itsmepingu's Reading List
2 stories
TENGKU AFFAN NUFAYL : HE'S OBSESSION  by quainsha
quainsha
  • WpView
    Reads 210
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 3
Tengku Affan Nufayl bukan lelaki yang suka menonjol. Dia memilih diam, bukan kerana lemah-tetapi kerana tidak semua perkara perlu disuarakan. Hidupnya tenang. Terlalu tenang untuk seorang lelaki yang sering merasakan seolah-olah ada sesuatu yang sentiasa memerhati dari jauh. Seperti ada kisah lama yang tidak pernah benar-benar berakhir. Kemudian, hadir seorang gadis yang tidak pernah meminta izin untuk masuk ke dalam hidupnya. Airis Nuwaira Qasrina. Riuh, berani, dan terlalu hidup untuk dunia yang Affan bina dengan sunyi. Gadis itu datang, mengusik, dan mengganggu keseimbangan yang selama ini dia jaga. Buat pertama kalinya, Affan merasakan getaran yang bukan sekadar debar biasa. Ia terasa seperti permulaan... dan juga amaran. Kerana ada perkara tentang dirinya yang tidak diketahui sesiapa. Ada sejarah yang tidak patut terbuka. Dan ada kisah silam yang masih menunggu untuk menuntut jawapan. Persoalannya- adakah perasaan itu akan menyelamatkan, atau menjadi sebab segalanya kembali terbongkar? Kerana lelaki yang mereka kenal sebagai Tengku Affan Nufayl, mungkin bukan sekadar lelaki biasa. " She is my first love, and will be forever. " start : 5 Jan 2026 end :
Dalam Tawanan Mr Educator | SU ( Slow Update )  by AuthorRihhh
AuthorRihhh
  • WpView
    Reads 208
  • WpVote
    Votes 32
  • WpPart
    Parts 5
Maizatul Arasya tidak pernah menyangka hidupnya akan dipertemukan dengan seorang lelaki yang berbeza dari sebelumnya. Baginya, lelaki hanyalah sekadar lelaki, sama ada berpakaian moden ataupun berkopiah, akhirnya mereka tetap membawa wajah yang sama. Wajah kepura-puraan. Dia pernah dikhianati oleh janji-janji manis seorang yang berlagak alim, lalu hatinya tertutup daripada menerima cinta, apatah lagi untuk mempercayai seorang lelaki yang datang atas nama agama. Namun, segalanya berubah apabila muncul sosok bernama Wan Afzhan Maleeq bin Wan Rafeeq Ghazali, seorang pendidik yang tidak sekadar mengajar dengan buku dan pena, tetapi dengan akhlak dan kesabaran yang luar biasa. Pertemuan pertama mereka penuh dengan pertengkaran dan salah faham. Bagi Maizatul, Afzhan hanyalah seorang lagi "lelaki penunggang agama" yang cuba masuk ke dalam hidupnya. Bagi Afzhan pula, Maizatul seorang wanita muda yang masih cetek di dunia luar, di balik ketegasan, tersimpan luka yang tak tergambar. Konflik bermula apabila Afzhan hadir ke rumah Maizatul tanpa diundang. Kata-kata sinis dan herdikan Maizatul tidak sedikitpun menggoyahkan ketenangan Afzhan. Malah, setiap hujahnya dibalas dengan kesabaran dan ketegasan yang membuatkan Maizatul keliru. Siapa sebenarnya lelaki ini? Mengapa dia seakan-akan tidak terusik walaupun dihina, malah masih mampu membalas dengan senyuman tipis? Perjalanan mereka tidak mudah. Pertembungan ego, salah faham, dan luka masa lalu sering membuatkan Maizatul menolak kehadiran Afzhan. Tetapi di balik ketegasan Afzhan, ada kelembutan seorang guru. Dia mengajarkan Maizatul bukan sahaja tentang makna cinta, tetapi tentang erti kembali kepada fitrah. Sedikit demi sedikit, tembok keras di hati Maizatul mula retak, memberi ruang untuk cahaya kepercayaan kembali masuk. "Afzhan, dia satu yang berjaya merawat hati. Dan pada dia juga, perlahan-lahan kembalikan kepercayaanku pada dia. Aku miliknya, selamanya"