Yours_Aeryna
- Reads 1,052
- Votes 331
- Parts 24
𝙱𝚎𝚛𝚒 𝚃𝚊𝚑𝚞 𝙰𝚔𝚞 𝙲𝚊𝚛𝚊 𝙼𝚎𝚕𝚞𝚙𝚊𝚔𝚊𝚗𝚖𝚞, 𝚂𝚎𝚙𝚎𝚛𝚝𝚒 𝙺𝚊𝚞 𝙰𝚓𝚊𝚛𝚔𝚊𝚗𝚔𝚞 𝙳𝚎𝚠𝚊𝚜𝚊.
𝑰𝒛𝒅𝒚𝒂𝒏 𝑸𝒂𝒓𝒂𝒆𝒍, lelaki pertama yang memenuhi hidup seorang Della Elaina. Seorang lelaki yang hidupnya serba tidak sempurna. Hidupnya terlalu tertekan dengan kehendak duit. Hidupnya miskin di sebuah flat di lorong gelap dan bekerja di bawah Ahlong untuk menyara hidup. Tetapi dia bersyukur dengan apa adanya kerana dia dikurniakan keluarga yang bahagia. Dunianya yang sangat gelap bertemu dengan gadis yang berlainan darinya.
𝑫𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑬𝒍𝒂𝒊𝒏𝒂 merupakan gadis kota yang hidupnya serba sempurna. Duit? Langsung tiada masalah bagi gadis ini. Cuma satu saja, dia tidak merasakan erti sebuah keluarga bahagia. Hinggalah keluarganya mahu kahwinkan dirinya dengan kawan baiknya sendiri, Tengku Zarul. Kerana mahukan rasa kebebasan, akhirnya Della Elaina nekad melarikan diri dari majlis perkahwinannya hasil bantuan dari Tengku Zarul sendiri.
Persahabatan Izdyan dan Della terjalin kerana pertemuan mereka bersama disebuah jabatan yang sudah ditutup oleh pihak kerajaan. Della memujuk kepada Izdyan supaya membawa dirinya jauh dari keluarganya dan Izdyan pun setuju. Dari situ, hadirlah dua kisah hidup yang berbeza tetapi mereka mahukan pengakhiran cerita yang sama.
Seorang lelaki dari dunia gelap.
Seorang gadis dari dunia penuh cahaya palsu.
Mereka datang dari dua kehidupan yang berbeza...
tetapi menginginkan satu pengakhiran yang sama.
Kebebasan untuk mencintai dan hidup sebagai diri sendiri.
Namun bila cinta mula tumbuh di antara mereka,
mampukah dua dunia yang terlalu berbeza ini benar-benar bersatu, atau akhirnya mereka hanya akan belajar...
Cara untuk melupakan?
85%- Love
15%- Family
[!] BAHASA KASAR.
[!] SELF HARM.
[!] CHILD ABUSE.
START: 31/1/2026
END: