danishaaa's Reading List
39 stories
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 261,575
  • WpVote
    Votes 15,873
  • WpPart
    Parts 42
[2nd romance] Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
MILIK SEORANG KOMANDO by izanynajwa
izanynajwa
  • WpView
    Reads 9,071
  • WpVote
    Votes 294
  • WpPart
    Parts 26
Dia bukan lelaki biasa. Dia tidak menyentuh tanpa sebab. Tidak berbicara tanpa tujuan. Tapi setiap geraknya-memilukan. Dan setiap diamnya-menyiksa. Dr. Adiela Sophelia, seorang pakar bedah trauma, ditugaskan ke Kem Perdana GGK setelah berlaku satu insiden besar di sempadan yang mengorbankan ramai anggota. Di kem elit itu, dia bertemu Leftenan Komando Adriel Isacc-lelaki yang memegang rahsia pasukan, dan juga luka paling dalam dalam jiwanya. Adriel bukan hanya komando terbaik negara. Dia ialah bayang-bayang yang pernah selamatkan negara ini dari kehancuran dalam satu misi sulit yang 'dipadam' dari sejarah rasmi. Tetapi harga kepada keberanian itu ialah trauma, kehilangan, dan mimpi ngeri yang tidak pernah pergi. Pertemuan mereka dimulai dalam dingin dan ketegangan. Tetapi dalam sunyi hutan, di celah misi dan darah, cinta mula bercambah-dalam diam. Namun, cinta dalam dunia mereka bukan semudah itu. Apabila satu konspirasi besar dalam ketenteraan terbongkar, Adiela menjadi sasaran. Demi menyelamatkan nyawa wanita itu, Adriel terpaksa memilih antara amanah negara atau cinta hatinya. Dan lebih kejam-antara hidupnya atau memori cintanya sendiri. Milik Seorang Komando bukan sekadar kisah cinta. Ia adalah peperangan emosi, keberanian, dan pengorbanan. Dan bila ingatan mula pudar, mampukah cinta itu terus hidup... atau ia akan hilang bersama lelaki yang pernah memiliki seluruh hatinya?
Perempuan Terakhir | OG  by intanlyyy
intanlyyy
  • WpView
    Reads 49,792
  • WpVote
    Votes 1,424
  • WpPart
    Parts 69
Book 1 Muhammad Haqeem Idham seorang tentera laut yang berwatakan tegas dan lidahnya tajam dalam berkata-kata. Dia bukan sahaja tentera laut biasa , tetapi dia juga tentera elit dalam tugasnya , iaitu PASKAL. Pertemuan dengan seorang gadis itu bukan sesuatu yang baik baginya. Hatinya selalu dingin dengan gadis yang lebih kurang sama sikapnya. Kehidupannya, pernah diatur oleh Datin Hanani yang merupakan ibu kandungnya, Haqeem tidak pernah bercinta dalam mana-mana perempuan, tapi disebabkan atas arahan mamanya, dia perlu bertunang dengan Ariana Arissa tanpa suka atau cinta. Gadis yang dia pernah suka sejak kecil itu, Nayla Az-Zahra. Gadis berwatakan ceria itu adalah bekas teman wanita sepupunya. Haqeem pernah buang rasa cinta itu ketika dia masih mentah, kerana dia anggap tiada gunanya untuk dia mengejar. Setelah beberapa tahun, mereka menjadi dewasa. Pertemuan kecil dan juga pertemuan sering kali bertengkar menjadikan mereka berdua makin lama makin rapat. Apatah lagi, Haqeem menjadi cucu angkat kepada nenek Zahra. " Awak pernah bercinta ke, Haqeem?" - Zahra " Tak. Aku tak ada rasa nak bercinta dengan perempuan." - Haqeem " Awak gay ke?" - Zahra Soalan itu buatkan Haqeem terserentak dan dia telan liur. Tak pernah lagi manusia yang hidup kat atas muka bumi ini menganggap dia songsang atas sebab dia tak pernah bercinta. Malah dalam kem dia pun kebanyakkan lelaki. " Kepala hotak kau. Sejahat-jahat aku, aku tak pernah lagi nak suka sesama jenis." - Haqeem " Dah tu awak cakap awak tak ada rasa nak bercinta dengan perempuan?" - Zahra " Kau ni bengap ke Zahra? Ke buat-buat bodoh?" - Haqeem Dan...malam itu mereka ditemani oleh bintang-bintang bercahaya di langit yang gelap. Haqeem memang ada niat untuk melamar gadis tersebut, tapi dia ada perasaan takut jika Zahra menolaknya mentah-mentah.Zahra pula ragu-ragu untuk memberi jawapan, tapi Haqeem tetap mengejar gadis dambakan yang dia pernah crush dahulu. 📢 CERITA HANYA REKAAN 📢 DILARANG MENCIPLAK
Peluang Terakhir by ajiji326
ajiji326
  • WpView
    Reads 9,477
  • WpVote
    Votes 119
  • WpPart
    Parts 73
Bukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan semangatnya untuk mengejar Fattah sehingga ke kolej yang sama. Segala cara dan usaha sudah dilakukan supaya dapat mencairkan hati Fattah. Namun hati Fattah yang sekeras batu itu sukar ditawannya sehingga satu tragedi yang membuka mata Fattah. Setelah bertahun-tahun, Inara menjalani kehidupannya sendiri dengan sejarah cinta masa silam. Tekadnya, dia tidak mahu memberi peluang kepada Fattah atas apa yang pernah terjadi. Dia yakin Fattah tidak akan berubah menyukainya. Biarlah dia melupakan cinta pertamanya.... Dikenali sebagai doktor yang hangat dikatakan dalam golongan orang ternama. Fattah berjaya memegang gelaran doktor pada usia muda dan mempunyai klinik bersama sahabatnya. Namun kehadiran Inara yang amnesia membuatkan dia dihambat rasa bersalah. Dia bertekad untuk mendapatkan kemaafan dari Inara. Namun, usahanya seperti sia-sia apabila Inara sudah terikat dalam tali pertunangan. Dia membutakan hatinya untuk Fattah, dia penat disakiti. Inara bermati-matian menidakkan perasaannya terhadap Fattah. Fattah pula berusaha sebaik habis untuk mencuri kembali hati wanita itu. Mungkin dulu Inara kejarkannya, namun sekarang dia yang harus menakluki hati Inara. Dapatkah Fattah mengembalikan cinta di dalam hati Inara?
Taught by Her , Protected by Him (COMPLETE) by atrhyuni
atrhyuni
  • WpView
    Reads 141,846
  • WpVote
    Votes 5,535
  • WpPart
    Parts 56
Ameera Delisha 28tahun.Seorang Guru Bahasa Melayu Yang Berdikari,Petah,Berdedikasi.Tapi Hatinya?Dah Mati Sejak Peristiwa Dia "Diperbodohkan"Oleh Lelaki Yang Dia Cintai.Dia Pernah Setia,Tapi Dibalas Dengan"Aku Sayang Kau Sebagai Kawan Delisha.." Lelaki?Dia Sudah Tidak Berharap,Delisha telah Menanam Dalam Dirinya Prinsip "terlalu banyak kekurangan , untuk menjadi keutamaan" Sementara Itu,Mejar Raja Izz Danial 32tahun,Seorang Pegawai Tentera Yang Tenang Dan Berdisiplin.Sejak Kehilangan Tunangnya Dalam Tragedi 3 Tahun Lepas,Dia Langsung Tak Buka Hati Untuk Sesiapa.Baginya Cinta Itu Melemahkan Tentera. Sampai Satu Hari Mak Ayah Berkeras "Izz Kami Tak Paksa..Tapi Kami Kenal Siapa Delisha,Dia Baik,Mama Dah Lama Berkenan Dengan Dia".Delisha Pun Ditekan Oleh Pihak Keluarga-Bukan Kerana Dipaksa Tapi Kerana Terhutang Budi Dengan Ibu Bapa Mejar Raja Izz Danial Yang Pernah Tolong Keluarganya Waktu Susah. Tanpa Cinta,Tanpa Harapan,Dua Manusia Yang Sama-Sama Patah...Dijodohkan Dalam Satu Ikatan Tapi Siapa Sangka,Dalam Perkahwinan Yang Dibina Atas Permintaan Keluarga.. Ada Perlindungan Ada Luka Yang Sembuh Perlahan Dan Akhirnya..Ada Cinta Yang Tak Diduga
He's My Unexpected Love Adryan Hayrul | OG by lemonadefitt
lemonadefitt
  • WpView
    Reads 359
  • WpVote
    Votes 20
  • WpPart
    Parts 2
he's my series 6 Megat Adryan Hayrul ~ Nuryssa Fatheeya Siapa sangka, hubungan yang terjalin tiga tahun lamanya terkandas begitu jua. Semudah itu sahaja, perasaan buat Nuryssa Fatheeya dihilangkan begitu sahaja. "Apa salah I Ad? kenapa you buat I macam ni?" -Nuryssa Fatheeya Betul lah kata pepatah, jika memang dia bukan takdir yang sebenarnya, merayulah sepuas mana, jika dia bukan tertulis untuk kamu, berpisah jua pada akhirnya. "You tak ada salah pada I. Cuma perasaan I pada you yang dah beralih arah. I'm sorry ryssa." -Adryan Hayrul "Meet me, Tengku Clarissa Adelia. New girlfriend Megat Adryan Hayrul." -Clarissa Adelia Hancur. Hancur lebur dunia Nuryssa saat dihidangkan dengan kecurangan Megat Adryan Hayrul. Terasa kelam dunianya ketika itu. Makan masa juga untuk dia bangkit sendiri. Namun, bohonglah jika selepas hujan tiada pelangi. Disaat hatinya sudah tertutup rapat untuk sosok bernama lelaki, hadir seorang yang berjaya mengetuk pintu hatinya. "Saya nak kenal dengan awak boleh?" -Mikail Ehsan Hanya dengan 6 patah perkataan, dari tidak mengenali sesama sendiri, Nuryssa dan Ehsan mula menjalinkan hubungan yang hampir menuju ke jinjang pelamin. Pertemuan kembali dengan Megat Adryan Hayrul membuatkan dunia Nuryssa terasa kacau bilau. Jejaka berketurunan Megat itu tidak henti-henti mengacau dirinya. Lebih parahnya lagi, jejaka itu menuntutnya untuk kembali ke dalam hidupnya. "Comeback into my life dear. I miss you damn so much!" -Adryan Hayrul "What a nonsense? Rindu I? Mana Tengku Clarissa?" -Nuryssa Fatheeya Perkara yang paling Nuryssa mahu elakkan, akhirnya berlaku jua. "Nice to meet you guys. Meet me, Dr. Adryan Hayrul. Your new lecture for this subject." - Semakin kacau bilau hidup Nuryssa dibuatnya. "Kuat jodoh kita berdua sebenarnya ni. Tengok, you minta Allah jauhkan I dari you, tup tup, I yang jadi lecture you." -Adryan Hayrul "Stop talking nonsense. I'm someone fiance. Please respect me." -Nuryssa Fatheeya
[ BULAN ] bagai Bulan dan Bintang by Rama-rama
Rama-rama
  • WpView
    Reads 849
  • WpVote
    Votes 41
  • WpPart
    Parts 10
FAREEZ ZAYDEN -lelaki yang penuh dengan perderitaan, trauma dan dituntut untuk menjadi sempurna. ADRIANA HAUDA -wanita yang penuh misteri dan rahsia yang di kunci rapat. PURNAMA - Institusi kerajaan yang bekerja secara rahsia. MISI -Apabila misi diberikan maka dua roh bersua. Yang satu menyelamatkan dan yang satu lagi diselamatkan. FAREEZ ZAYDEN terlibat dalam sebuah operasi menyelamatkan mangsa-mangsa penculikkan. Namun di titik itu lah dia berjumpa dengan seorang wanita misteri dengan rahsia yang masih di kunci. Zayden berusaha membongkar misteri dibalik wajah jelita wanita tersebut sampai dia memutuskan untuk menjaga perempuan misteri itu . Namun ketika semuanya berjalan sesuai dengan rancangan ada sesuatu yang tidak diduga. Hati Zayden mula menanam benih CINTA kepada ADRIANA HAUDA wanita yang dijaganya, hanya sekadar ingin membongkar rahsia. Perasan yang tiada di duga oleh Zayden itu menimbulkan beberapa masalah hingga berbentuk bahaya yang mengerikan. Dari sekadar membongkar rahsia, hingga menanam benih cinta, hingga menimbulkan bahaya. Siapakah ADRIANA HAUDA? Mampukan FAREEZ ZAYDEN menerima kenyataan yang Sebenarnya? "Stay away from me"- ADRIANA HAUDA "Why?"-FAREEZ ZAYDEN "A dreadful danger will befall to you"- ADRIANA HAUDA Apakah misteri itu pahit atau Manis? _________________________________________ ~ " Dan kami telah menciptakan kamu berpasang-pasangan " (An-Naba'78:8) _________________________________________
MIKAEL HARITH : HIS AURELLIA 🔞  [EBOOK] by Nayverse02
Nayverse02
  • WpView
    Reads 577,803
  • WpVote
    Votes 2,347
  • WpPart
    Parts 11
Mikael Harith + Aurellia Imani Kahwin tanpa cinta bukan pilihan mereka, tapi satu takdir yang tak boleh dielak. Aurellia Imani - keras kepala, penuh luka dari masa silam, dan terlalu takut untuk membuka hati. Mikael Harith - tenang, dominan, dan lebih sabar dari lelaki biasa. Tapi bila hati dia sudah jatuh, dia takkan lepaskan. Setahun mereka berkahwin tanpa disentuh, bukan sebab tiada keinginan, tapi kerana Mikael memilih untuk menunggu. Menunggu sehingga Aurellia benar-benar sedia. Tapi sampai bila? Bila provokasi jadi permainan, dan rindu jadi senjata, siapa yang akan tewas dulu, isteri yang kononnya keras hati, atau suami yang dah terlalu lama menyimpan rasa? "You nak kurung I tiga hari? I sanggup kalau pengurungnya Mikael Harith." "Consider yourself in action for 72 hours, baby." Ini bukan sekadar kisah cinta. Ini tentang sabar, godaan, dan cinta yang menyembuhkan. I nak pesan awal awal, cerita ni 18+ keatas. Cerita ni terbuka. Cerita ni akan ada scene hot and spicy. Jangan bila da baca baru nak cakap itu ini. I dah warning awal awal ek ‼️ 🌶️Kata Kesat 🌶️ Hot and spicy (dewasa) 🌶️ Setiap scene hot and spicy i akan letak warning 🌶️ Obsession so jangan pelik 🌶️Read at your own risk #1 Cinta mati on 11/7 #1 Slow on 11/7 #1 Love stories 11/7 #1 Obsesi 6/8 #1 Ego 27/8 Start : 01/07/2025 End : 29/07/2025
[ OG ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 263,086
  • WpVote
    Votes 14,367
  • WpPart
    Parts 68
Muhammad Yazzed Qayyum | Nur Darina Farissa Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End :
COBRA: SPECIAL FORCE [OG] by NAR98_
NAR98_
  • WpView
    Reads 4,878
  • WpVote
    Votes 366
  • WpPart
    Parts 14
Cover by @-yoonasara [SU] Apabila Kita menafikan cinta yang teragung dan akhirnya hati Kita menanggung sebuah penyiksaan yang menemui kebuntuan. "Kita berbeza. Saya menyelamatkan tapi awak korbankan nyawa" - Syafa "Kadang kerana sayang, Kita harus belajar untuk merelakan" - Aqil Pertemuan mereka bermula dengan rasa ingin tahu. Mereka seperti pasangan lain. Bercinta dan saling mengenali. Namun dalam setiap perjalanan yang ditempuhi sungguh berliku. Dapatkah mereka akhirnya menyatu? Bukan sekadar kisah cinta... Genre: Action-Romance Start : 2023 End: