Pandora High
4 stories
Zev's Secretary Wife by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 359
  • WpVote
    Votes 75
  • WpPart
    Parts 11
4th Book | PANDORA Series | Zev Dominic & Seraphine Hilda | Zev Dominic, lelaki nakal yang menjadi kegilaan ramai wanita, namun dia bukanlah seorang playboy. Dia cuma tahu memikat dengan cara yang terlalu semula jadi. Namun sejak remaja, hanya satu wanita yang benar-benar mencuri hatinya. Seraphine Hilda, setiausaha ayahnya. Berbeza usia tidak pernah mematahkan semangat Zev. Walaupun sering di-'brother-zoned', dia tetap setia mengejar. Dan akhirnya, Seraphine menjadi isterinya. Rumah tangga mereka tampak sempurna sehinggalah Zev mula perasan sesuatu yang Seraphine sembunyikan. Setiap kali dia bertanya, Seraphine licik mengalihkan perhatian dengan senyuman lembut dan masakan kegemarannya. Kecurigaan Zev memuncak apabila dia terserempak dengan Seraphine di sebuah acara besar, melakukan sesuatu yang tidak pernah dia bayangkan daripada wanita yang dicintainya. "Tak sangka pelakunya isteri saya sendiri." - Zev "Sebab tu awak tak perlu cari apa yang tak perlu awak tahu, sayang." - Seraphine Cinta Zev sepatutnya mudah. Tetapi kini, lelaki itu terpaksa berdepan kenyataan pahit. Wanita yang dia peluk setiap malam mungkin adalah musuh yang paling berbahaya dalam hidupnya.
Levi's Sweet Honey (Complete) by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 29,317
  • WpVote
    Votes 2,020
  • WpPart
    Parts 80
3rd book | PANDORA Series | Levi Alistair x Honey Dahlia | Levi Alistair tidak pernah berfikir soal cinta. Hanya karakter di alam maya sahaja menjadi paksi hidupnya dalam cinta. Hingga satu hari seorang gadis dari zaman kecilnya menunjukkan rasa cinta, Levi jadi tak tentu arah. Terkejut, dia memutuskan untuk meninggalkan gadis itu menunggu bertahun-tahun. Honey tak pernah mengalah, tapi masa seringkali meyakinkannya yang dia patut berputus asa. Ketika Honey buntu, muncul seorang lelaki yang menghulurkan salam untuk berkenalan. Honey berserah pada takdir, tapi Levi datang kembali untuk menuntut cinta. Mungkin segalanya sudah terlambat, tapi mungkin juga ada sinar harapan untuk hubungan mereka yang masih berpaut pada janji yang tak terucap.
His Penicillin (Complete) by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 61,504
  • WpVote
    Votes 2,025
  • WpPart
    Parts 88
2nd Book | PANDORA series | Cecil Adonis & Sylvia Elena | Cecil membesar tanpa kasih sayang. Kehilangan ibunya, diabaikan ayahnya dan hanya diselamatkan oleh Akitora, lelaki misteri yang menjadi 'father figure' dan membawa Cecil menubuhkan Serenity, organisasi yang menyelamatkan kanak-kanak. Pertemuan dengan Sylvia Elena mengembalikan ketenangan yang hilang. Bagi Cecil, Sylvia ialah penawar yang menutup luka lamanya. Namun, rahsia dan trauma yang dipendam membuatkan Sylvia menjauh, merasakan dirinya hanya diperlukan bila Cecil mencari bahagia. Satu pertengkaran memutuskan hubungan mereka. Sepuluh tahun kemudian, takdir mempertemukan mereka semula. Cecil muncul dengan identiti baharu, cuba menawan hati Sylvia sekali lagi. Tetapi masa lalu yang menghantuinya kembali, memaksa Cecil memilih untuk melarikan diri atau akhirnya berjuang untuk cinta yang pernah dia lepaskan.
The Tamed King  (Complete) by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 96,068
  • WpVote
    Votes 3,292
  • WpPart
    Parts 86
1st book PANDORA Series | Kian Damien x Ines Madelynn | Kian Damien, si Untamed King yang tidak pernah terusik oleh sesiapa. Muncul Ines Madelynn, gadis baru yang dingin dan penuh misteri. Tarikan antara mereka kuat, namun kisah itu berakhir dengan perpisahan yang menyakitkan. Ines menghilang, meninggalkan Kian dengan rasa dikhianati. Sembilan tahun kemudian, takdir mempertemukan mereka semula di universiti. Rasa yang pernah terpadam mula menyala tetapi bersama itu muncul rahsia lama. Dendam yang terpendam dan luka yang belum sembuh. Ines kini kembali sebagai wanita yang berani menuntut haknya dan bertekad menundukkan ego Kian, sama seperti Psyche menakluki Eros. Kian pula 'raja' yang sukar dijinakkan, mula goyah di hadapan satu-satunya wanita yang mampu menjatuhkannya. Namun cinta mereka bukan sekadar perasaan tetapi peperangan antara kuasa, masa lalu, dan hati yang saling memiliki. "I will tame you, Kian Damien." - Ines "Then try, my queen." - Kian Dalam perjuangan mencari kebahagiaan, mereka harus memilih. Menyerah kepada luka lalu, atau melawan bersama demi cinta yang tidak pernah padam.