke keadaan mak saya macam mana? And you still ask about this contract?" Alea Irdina "Apa kata Cik yang menggantikan Puan Norizah?" Terlopong mulut Alea Irdina apabila dia terpaksa menggantikan ibu angkatnya yang koma menjadi seorang pembantu rumah. Namun, saat pertama kali Alea menjejakkan kaki ke banglo milik majikannya itu, dia terpaku. Banglo itu tidak ubah seperti kawasan larangan yang ditinggalkan. Kolam ikan kering kontang, pasu bunga pecah bertaburan, dan dedaun kering menyelubungi setiap sudut halaman. Ezra Malique, seorang lelaki workaholic yang dingin dan hanya mementingkan kerjaya. Baginya, rumah hanyalah persinggahan untuk melepaskan lelah sebentar sebelum kembali ke pejabat. Malah lelaki itu pernah tidak pulang ke rumahnya sebulan. " Kau rasa apa tajuk berita esok kalau usahawan hebat macam kau kena tangkap basah?" Alea "Kau nak main kotor dengan aku?" Ezra
Cinta Sejati by haelhelena
haelhelena
  • WpView
    Reads 231,215
  • WpVote
    Votes 2,169
  • WpPart
    Parts 10
Ikatan perkahwinan yang terjalin tanpa merantaikan cinta, tidak mudah bagi pasangan itu hendak mengekalkan kekukuhan rumah tangga. Lagi-lagi apabila sebelah pihak masih tidak sudah dengan masa lalunya. "Perempuan ni siapa?" -Wafa Tahani "My ex-fiance." -Althaf Zaiden "And you still can't move on?" Sakit. Perit. Hati isteri mana saja tidak terluka saat suami sendiri menyatakan cinta untuk perempuan lain? "Cinta Wafa hanya untuk abang, tapi kenapa cinta abang untuk perempuan lain?" -Wafa Tahani "You manipulate me!" -Wafa Tahani Hari demi hari Wafa tinggal sebumbung dengan lelaki itu, semakin parah keadaan hatinya berantakan. Akhirnya, dia lelah berjuang demi cinta yang tidak kesampaian. Di saat Wafa pergi membawa diri, baru Althaf mengerti apa itu menghargai. "Maafkanlah atas segala khilaf abang, Wafa. Kembalilah kepada abang. Ketahuilah bahawa sesungguhnya, hidup abang tak akan pernah lengkap tanpa Wafa di sisi abang. Ketahuilah bahawa sesungguhnya, Althaf Zaiden yang hidup tanpa Wafa Tahani di sisinya seumpama jasad yang sudah berpindah rohnya." -Althaf Zaiden Kali ini, Althaf pula yang berjuang demi mempertahankan cinta mereka. Namun, bagaimana pengakhirannya jikalau isterinya sudah benar-benar mati rasa? Apabila luka sudah terlalu dalam, masih adakah peluang untuk cinta sejati menemukan jalannya semula? Start: 21.10.2023 End: 28.9.2024
AKSARA YANG HILANG by nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Reads 4,080
  • WpVote
    Votes 613
  • WpPart
    Parts 36
Aurelia tidak pernah melupakan Muhammad Saif. Lelaki yang pernah menjadi teman baiknya, cinta pertamanya dan pemilik segala janji yang dibuat pada penghujung zaman persekolahan mereka. Ketika Saif melanjutkan pelajarannya ke luar negara, hubungan mereka masih lagi utuh. Mereka berkongsi cerita, impian dan harapan tentang masa depan yang bakal dibina bersama. Sehinggalah suatu hari...... Saif menghilang tanpa khabar. Mesej tidak dibalas. Panggilan tidak dijawab. Aurelia hidup di dalam kebencian. Dia membenci Saif tanpa mengetahui lelaki itu sudah pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Dan segala penantian Aurelia saban waktu berakhir dengan berita yang mematahkan hatinya. Saif telah meninggal dunia di dalam satu insiden yang tidak diingini. Gadis itu cuba meneruskan kehidupan seperti biasa. dia perlahan-lahan menerima bahawa sesetengah kehilangan tidak pernah menemukan jawapan. Namun kemunculan Aryan mengubah segalanya. Lelaki dingin itu sukar dibaca dan sentiasa menyembunyikan sesuatu di sebalik pandangan matanya yang kosong. Anehnya, setiap kali bersama Aryan, Aurelia merasakan satu perasaan yang tidak mampu dijelaskan. Seolah-olah dia pernah mengenali lelaki itu. Seolah-olah ada bahagian di dalam dirinya yang masih mengingati sesuatu yang telah lama hilang. Tatkala rahsia demi rahsia mulai terbongkar, Aurelia terpaksa berdepan dengan sebuah kebenaran yang tidak pernah terlintas di fikirannya. Kerana ada manusia yang tidak pernah benar-benar pergi. Dan ada nama dan aksara yang hilang.... Tetapi pemilik aksara itu ternyata masih hidup. Ikuti kisah Aurelia di dalam AKSARA YANG HILANG
The Lost Heirs [Hiatus] by JustSafayie
JustSafayie
  • WpView
    Reads 41
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 3
﷽ "Dendam yang membakar tidak akan terpadam sehinggalah tanah musuh hangus menjadi abu." Di bawah pemerintahan Raja Muda Xandrev Syévrean, empayar Rattana Shen tidak lagi mengenali erti belas kasihan. Jiwa mudanya telah lama mati bersama-sama dua orang abangnya yang terkorban dalam perang berdarah melawan Bayu Atma. Misi armada Krainix di bawah arahannya cuma satu: hancurkan bumi Bayu Atma sepenuhnya, demi memastikan adik perempuannya, Xiamél Syévroanne, hidup di bawah langit yang selamat. Namun, di tengah-tengah kehangatan api peperangan, takdir sedang menyembunyikan tiga kepingan catur yang tidak dijangka. Asmar adalah angin yang tenang sebelum ribut. Sebagai anak sulung, dia memikul beban berat untuk melindungi Zulfan, satu-satunya adik perempuan dan darah daging yang dia fikir masih tersisa di dunia ini. Mereka tahu mereka mempunyai seorang adik lelaki. Namun, memori silam yang terkubur membuatkan dua beradik ini percaya... si bongsu telah lama mati setelah sekian lama kehilangannya. Di satu sudut kampung yang terasing, seorang pemuda bernama Iryad membesar tanpa mengetahui mengapa hatinya sering bergetar setiap kali loceng perang Rattana Shen berbunyi. Dia hanya mempunyai sebentuk cincin yang terukir tanda misteri. Bagi dunia, mereka hanyalah orang asing yang melintasi takdir yang berbeza. Tetapi apabila rahsia lama mula retak, mereka dipaksa untuk memilih: Kekal hidup sebagai orang asing yang selamat, atau bangkit menuntut sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu milik siapa? "Jangan cari apa yang hilang. Kerana apabila ia ditemui, kamu mungkin tidak sanggup membayar harganya. Darah pula tidak pernah menipu, walaupun ingatan telah mati." Start: 7/6/2026 End: ? Story by: JustSafayie
Peluang Kedua (SLOW UPDATE)  by ellavelle_
ellavelle_
  • WpView
    Reads 164
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 4
Athena Zayreen pernah percaya bahawa cinta pertama akan menjadi cinta terakhirnya. Sehinggalah dia mengetahui lelaki yang dicintainya sebenarnya curang di belakangnya. Sejak hari itu, Athena membina dinding di sekeliling hatinya. Baginya, cinta hanyalah permulaan kepada sebuah pengkhianatan. Sampailah dia bertemu Darren Zayel. Darren tidak pernah memaksa Athena untuk mempercayainya. Sebaliknya, dia memilih untuk membuktikan perasaannya sedikit demi sedikit. Namun ketika Athena akhirnya mula membuka hatinya semula, masa lalu yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan kembali menghantui mereka. Satu demi satu rahsia mula terbongkar. Dan Athena mula menyedari bahawa malam dia kehilangan cintanya bukanlah sekadar sebuah kebetulan. Kali ini, Athena mempunyai pilihan. Kembali membina dinding yang pernah melindungi hatinya. atau mempercayai bahawa mungkin cinta bukan tentang mencari seseorang yang tidak akan pernah menyakiti kita. Mungkin cinta adalah tentang menemukan seseorang yang memilih untuk tetap tinggal, tetap jujur, dan tetap menggenggam tangan kita walaupun seluruh dunia cuba menarik kita ke arah yang berbeza.