aireenalya12's Reading List
4 stories
C | Bawa Dia Kembali  by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 159,589
  • WpVote
    Votes 14,914
  • WpPart
    Parts 52
Bawa Dia Kembali by viepixxa Kehidupan seorang Nufa Eldarya yang serba mewah berubah setelah peristiwa buruk yang menimpanya. Dia kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Sejak itu, dia mengalami kemurungan dan tiada semangat hidup dalam dirinya. Lalu dia bertemu dengan seorang doktor yang bernama Ken Rafael. Figura lelaki itu selalu ada setiap kali Nufa ingin menamatkan hidupnya. Semakin dia cuba menjauh, semakin lelaki itu mendekat seakan percaya mereka ditakdirkan bersama. "Saya tak layak untuk awak. Awak terlalu banyak kelebihan sedangkan saya..." - NUFA ELDARYA "Di mata saya, awaklah perempuan yang paling indah. Walaupun awak ada kekurangan, saya ada untuk lengkapkan hidup awak." - KEN RAFAEL Remuk hati Nufa apabila keluarganya sanggup membuangnya dengan cara menjodohkan dia dengan orang lain. Namun Ken selalu meyakinkan bahawa semua akan baik-baik saja. "Kahwin dengan saya. Saya akan jaga awak tanpa batas waktu." - KEN RAFAEL Dikala Nufa sudah mula belajar menerima takdir, badai melanda yang membuatkan hubungan mereka goyah. Salah seorang harus pergi jika ingin bahagia. Lalu apakah pengakhiran mereka? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
Anugerah Terindah [C] by ainelaaa
ainelaaa
  • WpView
    Reads 71,211
  • WpVote
    Votes 2,370
  • WpPart
    Parts 60
↳ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang kesayangan membuatkan Khalish Rifqi hilang arah. Dia merasakan hidupnya kelam setelah cintanya turut terkubur bersama si pemegang hati. Tiga tahun telah berlalu, hati masih tetap setia dengan yang satu sehinggalah takdir membawanya ke satu pertemuan dengan seorang gadis bernama Haania Aylin. "By the way, saya nak jadi kawan awak boleh? - Khalish Rifqi Hidup Haania Aylin penuh dengan kesunyian. Membesar di rumah anak yatim tanpa mengetahui siapa keluarganya. Hidupnya hanya berseorangan, merasakan bahawa jika kedua-dua ibu bapanya pun sanggup membuangnya, apatah lagi orang lain? Pertemuan dengan Khalish memberi sinar baharu. Lelaki itu datang mengisi kesunyian yang ada, melenyapkan segala persepsi yang ada. Rumah tangga dibina membuatkan Haania Aylin merasakan dia wanita yang paling bahagia. "Nia rasa hidup Nia macam dah lengkap. Tak macam sebelum ni. Sekarang, Nia dah ada abang dan selamanya pun Nia akan cintakan abang." - Haania Aylin Namun, apa yang terjadi apabila ayat yang pernah diungkap itu mula sirna selepas terbongkarnya satu rahsia yang sudah tentunya merobek jiwa milik Haania Aylin? "Nia pernah anggap abang adalah anugerah terindah dalam hidup Nia, tapi Nia salah. Ternyata abang hanya bawa luka yang lagi dalam dari apa yang Nia pernah rasa sebelum ni..." - Haania Aylin Dia yang disangkakan bahagia, namun ternyata, hanya luka. Akan adakah cahaya kebahagiaan untuk mereka berdua?
BIDADARI MILIK DIA by Qaisy_bullat
Qaisy_bullat
  • WpView
    Reads 670
  • WpVote
    Votes 47
  • WpPart
    Parts 20
Pernah mengikat cinta dan kasih kepada seorang lelaki sewaktu sekolah menengah. Siapa sangka, sahabat sendiri menjadi lelaki pertama yang berjaya menambat hatinya. Namun cinta dan kepercayaannya runtuh begitu sahaja sebaik saja mereka menamatkan pengajian. 7 tahun dia menutup pintu hati menghalang daripada mana-mana lelaki masuk. Lelaki? Tiada lagi dalam kamus hidupnya. Tapi entah kenapa, hatinya goyah apabila seorang lelaki datang menyapa dia. Lelaki yang pernah menyelamatkan hidupnya. Haura gelisah tak tentu arah. Dia kekal untuk tak goyah. Dia takut kepada hubungan,hubungan istimewa. Saat dia cuba untuk membuka hati, kisah silamnya datang memujuk diri. Tahap kebenciannya terhadap kisah silamnya tak dapat dinafikan. Harfan Asyraf diluputkan dari hidupnya. Muka hadapan buku barunya hanya tertulis nama Fayyez Aqashah. Namun satu persatu kisah sebenar akhirnya terluah. Hatinya berbolak bagi. "Saya tak nak dengar awak terima saya hanya sebab saya pernah selamatkan awak. Saya nak awak terima saya sebab saya adalah satu-satunya orang yang awak boleh bergantung."Fayyez Aqashah Hati yang berbolak bagi, siapa je yang boleh baca isi hati sendiri dengan betul? Haura takut akan komitmen. Tapi hatinya sekarang sedang memilih kebahagiaan yang diimpikan. Jujur, hatinya masih terkesan dengan masa lalu dan dia mahu lupakan masa lalunya. Fayyez adalah orang yang sentiasa ada membantunya. Hati memilih Fayyez tapi akal memilih Harfan. "Fan minta maaf sebab buat sesuatu tanpa beritahu Haura. Fan minta maaf hilang macam tu je. Fan tak nak Haura sakit sebab Fan. Kalini, im begging you...bagi Fan peluang tu" Harfan Asyraf. Sakit kan orang tersayang adalah orang yang beri tikaman paling dalam. Selama ni, dia menantikan jawapan. Tapi kenapa bila segala jawapan yang dia inginkan akhirnya melukai dia. Bagai nak gila dia menerima satu persatu maklumat yang dia sendiri tak mahu tahu. Andai saja dapat diputarkan waktu,Haura lebih rela meninggalkan dunianya demi dunia orang tersayang.
Takdir terakhir kita [C]  by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 791,073
  • WpVote
    Votes 40,009
  • WpPart
    Parts 68
Qaireen lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halaman. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi satu-satunya tempat yang membuatkan dia rasa paling selamat. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025