Currently Captivated 🔄
22 stories
Tengku Zayn Aryan : His Obsession, His Love [OG] SLOW UPDATE  by ryneviera
ryneviera
  • WpView
    Reads 47,991
  • WpVote
    Votes 1,819
  • WpPart
    Parts 29
Avelyn Zayra hanya ingin menjalani kehidupan biasa di universitinya. Semuanya berubah apabila dia bertemu dengan Tengku Zayn Aryan, pensyarah muda yang penuh dengan misteri. Zayn tidak seperti pensyarah lain. Dia terlalu tenang, terlalu serius dan yang paling penting terlalu fokus padanya. Setiap pergerakannya seolah-olah diperhatikan. Setiap perbualan mereka dipenuhi dengan kata-kata yang tersirat makna. Semakin lama, Avelyn mula merasakan bahawa pertemuan mereka bukanlah kebetulan. Siapa sebenarnya Tengku Zayn Aryan? Kenapa dia begitu mengambil berat tentang Avelyn atau lebih tepat lagi, kenapa dia begitu terobsesi dengannya? Dalam dunia yang penuh rahsia, antara perlindungan dan obsesi, antara cinta dan kawalan, Avelyn perlu mencari jawapan sebelum dia tenggelam dalam permainan yang tidak pernah dia fahami. "Siapa Owl?" - Avelyn Zayra. Start : 8/2/25 End :
[ BULAN ] bagai Bulan dan Bintang by Rama-rama
Rama-rama
  • WpView
    Reads 752
  • WpVote
    Votes 39
  • WpPart
    Parts 9
FAREEZ ZAYDEN -lelaki yang penuh dengan perderitaan, trauma dan dituntut untuk menjadi sempurna. ADRIANA HAUDA -wanita yang penuh misteri dan rahsia yang di kunci rapat. PURNAMA - Institusi kerajaan yang bekerja secara rahsia. MISI -Apabila misi diberikan maka dua roh bersua. Yang satu menyelamatkan dan yang satu lagi diselamatkan. FAREEZ ZAYDEN terlibat dalam sebuah operasi menyelamatkan mangsa-mangsa penculikkan. Namun di titik itu lah dia berjumpa dengan seorang wanita misteri dengan rahsia yang masih di kunci. Zayden berusaha membongkar misteri dibalik wajah jelita wanita tersebut sampai dia memutuskan untuk menjaga perempuan misteri itu . Namun ketika semuanya berjalan sesuai dengan rancangan ada sesuatu yang tidak diduga. Hati Zayden mula menanam benih CINTA kepada ADRIANA HAUDA wanita yang dijaganya, hanya sekadar ingin membongkar rahsia. Perasan yang tiada di duga oleh Zayden itu menimbulkan beberapa masalah hingga berbentuk bahaya yang mengerikan. Dari sekadar membongkar rahsia, hingga menanam benih cinta, hingga menimbulkan bahaya. Siapakah ADRIANA HAUDA? Mampukan FAREEZ ZAYDEN menerima kenyataan yang Sebenarnya? "Stay away from me"- ADRIANA HAUDA "Why?"-FAREEZ ZAYDEN "A dreadful danger will befall to you"- ADRIANA HAUDA Apakah misteri itu pahit atau Manis? _________________________________________ ~ " Dan kami telah menciptakan kamu berpasang-pasangan " (An-Naba'78:8) _________________________________________
Forgotten Moment (NEW) by ayeshahamani_19
ayeshahamani_19
  • WpView
    Reads 18,905
  • WpVote
    Votes 1,725
  • WpPart
    Parts 17
ASP HARRIS NUFAIL | RAISA AYANA Bab baru setiap hari Jumaat setiap minggu
𝙄𝙨𝙩𝙚𝙧𝙞 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙇𝙚𝙡𝙖𝙠𝙞 𝙋𝙚𝙣𝙙𝙤𝙨𝙖  ( OG ) by thederyshaa
thederyshaa
  • WpView
    Reads 33,010
  • WpVote
    Votes 1,593
  • WpPart
    Parts 41
His Possessive Sin " Cuma Cempaka Inara yang layak bertahta dihati abang.. Fath Zayden " Cempaka Inara... wanita yang dipaksa mengikat janji dengan seorang lelaki bernama Fath Zayden - lelaki dingin yang penuh luka silam. Hidup bersama bukanlah mudah, lebih-lebih lagi apabila cinta yang datang hanya diiringi dendam dan ujian. Namun, siapa sangka... di sebalik kerasnya hati Fath, ada ruang yang akhirnya jatuh hanya untuk seorang Inara. Mampukah rumah tangga yang bermula dengan kebencian itu bertahan, bila masa lalu terus menghantui Mampukah dua dunia yang bertentangan hidup dalam satu ikatan suci? Atau perkahwinan ini akan menjadi lebih perit daripada luka lama yang belum sembuh? Fath Zayden X Cempaka Inara Book 2 by thederyshaa
ISTERI TUAN GHIBRAN  by cweetiee
cweetiee
  • WpView
    Reads 1,911,583
  • WpVote
    Votes 140,010
  • WpPart
    Parts 44
She is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis itu bukan lah sesenang yang disangkakan oleh nya. "Tuan muda tuan muda eh tak sedar ker diri tu dah tua orang asyik panggil tuan muda."- Dahlia umairah. "Yang kau panjat pokok kelapa jiran tu dah kenapa? nak mati !" -Emir Ghibran iskandar Hari demi hari bersama isteri kecil nya, rasa sayang mulai pun hadir antara mereka. "Awak tau beza awak dengan monyet? Dia monyet, awak buaya." Dia gadis pertama yang mencuit hatinya dan juga merupakan wanita pertama yang menakluki seluruh jiwanya. "Jangan cakapkan itik ayam pun kejar saya tau, kira untung awak dapat memperisterikan saya." Cinta ini milik mereka kerana, Tuan Muda hanya untuk Puan senget ! Warning⚠️ [Typo dimana-mana] [Have many harsh word] [cliche&cliche] [Broken grammar] Start :21/3/2022 End :
FIGHT FOR YOU by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 48,634
  • WpVote
    Votes 5,317
  • WpPart
    Parts 8
[SPORT ROMANCE 2] Dia tiada sesiapa. Dia tiada apa-apa. Tapi takdir mempertemukannya dengan lelaki yang mengubah segalanya. Naureen Arani. Gadis yang dipandang sepi oleh dunia. Hidupnya hanyalah sisa - berbekas luka, berdiri di hujung jalan yang tiada arah. Namun semuanya berubah dalam satu pertemuan tidak dijangka... saat dia bertembung dengan Rizqin Yasla - lelaki misteri, tenang, dan berhati beku. "Kenapa awak peduli sangat? Kita baru kenal sepuluh minit." "Aku peduli... sebab aku manusia. Bukan sebab kau istimewa pun. Jadi, jangan cepat sangat nak perasan." Dari asing menjadi sahabat, dari gurauan menjadi pengubat, dan dari tangisan menjadi pengikat. Tapi di balik wajah ceria Ara, tersembunyi satu kebenaran yang boleh mengubah segalanya. "Kita masih boleh jadi kawan kan, Iqi?" - NAUREEN ARANI "Jangan panggil aku Iqi... Nama aku Riz." - RIZQIN YASLA Dan sejak saat itu, dunia yang pernah mempertemukan mereka... mula meleraikan satu demi satu simpul persahabatan yang terbina. Dalam sekelip mata, insan yang dulunya digelar sahabat, kini berdiri sebagai musuh diam, dipisahkan oleh ego, luka lama dan salah faham yang tak pernah terjelaskan. Ara menghilang tanpa khabar. Namun demi sebuah penyesalan... dia kembali. Tapi bukan lagi sebagai Ara yang penuh celoteh dan jenaka spontan. Kali ini, dia kembali sebagai Naureen, wanita yang berbeza. Matang. Tersusun. Penuh rahsia. "Saya nak belajar boxing dari awak. Be my personal trainer. One-on-one. Exclusive. Just me... and you. I don't do crowd." - NAUREEN ARANI "Maaf, Cik Naureen. Tapi saya tak terima sesiapa untuk belajar di RCA. Terutama... awak." - RIZQIN YASLA Rizqin sudah membina tembok. Tapi Naureen tak berniat untuk berundur. Tetapi dalam permainan yang penuh amarah dan ego ini, mampukah mereka kembali menemui diri mereka yang sebenar, atau akhirnya, mereka hanya akan menjadi dua jiwa yang saling terluka? "Betul ke perasaan benci awak lebih dalam daripada rasa sayang pada saya?" START : 23 APRIL 2025
THE BEGINNING: UNKNOWN HAZRAN by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 92,117
  • WpVote
    Votes 8,665
  • WpPart
    Parts 16
[INI ADALAH POV UNKNOWN] Hazran Tuah hanyalah bayang, mengikuti Sufi Leila dalam diam, memerhatikannya dari jauh tanpa berani mendekat. Hidupnya sebelum ini kosong, tanpa arah, sehingga pertemuan di bawah jambatan itu menghidupkan sesuatu dalam dirinya, rasa ingin mengenali, ingin mendekati. "Siapa dia, sampai buat aku rasa macam ni?"-Hazran Namun, dunia tidak pernah memandangnya dengan belas. Dia sedar siapa dirinya-manusia yang dipandang hina, yang hanya layak bersembunyi di balik gelap. Maka, dia terus menjadi bayang, mengenali dari jauh, meski setiap senyuman gadis itu semakin menjerat hatinya. Tapi, adakah dia berhak merasai cinta? Atau takdirnya sekadar menjadi bayang yang tidak pernah terlihat? "Kalaulah aku dilahirkan normal macam manusia yang lain, pasti aku dah boleh dekat dengan kau. Malang sekali, cinta tu cuma untuk manusia yang sempurna..." "Takkan sesekali layak untuk orang gila macam aku."
Dia Adalah Jawapan by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 11,055
  • WpVote
    Votes 1,284
  • WpPart
    Parts 22
Hubungan antara Haifaa Azany dan abangnya telah lama retak sejak pemergian ibu dan ayah. Sejak itu, tiada lagi pelukan hangat seorang abang, tiada lagi ketenangan dalam rumah yang dulu penuh kasih. Dalam hati Haifaa, luka itu berubah menjadi benci. Dan kerana itu, dia tekad. Dia pilih untuk hidup sendiri, menapak tanpa berpaling, tanpa harap pada sesiapa pun... termasuk darah dagingnya sendiri. "Aku takkan tinggal dengan kau! Selepas ibu dan ayah meninggal, kau bukan sesiapa dalam hidup aku!" - HAIFAA AZANY "Kalau kau tak nak aku jaga kau, kau kena cari lelaki yang boleh jaga kau and he need to be your husband. Kalau tak, kau kena tinggal dengan aku. Faham?" - HANIF AZRIL Haifaa nekad. Dia tak mahu tinggal dengan lelaki yang telah meragut nyawa kedua-dua insan yang paling dia cintai di dunia, ibu dan ayahnya. Setiap sudut rumah itu menjadi saksi luka yang tak pernah sembuh. Dan kerana itulah, dia buat keputusan paling drastik dalam hidupnya. "Amirul Hafiz, I nak kahwin dengan you" - HAIFAA AZANY Tanpa ragu, tanpa berpaling, dia pandang wajah lelaki yang selama ini menjadi tempat dia berlindung. Itu bukan kerana cinta semata. Tapi kerana dia mahu lari. Mahu bebas. Mahu bina hidup baru yang tidak lagi dihantui bayang si pembunuh. Dan bagi Haifaa Azany... perkahwinan itu adalah satu-satunya jalan keluar dari neraka yang bernama rumah. Malangnya, si kekasih tidak sedia memegang tanggungjawab sebagai seorang suami kepadanya. "Aku nak kahwin dengan kau. As soon as possible" - HAIFAA AZANY "Kau lamar aku hanya kerana kau tak nak tinggal dengan abang kau? Like seriously?" - WAFIQ EUSOFF Published : *AUGUST 2023*
RED DOVE by ReyaTiffany
ReyaTiffany
  • WpView
    Reads 2,041
  • WpVote
    Votes 139
  • WpPart
    Parts 8
SEBUAH pertemuan antara dua jiwa, mengikat tali halusinasi yang perlahan-lahan menjerat. Mereka tampak bahagia, namun hakikatnya... hanya takdir yang mengetahui segalanya. "Kalau saya tiba-tiba ubah fikiran dan tinggalkan awak?" - ELARA SEPHIRA "Aku sanggup lepaskan jika itu yang buatkan kau bahagia." - AMEER ZAQQAN Mereka saling menggapai cahaya, tetapi malangnya, mereka tersesat dalam bayang-bayang kegelapan yang semakin lama, semakin menghancurkan. "Seems like you've forgotten something." - RED DOVE ---------------------------------------------------------------- • Rekaan semata-mata daripada penulis. • Jika ada keserupaan, ia hanya kebetulan. • Slow update • JANGAN LUPA VOTE! Started : 04 July 2025 Finished : ???