Peserta INC 2025
15 story
Masih Merasa Rindu بقلم TunaAmirla
TunaAmirla
  • WpView
    مقروء 454
  • WpVote
    صوت 9
  • WpPart
    أجزاء 3
Kematian kedua orang tua buatkan Amiera terpaksa memikul tanggungjawab membesarkan adik yang belum kenal erti kehidupan. Demi adik kesayangan yang masih kecil, gadis polos ini sanggup melupakan cita-cita sendiri. Amiera memilih untuk berniaga secara kecil di warung peninggalan mak demi kelangsungan hidup mereka berdua. Kasih sayang yang diberi musnah apabila Amirul ditangkap polis dan terlibat dengan dadah. Dunia Amiera terasa gelap dan kepercayaannya ke Amirul mula menipis. Sikap adiknya makin berubah dari hari ke hari. Pergaulan Amirul dengan rakan juga cukup mengusutkan fikiran Amiera. Sebagai seorang kakak, dia yakin adiknya masih baik dan masih boleh dibimbing. Amira percaya adiknya cuma dipengaruhi dunia luar tapi pada masa sama dia sedar, sampai bila dia mahu melihat satu-satunya insan yang dia sayang ini perlahan-lahan hanyut. Tanpa Amiera sedar dalam diam Amirul juga menyimpan rahsia yang tidak pernah Amiera bayangkan.
Cawan Suci بقلم stampede_crown
stampede_crown
  • WpView
    مقروء 58
  • WpVote
    صوت 15
  • WpPart
    أجزاء 8
Tujuh daripada lapan pewaris sudah menguatkan genggaman mereka pada artifak masing-masing sebelum cawan suci bangkit sepenuhnya. Ishak, tiba-tiba terlibat dalam semua ini setelah menerima surat dan artifak melalui seekor tupai yang sering diberi makan olehnya. Sejak saat itu, macam-macam perkara berlaku dalam kehidupannya. Adakah Ishak mampu bertahan sehingga ke akhirnya dan merungkai identiti penghantar surat dan artifak tersebut? Sertai Ishak dalam perjalanannya. [Prompt 8] [Sedang diedit]
Cinta Dalam Ancaman بقلم kryptoknight92
kryptoknight92
  • WpView
    مقروء 30
  • WpVote
    صوت 5
  • WpPart
    أجزاء 2
"Aku ada satu permintaan. Kau pandai silat kan? Jadi... jadi teman lelaki olok-olok aku di kampus. Sebagai balasan, aku bayarkan yuran kau dan bagi apa saja yang kau nak. Tapi kau kena lindungi aku dari dia." Aiman, seorang lelaki sederhana yang mahir dalam ilmu persilatan, menjejakkan kaki ke Universiti Laksamana untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan. Adelia, gadis jelita kampus yang terkenal akan kecerdikan dan keluarganya yang berada. Dia nampak bahagia dengan hidupnya namun siapa sangka, di sebalik senyuman manis itu, dia diburu oleh stalker yang tidak mahu melepaskannya. Peristiwa yang menemukan Aiman dan Adelia telah membuatkan gadis itu nekad hendak menawarkan sebuah perjanjian gila; hubungan palsu demi keselamatan dirinya. Sebagai balasan, Aiman ditawarkan harta. Dapatkah Aiman melindungi Adelia? Apa yang terjadi tatkala perasaan mereka semakin lama semakin tumbuh subur di antara satu sama lain? "Kadang-kadang, insan yang kita sangka hadir untuk sementara boleh jadi takdir untuk selama-lamanya."
Purple Moon بقلم Haneuli
Haneuli
  • WpView
    مقروء 131
  • WpVote
    صوت 5
  • WpPart
    أجزاء 1
"Kita hanya tahu nilai seseorang ketika dalam kegelapan." --- Seorang pemuda buta, seorang gadis bunian. Menjalinkan persahabatan sejak kecil. Suatu hari gadis itu menghilang. Lesap entah ke mana. Rigel terus-menerus mencari jejak keberadaan Anqa. Bertanya kepada sesiapa pun yang mengenalinya. Tidak ada sebarang petunjuk. Kemudian, sepasang tangan melambainya dari dalam sungai. Memberi jawapan yang selama ini disembunyikan.
THE GUARDIAN | OG (SLOW UPDATE) بقلم Ufairahiman
Ufairahiman
  • WpView
    مقروء 73
  • WpVote
    صوت 6
  • WpPart
    أجزاء 7
Siapa aku? Itulah soalan yang sentiasa bermain difikiran Akysia. Sejak kecil, dia tidak tahu siapa dia, asal usulnya asal dari mana. Sehingga setiap kali soalan tentang siapa dia, ibu bapanya menukar topik dan tidak menjawab. Akhirnya, Akysia mengalah. "Siapa aku? Kenapa, mak bapak aku macam sembunyikan aku ni berasal dari mana?" - Akysia Violet. Namun suatu hari, dia ghaib disuatu tempat dan tempat itu dinamakan, Pulau Aurora. Yang dipenuh flora dan fauna. Serta, ais yang meliputi disesetengah kawasan. "Siapakah kau?" - Raven ice. Pertemuan dengan jejaka bermata warna hijau tua, membuatkan Akysia berasa pelik. Dia...,dimanakah dia berada? Perjalanan mereka berdua bermula apabila Akysia meminta tolong Raven bekerjasama dengannya. Satu persatu rahsia terbongkar. Namun kedatangan Akysia adalah ditunggu-tunggu oleh penduduk dan alam Aurora. "Aku tidak tahu mengapa, tetapi alam ini...,seperti menunggu engkau, Wahai Akysia," - Raven Ice. "Kemungkinan, kedatangan aku disini, boleh memberikan aku jawapan yang sejak dulu, menyoal tidak henti." - Akysia Violet Start: 3/9/25 Finish: ?
CEY! بقلم DesbarTargar
DesbarTargar
  • WpView
    مقروء 259
  • WpVote
    صوت 35
  • WpPart
    أجزاء 13
Emir Yusuf, berhati batu berjiwa kering - berjaya melangkah ke sekolah dengan niat bukan untuk mendidik, tapi sekadar melapor diri - tunggu hujung bulan, makan gaji. Baginya, murid-murid kelas paling hujung itu bukan urusannya. Mereka nak belajar atau tidak, lantaklah ! itu bukan urusan dia. Hatinya telah lama beku, sesejuk ais batu yang sekian lama menghuni peti sejuk dalam rumah. Hidupnya tak lebih sekadar menghabiskan waktu, kata lebih tepat mensia-siakan waktu. Namun, bila terjadinya satu kemalangan tragis yang menimpa salah seorang pelajarnya - insiden itu mula menggoncang tembok kubu sombongnya. Dalam suasana kelam kabut kelas yang penuh dengan murid-murid bermasalah - "Cikgu" Emir Yusuf mula dibentuk dan dengan perlahan-lahan diri itu menemukan sesuatu yang telah lama hilang: iaitulah jiwa peduli, jiwa insani. Dia mula bertanya, Siapa sebenarnya yang lebih terluka - anak-anak murid itu, atau dirinya sendiri? Dengan SPM sebagai satu-satunya tiket masa depan mereka, Emir memilih untuk berubah. Dari seorang "cikgu" yang penting diri, kepada "cikgu" yang ikhlas berihsan dan berjuang. Akan tetapi, perjuangan seumpama ini bukanlah suatu perkara mudah. Mampukah Cikgu Emir mengubah mereka? Mampukah Cikgu Emir menyelamatkan mereka - sebelum segalanya terlambat? Atau apa mungkinkah... mereka pula yang akan menyelamatkan dirinya?
+14 أكثر
DENAI TAKDIR  بقلم BlueBellszx_
BlueBellszx_
  • WpView
    مقروء 15
  • WpVote
    صوت 3
  • WpPart
    أجزاء 1
DITULIS SEMPENA INKFINITY NOVELLA CHALLENGE 2025 - - - Pertemuan semula Ufairah dengan lelaki misteri yang pernah membantunya suatu ketika dahulu telah memberikan sinar baru dalam hidup Ufairah. Namun begitu, langit tidak selalu cerah tanpa hujan membasahi bumi. Mampukah mereka melalui denai takdir yang penuh liku ini tanpa meninggalkan atau ditinggalkan.