ongoing
7 stories
LITTLE LILY [ OG ] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 34,577
  • WpVote
    Votes 4,635
  • WpPart
    Parts 11
[ BOOK 5] Tiga puluh tahun menyendiri dalam dunia dan identiti palsu, dia akhirnya bertemu nafas baharu. Asbab untuk terus hidup. "Saya teka, nama sebenar cik bukan Rosli. Cik juga bukan seorang lelaki." "Pandai awak teka. Nama saya Limah." Limah kawal senyuman. Pertama kali ada manusia reti teka jantina dirinya. Walau pertemuan kali pertama mereka tidak indah, Limah tak tahu kenapa dia asyik bermimpi di siang hari. Berangan, mahu kekal menjadi kecil. "Lah? Tiba- tiba jadi makin kecil pula bandar Deland. Pusing sana jumpa awak. Pusing ke sini pun jumpa. Tak sangka. Awak cari saya, sebab nak minta hutang kereta ke?" Masuk kali ketiga, Limah sudah tak reti bersangka baik. Tambahan pula lelaki asing itu sentiasa mengekorinya bersama dua orang jejaka perangai aneh. Gaya seperti pemiutang. "Kalau cik Limah sudi bantu. Kami bertiga mahu pinjam seorang 5 dollar dari cik Limah. Kami tak ada duit cash nak beli tiket bas." Tercengang Limah dengar pengakuan mereka. Tak sangka, wujud juga manusia yang tidak pernah menaiki bas. 5 dollar pun tiada! "Saya rasa, abang saya boleh tolong akak. Itupun kalau akak sudi tolong abang saya." Perkenalan Limah dengan seorang doktor cantik pula mengundang satu perasaan lama. Perasaan haram yang dia selalu cuba kuburkan. "Tolong macam mana?" -LIMAH "Kahwin dengan abang Muhammad." -ALTıN RUKSANA Permintaan si cantik, desakkan keluarga serta takdir seakan memihak kepada Muhammad. Jasad gagah Limah tersepit di tengah pintu hijrah. "Awak dah pandang? Pandang saya betul- betul. Tak menyesal? Saya bukan perempuan normal. Saya raksasa. Raksasa jahil. Menjijikkan." -LIMAH "Pada pandangan saya, kita sekufu." -MUHAMMAD ; Dia lelaki misteri, juga matang. Bersama rupa dan akhlaknya yang sempurna. Dengan tenang, Muhammad berjaya mengheret Limah kembali ke fitrahnya tanpa sebarang kekasaran, keluhan atau penyesalan. "Terima kasih, encik suami." -L . M "Terima kasih kembali, Lily permaisuri. -D . M. M
SHADOW by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 107,041
  • WpVote
    Votes 5,629
  • WpPart
    Parts 51
Under PROTECTOR SERIES ⋆͛︎ #3 Sequel of AIDAR Leftenan Madya Arden Hansel. Mengikut jejak ayahnya, dia menggalas tanggungjawab dalam mempertahankan keamanan negara sebagai tentera di bawah pasukan elit daripada Tentera Laut Diraja Malaysia. "Sedia untuk berjuang, sedia untuk berkorban!" Beret ungu menjadi kebanggaan, gelaran komando umpama lencana diri. Senjata diangkat, nyawa dijadikan pertaruhan di dalam medan pertempuran untuk negara. Bertahun penantiannya, bertahun dia menyimpan rasa. Di bawah langit yang sama, dia berharap mereka akan bertemu kembali. Akhiri penantiannya yang penuh rindu. Elish Ivara. Disebabkan satu insiden, hidupnya seakan dihantui bayang-bayang hitam. Perih meneruskan hidup, sakit bila harus berpura-pura. Hilang kepercayaan pada diri sendiri. Apatah orang lain. Dia hanya mendambakan kebahagiaan. "Mungkin lelaki yang boleh bahagiakan awak selama ni ialah saya. Saya, Arden. Milik awak seorang dari dulu." Bila hati sudah tekad, mengalah bukan pilihannya. Arden mewarnai hidup Elish bagaikan sinar pelangi. Hadirnya dia bukan untuk sementara namun buat selamanya. highest ranking : #1 for effort #1 for navy #1 for lovestory
Her Brother's Keeper  by Si_LangitSenja
Si_LangitSenja
  • WpView
    Reads 47,481
  • WpVote
    Votes 3,060
  • WpPart
    Parts 49
Dalam keluarga yang dihuni tujuh orang abang, Alya membesar sebagai satu-satunya bongsu perempuan dan sekaligus menjadi pusat perhatian, pusat kerisauan, dan pusat kasih yang tidak pernah surut. Setiap abang punya perangai dan cara sayang yang berbeza: Ada yang keras demi melindungi. Ada yang lembut untuk menenangkan. Ada yang lebih banyak memendam daripada berkata-kata. Di rumah ini, gaduh kecil adalah bahasa sayang. Jeritan dari dapur sampai ke ruang tamu adalah perkara biasa. Namun di sebalik tawa dan hiruk-pikuk itu, ada hati yang pernah retak. Ada luka yang tidak pernah diberi masa untuk sembuh. Dan Alya, si bongsu yang selalu dijaga, perlahan-lahan mula sedar bahawa abang-abangnya juga manusia yang boleh rapuh. Ini bukan kisah keluarga yang sempurna. Ini kisah tentang proses belajar menjadi penjaga. Tentang adik perempuan yang disayangi lebih daripada apa yang dia sedari...dan tujuh orang abang yang, satu demi satu, akhirnya belajar menjaga hati mereka sendiri. ⚠️ [Warning] LEGAL DISCLAIMER ⚠️ Cerita ini berunsur keluarga, komedi, dan nilai Islam. ❌ Tiada unsur lucah. ❌ Tiada unsur dewasa. ❌ Tiada percintaan terlarang. Semua hubungan dalam cerita adalah "Kekeluargaan" & "Persahabatan", dibina atas kasih sayang, bukan cinta songsang. (Sila jangan salah letak genre/reading list) 📌 Mohon hormati genre & niat karya ini.
IVAN QIDRAN by Daniaaryanna
Daniaaryanna
  • WpView
    Reads 1,169,736
  • WpVote
    Votes 39,265
  • WpPart
    Parts 68
STATUS: COMPLETE IVAN QIDRAN x AERIS ALAIA Siapa sangka disebalik wajah ceria Aeris Alaia tersembunyi luka yang tak pernah sembuh. Di caci, di hina, di maki memang makanan harian. Hidupnya mula berubah saat dia bertemu seorang lelaki asing - Ivan Qidran, seorang yang datang tanpa dijemput, tapi terus menjadi penyelamat di saat dia paling terdesak. Dalam satu keputusan berani, Aeris melamar lelaki itu untuk berkahwin dengannya. "Awak, awak nak kahwin dengan saya tak?" - AERIS ALAIA "Desperate sangat ke kau ni sampai ajak aku kahwin?" - IVAN QIDRAN "Haah memang saya desperate sebab saya terpaksa. Kita kahwin jom" - AERIS ALAIA Semuanya bermula hanya kerana janji dan amanah. Namun siapa sangka, perkahwinan itu sebenarnya membuka lembar baru bagi mereka berdua. Perasaan kasih dan sayang yang tumbuh makin sukar dijelaskan. Perlahan-lahan, keduanya belajar erti pengorbanan, kepercayaan, dan cinta sebenar. Antara tanggungjawab dan rasa, antara rahsia dan ketulusan, antara realiti dan mimpi, mereka akhirnya menemui bahagia yang mereka sendiri tak sangka wujud. "Kerana janji dan amanah takdir kita tercipta." #Cringe alert #Roller coaster alert
Takdir terakhir kita [C]  by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 880,315
  • WpVote
    Votes 43,478
  • WpPart
    Parts 68
Qaireen lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halaman. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi satu-satunya tempat yang membuatkan dia rasa paling selamat. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025
[C] Her Angel by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 666,346
  • WpVote
    Votes 35,343
  • WpPart
    Parts 66
[FIRST BOOK] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #1 Wattpad Malaysia #1 Cinta selepas nikah #1 Clingy #2 Friendship #3 Revenge #3 Cute #6 Bromance #7 Sayang #8 Melayu #15 Love Start published: 1/1/2025 Completed: 17/11/2025
SPIDER VOICE [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 589,508
  • WpVote
    Votes 34,898
  • WpPart
    Parts 65
[ BOOK 2 ] Sejak dalam kandungan mereka sudah berteman. Menurun dari legasi ibu bapa, ada darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh mereka. "Voice." Nama gedik Allamanda yang hanya boleh disebut Haider. Tapi bukan Allam. Itu nama pentasnya sebagai petinju nombor satu negara Emriyal. "Ya, Spider?" Spider, code name untuk jejaka handalan Emporces yang sebenarnya si bisu Haider. - "Der..jom nikah." "Itu ayat aku patutnya." "Sudi tak Der?" "Ya. Sudi. Jom kita kahwin," Bahagia Spider hanya bersama Voice. Dan bahagia mereka berdua sekadar sementara. "Spider kena pergi, Voice." Kerana jasad Haider bukan hanya milik Allamanda. Itu hakikat yang memeritkan. "Tolong balik Spider...tolong bawa suami aku balik." Perit. Roh Allam hilang ditelan Allamanda. Sosok tegapnya jadi lemah. Dia jadi perempuan lembik. "Dengan izin Allah..abang akan balik. Tunggu abang balik, Voice. Tunggu abang." Dan itu kali terakhir Allamanda mendengar suara Spider kesayangannya. Suara emas Haider. Kerana negara yang mahu merdeka, mereka terpaksa berpisah. Demi tanggungjawab seorang perwira, isterinya merana. Hanya kerana Mahalaga yang mahu menakluk Emriyal, banyak cinta yang terpaksa dikorban. "Kita dah berkorban, diorang pun dah terkorban. Aku harap aku boleh kuat untuk reda." -QURRATUL QISSTINA "Tiga belas tahun aku dah tunggu Haider,kalau tak cukup..sampai mati pun aku boleh tunggu dia, Qiss." -ALLAMANDA, his Voice - Ini kisah Haider dan Allamanda. Cerita mereka yang tersakiti sebagai Spider Voice. Bersama Qissai, second lead couples yang saling mencintai namun tidak punya waktu halal bersama. "Agaknya, kita sayang sangat pada dunia, Der. Kita sayang sangat dekat hambaNya sampai Dia hadiahkan ujian besar ini pada kita." -HANS AIMAN "Ya Man. Ujian aku, aku hilang suara aku lagi." -HAIDER KAUSAR, her Spider.