🪖🎖️💪🏻
4 stories
JANJI YANG TERPUTUS [ C ] by atiqahzainalll
atiqahzainalll
  • WpView
    Reads 48,095
  • WpVote
    Votes 1,668
  • WpPart
    Parts 40
Muhammad Zayyan Firas, pegawai komando PASKAL. Hidupnya terbiasa dengan medan perang, kehilangan, dan kehilangan semula. Baginya, cinta bukan lagi sesuatu yang perlu dikejar... sehinggalah Allah hadirkan Nur' Atiqah dalam hidupnya. Gadis muda yang tidak sempurna, tapi cukup sederhana untuk menyentuh bahagian hati yang paling dalam. Dengan satu lafaz, mereka disatukan. Dalam ikatan yang bukan sekadar janji dunia, tapi ikrar di hadapan Tuhan. Namun takdir tak pernah menjanjikan jalan yang lurus. Satu misi mengubah segalanya. Satu tembakan memisahkan mereka. Satu kehilangan yang membuatkan rindu bertukar jadi doa. Dan doa menjadi satu-satunya bahasa antara dua jiwa yang terpisah oleh jarak, waktu... dan ujian yang tidak kelihatan. Zayyan masih berdiri di medan tugas. Atiqah masih di katil ujian. Tapi cinta mereka tidak pernah rebah. "Kalau saya tak sempat ada waktu awak buka mata, ingatlah... saya sentiasa tunggu. Dalam diam, dalam doa, dalam setiap detik saya masih hidup." Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah dua jiwa yang dipertemukan atas nama Allah... dan diuji juga atas nama yang sama. Kerana janji yang disebut dalam sujud, tidak akan pernah hilang arah. Ia hanya menunggu untuk ditunaikan. Dengan sabar. Dengan setia. Dengan takdir.
MENANTI CINTA DARIMU by nishioohayo
nishioohayo
  • WpView
    Reads 42,658
  • WpVote
    Votes 1,378
  • WpPart
    Parts 64
Aku telah berjanji untuk terus berjuang, bukan berjuang untuk diri sendiri tetapi berjuang untuk insan tercinta yang sentiasa menanti kepulangan aku, berjuang demi bangsa dan tanah air. Andai aku terpaksa pergi, maafkan aku sebab tak dapat tunaikan janji. Kita jumpa dekat syurga nanti. Insya-Allah... - Zill Qayyim Aku takkan pernah lupa tentang hadirnya dia di dalam hidup aku yang membawa seribu satu makna dan hikmah yang begitu besar. Terima kasih untuk semuanya, walaupun hadirmu hanya sebuah pinjaman bagaikan sesaat. Semoga kita dipertemukan lagi di syurga. - Ayesha Eshal Bahagia mereka tercipta di atas sebuah hubungan paksaan. Namun hadirnya dia telah memberi impak yang terlalu positif sehingga tidak sanggup untuk merelakan dia pergi. Tetapi itu semua sudah tertulis, takdir dan ketentuan Ilahi, tiada siapa mampu melawan atau menolak. Tidak ada sesuatu pun yang kekal di dunia, semuanya hanyalah sebuah pinjaman. Cintailah seseorang sewajarnya agar sakit juga akan sewajarnya. Cinta tidak seharusnya menjadi milik kita selamanya. Nur Ayesha Eshal & Muhammad Zill Qayyim Here is my first story. Don't forget to vote. 💐
LAKARAN TAKDIR SUMAYYAH [ C ] by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 315,057
  • WpVote
    Votes 26,763
  • WpPart
    Parts 62
Tatkala sesuatu yang disayangi hilang dari pandangan, tinggallah hati terbuai dalam rindu, meratap sunyi yang tiada bertepi. Dia anak yang baik dan mendengar kata. Ujian yang menimpa dirinya cuba diharungi dengan rasa sabar. Hati yang terguris akibat pengkhianatan membuatkan dia hilang rasa percaya. Dirinya hanya mahu bahagia bersama ayahnya sahaja. Satu-satunya lelaki yang sentiasa menjaga perasaannya dikala dirinya disakiti oleh lelaki lain. Kehadiran seorang insan mengubah seluruh hidupnya. "Kalau Tuan cakap macam tu, macam mana saya nak percaya yang Tuan ni jujur?" - Warda Sumayyah Antara tanggungjawab dan sayang, dia setia menunggu lelaki itu. Kerana hanya dia yang halal untuk disayangi. "Tunggu saya balik dan saya akan bahagiakan awak sebagai isteri saya." START : 23 MARCH 2025 END : 17 JUNE 2025 [ Story ke-19 ]
SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1 by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 2,233,813
  • WpVote
    Votes 110,689
  • WpPart
    Parts 73
Hidup yang dipenuhi dengan kerja. Tiada masa untuk bercinta mahupun berkenalan. "Saya ada buat salah ke dekat awak? Macam tak de je" - sindir Yusuf Numair dengan wajah berlagak. Pertemuan yang dipenuhi dengan perbalahan. "Pandai-pandai la bertanggungjawab. Dah buat orang sakit hati, pandai pula larikan diri" balas Umay Alisa. Dua hati yang cukup tegang namun bakal dilembutkan. Kehidupan yang sentiasa dipenuhi dengan pelbagai ragam. "Abang sayangkan Umay sampai nafas abang terhenti. Maafkan abang, Umay" Leftenan Yusuf Numair sanggup mengundur dirinya demi menjaga hati seorang perempuan iaitu Dr. Umay Alisa. "Start : 27 Februari 2023" "End : 1 May 2023 [Story Ke-8]