NAHDLOVE
Kaki berjalan laju apabila menyedari ada seorang lelaki sedang mengikutnya.Sedang dia berjalan tiba-tiba dengan tak sengaja kaki dia tersandung pada batu, dia cuba bangun tetapi melihat seluarnya yang terkoyak kerana tejatuh dan ada darah di lutut membuatkan dia susah untuk bangun. Dia dapat merasa lelaki itu sudah hampir dengan dia,dia tidak boleh gerak kerana lukanya.Nafasnya tidak teratur,hatinya sudah mula membaca doa,tiba-tiba....
''Ya allah! kau ok tak?'' kata lelaki itu. Dia terkejut apabila ditanya begitu.
''Awak yang ikut saya kan?'' soalnya,walaupun suaranya tergetar-getar.
''Haah aku la yang ikut kau tu'' katanya selamba.
Dia sudah mula takut.
''Kenapa awak ikut saya?
''Oh ni aku nak bagi fon dengan dompet kau tadi tecicir dekat dalam bas''
Terkejut sekali lagi dia.
''Macam mana awak tahu saya punya?''
Namun dia hanya senyap.
''You will know'' dia berlalu pergi.