CORNFLAKES2626's Senarai Bacaan
140 cerita
April Qasturi oleh delilanatasha
delilanatasha
  • WpView
    Membaca 11,234
  • WpVote
    Vote 1,436
  • WpPart
    Bab 27
PHANTOM SERIES I Di gelanggang, Indera Qasturi ialah Rajawali yang dingin dan mustahil ditewaskan. Namun di luar sana, dia berperang dengan sesuatu yang jauh lebih berbahaya daripada lawan di hujung raket. April, wanita misteri dengan sejarah kelam, kini bersembunyi di belakang Zane Aoki sebagai mata-mata rahsia. Dia bukan sekadar bayang-bayang, tetapi senjata paling berharga dalam permainan penuh tipu daya itu. Berbekalkan identiti palsu sebagai salah seorang yang setia, April menyelinap masuk ke dunia Qasturi untuk menyiasat, mencungkil maklumat. Dan jika perlu, dia hancurkan. Semakin lama, semakin Qasturi tertarik kepada keberanian dan topeng yang dipakai oleh wanita itu. Hingga di satu tahap, dia bertekad untuk merampas April daripada Zane, meski seluruh dunia menentangnya. Namun, tanpa mereka sedari, darah masa lalu sudah pun terikat di antara mereka. Rahsia yang dikunci terlalu lama sedang menunggu untuk menghancurkan atau menyatukan hati yang selama ini berperang. Kerana April bukan hadiah. Dia medan perang itu sendiri. 'The closer you are to the truth, the more dangerous your heart becomes.' Genres: Dark romance, romantic suspense, sports fiction romance Troupes: Enemies-to-lovers, love triangle, hidden past, a spy caught between two dangerous men, past and present collision. Start : 01/06/2020 End : 2026
Asrama Berpuaka oleh myunqsoo
myunqsoo
  • WpView
    Membaca 93,196
  • WpVote
    Vote 5,198
  • WpPart
    Bab 35
Akhirnya siap juga bangunan asrama untuk pelajar Seoul all Boys School. Semua pelajar berasa teruja untuk mendaftar masuk asrama yang baru siap dibina. Dalam kegembiraan mereka, satu peristiwa langsung tidak terduga telah berlaku! apa dia? dimana? siapa? Peristiwa itu masih lagi menjadi sebuah perkara misteri. Mampukah para pelajar dapat mengharungi misteri ini dan mampukah semua rahsia akan terbongkar? "Kau jangan bertindak bodoh! kita selesaikan dulu masalah ni!" "Hei, siapa ketua umum disini? aku ke kau? Suka hati akulah nak bertindak macam mana pun!" Keadaan semakin tegang! apa yang akan berlaku seterusnya?
TURUTAN MAUT oleh MohdIkmalHakim
MohdIkmalHakim
  • WpView
    Membaca 13,593
  • WpVote
    Vote 652
  • WpPart
    Bab 36
Kisah yang menceritakan mengenai Detektif Arsyad dan pembantunya, Si Koperal, dalam menyelesaikan kes jenayah yang dilakukan oleh seorang penjenayah misteri. Lima orang menjadi sasaran, hanya empat berjaya dibunuh, seorang lagi berjaya diselamatkan. Pembunuh menggunakan trik yang sangat licik dan kreatif dalam menjalankan rancangannya.
Isteri Sementara oleh Nurriel_Anuar
Nurriel_Anuar
  • WpView
    Membaca 1,601,801
  • WpVote
    Vote 35,093
  • WpPart
    Bab 97
Gara-gara mengejar gaji sebanyak Rm 10,000 sebulan, Fazliatun membuat kerja gila dengan cara menjadi isteri sementara Tengku Fazrul Shah. Akibatnya, dia terperangkap dalam jerat yang di bina sendiri. Hidupnya berubah seratus peratus semenjak menjadi isteri lelaki itu. Kerana satu peristiwa yang terjadi antara dia dan Firman, Fazliatun terus dibenci oleh suaminya. Hubungan mereka terus retak angkara Nauri dan fitnah yang dilontarkan pada Fazliatun. "You tunggu ajelah I bernikah dengan Nauri. Masa tu, you boleh berambus dari hidup I. I tak nak tengok langsung muka you -Tengku Fazrul Shah. "Cinta saya tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Biar berjuta pun duit yang encik ada, tak akan boleh ditukar ganti dengan cinta saya. Sebelum saya halau encik, lebih baik encik keluar sekarang. Berambus!" - Fazliatun. Biar sebanyak mana pun kata maaf lelaki itu padanya, tidak akan dilayan. Hatinya sudah mati. Apatah lagi, dia tidak pernah menaruh cinta pada Tengku Fazrul Shah. Dia tekad untuk berpisah sebaik sahaja lelaki itu bernikah dengan Nauri. Kuatkah dia menongkah arus kehidupan ini tanpa seorang suami di sisi? Bagaimanakah nasib mereka kelak? Semuanya urusan Allah. Jika Dia berkehendak, apa sahaja boleh berlaku. "Maafkan Tun, abang! Bangunlah! Tun banyak salah kat abang. Tak terhitung dosa Tun ni. Ya Allah, Kau selamatkanlah suami aku! Aku tak sanggup kehilangan dia." Meraung Fazliatun kerana kemalangan yang menimpa suaminya. Dalam sekelip mata tanpa dia sangka, kasihnya buat lelaki itu mulai bercambah. Tak sanggup dia melihat suaminya terbujur kaku di atas katil. Semoga kasih mereka terus bertaut dengan kuasa Allah. *first novel. Huhu. Jika ada yang tersilap, sila tegur ya. Harap korang enjoy baca cerita ni. Tq
Takdir terakhir kita [C]  oleh luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Membaca 1,092,256
  • WpVote
    Vote 50,438
  • WpPart
    Bab 68
Qaireen lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halaman. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi satu-satunya tempat yang membuatkan dia rasa paling selamat. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025
First - THE LAST LOVE FOR US - [ C ] oleh NURADREENAASHEERABIN
NURADREENAASHEERABIN
  • WpView
    Membaca 563,527
  • WpVote
    Vote 20,058
  • WpPart
    Bab 78
AMARAN ⚠️ Pengenalan sudah cukup membuatkan badan meremang dan air mata mengalir. Cerita ini akan membuatkan emosi anda tidak stabil. Jikalau anda tidak kuat, jangan baca. _______ ✨🦋✨ _______ - THE LAST LOVE FOR US - Arainna Asheera, mungkin lebih di kenali sebagai Nana. Hidupnya tidak seindah gadis yang lain. Dari kecil lagi dirinya perlu merasai pahitnya kehidupan. Qarizh Damien. Seorang lelaki yang amat Arainna cintai. Tapi hatinya sakit apabila mendengar tentang lelaki itu sudah tidak lama lagi akan mendirikan rumah tangga. Tapi siapa sangka? Larilah sejauh mana pun ia. Kalau sudah tertulis lelaki itu untuk Arainna. Tiada sesiapa yang boleh menghalang lagi. Arainna sudah sah menjadi milik Qarizh Damien. Di awal perkahwinan hanya indah saja. Tapi tanpa gadis itu sedar. Sang suami telah merancang satu pelan kejam untuknya. Apabila terbongkar satu kisah silam sang isteri. Arainna tidak lari dari di hina dan di caci oleh sang suami. " Aku haramkan engkau bin atau bintikan anak tu dengan nama aku!" - Damien. Cinta? Di sebabkan cinta, Arainna hampir meragut nyawa seorang gadis yang amat dicintai oleh suaminya. Nur Haellyzar. " Kalau kau sentuh Elly, aku akan hancurkan hidup kau. Kau kenal akukan?" - Damien. Kejadian gila yang di rancang oleh Arainna telah membongkarkan satu persatu pelan kejam yang di rancang oleh suaminya. " Adik tahu adik banyak sangat buat dosa. Tapi tak layak ke adik untuk berubah? Kenapa dia buat adik macam kucing kurap? Adik benci dia, abah! Dengan nama Allah. Adik benci dia!" - Arainna. Apabila ingin hidup dengan cara sendiri dan ingin mencari bahagianya sendiri. Ada saja yang meminta peluang kedua. " Sayang... Tak layak ke abang untuk jadi ayah kepada anak ni?" - Damien " Anak ni tak hadaplah nak ada bapak yang tak bertanggungjawab macam kau!" - Arainna. Plan kejam apa yang telah di rancang oleh Damien sehingga membuatkan gadis itu susah untuk memaafkan dirinya kembali? _______ ✨🦋✨ _______
BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔ oleh nrna__
nrna__
  • WpView
    Membaca 2,850,071
  • WpVote
    Vote 100,304
  • WpPart
    Bab 70
Kalau disoal tentang cinta, jawapan 'tidak ada', 'tidak akan ada' dan 'tidak mungkin akan ada' yang akan diberikan oleh Nur Hana Imani. Mustahio dia mahu memburu cinta lagi setelah dilukai oleh 'dia' yang dipuja sekian lama. Tiada angin, tiada ribut, khabar pinangan datang entah dari mana mengejutkan empunya diri. Sudahlah tiada teman lelaki, tiba-tiba disunting untuk menjadi milik orang. Persis drama melayu gilanya! Andai ini aturan Tuhan, mampukah Nur Hana Imani memberi peluang lagi untuk hatinya berbahagia dengan cinta? • Nov 2016 - May 2017 • • In editing process - start : June 2025 • • 1st Novel • • Amylicious | nrna •
Pelan Cinta #1 oleh the_areumi
the_areumi
  • WpView
    Membaca 147,665
  • WpVote
    Vote 11,804
  • WpPart
    Bab 45
Akibat satu insiden di hadapan sebuah hotel, Nadine Ilana mula mengenali Tengku Luth Elhan dengan nama yang lain. Sejak itu, takdir seolah-olah sengaja menyusun pertemuan mereka berulang kali. "Setiap kali I ada masalah mesti you yang datang tolong I." - Nadine Ilana "I was born to be a hero." Tengku Luth Elhan "Does this mean I should start calling you The Amazing Hero?" - Nadine Ilana "Sebelum ni panggil abang, takkan tiba-tiba nak panggil The Amazing Hero?" - Tengku Luth Elhan Bersama Nadine, Tengku Luth merasa bebas menjadi seperti orang biasa. Tiada protokol yang perlu dijaga, tiada beban yang perlu dipikul. "You look like a lost cat." - Tengku Luth Elhan "Can you adopt me?" - Nadine Ilana Perkenalan yang bermula secara tidak sengaja antara jejaka berdarah bangsawan dan gadis yang keras kepala, mula menumbuhkan benih cinta yang tak terduga. Namun, di saat Tengku Luth mengumpulkan keberaniannya untuk meluahkan isi hati, cintanya ditolak mentah-mentah. Ia bukan sekadar penolakan biasa, tetapi diiringi dengan kata-kata yang menikam ego dan harga dirinya. "Berhenti gilakan I. Apa pun yang jadi, I takkan pernah suka lelaki macam you!" - Nadine Ilana "I'll make you fall for me, mark my words!" - Tengku Luth Dari cinta yang ditolak, kini wujud satu tekad. Dia mahu mengajarnya! Tengku Luth mula melancarkan perang dingin, menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mengganggu kehidupan Nadine. "Kami berdua dah buat satu keputusan, dan malam ni saya nak umumkan yang saya dan Nadine... akan berkahwin."
HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️ oleh RosieHaydar
RosieHaydar
  • WpView
    Membaca 669,066
  • WpVote
    Vote 22,913
  • WpPart
    Bab 76
2nd HIS Series Arif Aihan x Eleanor Nadra *Kindly read Lee's: His Saviour dulu untuk lebih faham dan feel 😘 Eleanor Nadra seorang gadis ceria dan nakal di luaran tetapi hidup penuh luka dan duka. Dikongkong oleh bapanya tanpa sebab munasabah. Dibiarkan mencari kasih sayang dari orang luar. Pertemuannya dengan Arif Aihan iaitu adik lelaki kepada rakan baiknya telah menjentik satu perasaan. Perasaan ingin dekat dengan lelaki itu. Sikap prihatin dan mengambil berat lelaki itu padanya membuatkan Eleanor lebih berusaha untuk menawan hati kosong lelaki itu. "Saya nak jadi bini awak." Terus dicop biul oleh Arif Aihan apabila ayat itu diluah dari mulut Eleanor. "Awak tak suka saya ke?" "Suka, tapi sebagai adik." Eleanor pasrah tetapi jauh di sudut hati, tidak pernah dia berputus asa untuk memikat lelaki itu sehinggalah dia menghilangkan diri untuk mencari kebahagiaan yang rupanya palsu. "Kahwin dengan aku Lea. Aku akan jaga kau lepas ni." "Tapi awak anggap saya macam adik awak. Saya tak nak kahwin sebab awak kesiankan saya." Puas ditimbang baik buruk untuk menerima lamaran Arif Aihan dan akhirnya dia bersetuju. Dapatkah Eleanor mencuri hati lelaki yang asalnya menganggap dirinya sebagai adik itu bertukar kepada isteri? Dapatkah Arif Aihan melindungi Eleanor seperti mana dia telah berjanji kepada bapa wanita itu? 💫 Arif Aihan Arian - Tegas, kasar, protective 💫 Eleanor Nadra Emran Nor - Independent, manja 🌼 Konflik ringan. Saya tak nak bebankan fikiran saya yang dah terlalu berat ini dengan konflik berat. 🌼 Ampunkan saya kalau banyak ralat tatabahasa. Mungkin boleh leave komen di tepi untuk saya perbaiki? Thank you in advance! 🌼 Ini cerita kedua saya. Untuk lebih memahami dan mendalami jalan cerita, diwajibkan untuk baca 1st HIS Series, Lee's: His Saviour. 🌼 Dah baca nanti, vote and komen lah! Hihi Thank you! Start: 1.1.2024 End: 10.3.2024
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️ oleh RosieHaydar
RosieHaydar
  • WpView
    Membaca 645,155
  • WpVote
    Vote 19,207
  • WpPart
    Bab 70
3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertemuannya dengan seorang lelaki yang ikhlas menaruh hati padanya telah membuka sedikit ruang pada diri untuk mengenali lelaki itu dengan lebih rapat. Cuba untuk berkawan tanpa menyerahkan hati yang masih kosong. "Amra, saya nak beli kereta lah. Lepas saya beli kereta, saya nak kumpul duit. Saya nak halalkan awak untuk saya," - Syed Harraz Malieq "Encik Hakim jangan ambil serius dengan apa yang Yaz cakap tau. Dia gurau je tu," - Ku Amra Raisa "Kalau betul pun apa salahnya. Tapi make sure jangan terima dia sebab dia desak atau terpaksa. Fikir perasaan sendiri dulu. Hidup sekarang kena selfish. Kalau betul awak suka dia, boleh terima baik buruk dia, why not?" - Syed Hakim Mikael Tetapi satu kejadian telah merubah takdir yang tidak pernah tertulis buat Raisa dan Harraz. Pelbagai tentangan dan amarah yang perlu Raisa dan juga Hakim tempuh akibat dari kejadian itu. "Kalau angah sayang dia pun tak berdosa ibu. Dia isteri angah," - Syed Hakim Mikael "I will not make that happen. Sebelum kau jatuh sayang dekat Amra, better pulangkan dia dekat aku ngah," - Syed Harraz Malieq Bersama-sama Raisa dan Hakim cuba untuk menerima takdir yang sudah tertulis serta merungkai misteri si pelaku yang merencana kejadian yang telah menimpa mereka. Dapatkah Raisa menyesuaikan diri dengan Hakim yang asalnya seorang majikan kepada seorang suami? Dapatkan Hakim mempertahankan perkahwinannya kali ini? ***** Syed Hakim Mikael Syed Ali • Soft-spoken, soft-hearted, protective, clingy Ku Amra Raisa Ku Rafiee • Matang, manja, clingy Start: 5.5.2024 End: 14.8.2024