Gems 💎
21 stories
Racing Flame by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 507,178
  • WpVote
    Votes 27,616
  • WpPart
    Parts 58
DAREEQ EZRA, seorang pelumba Formula 1 yang terkenal dengan gelaran 'Born Racer'. Seawal umur 18 tahun, dia mula mencipta sejarah sebagai pelumba paling muda yang meraih podium. Namun seiring umurnya meningkat, dia mula rasa tekanan dengan kerjaya dan kejayaan sendiri. Kesilapan sedikit mengundang kecaman orang. Dia mula hilang keyakinan. ZEANISSA, seorang gadis yang langsung tak tahu dengan dunia motorsport. Senang cerita, dia tak berminat. Disebabkan ajakan rakan-rakannya, dia akhirnya jejakkan kaki buat pertama kali di litar lumba. "Aku nak pergi dari sini. Aku tak nak duduk sini. Kau ada caranya?!" - Zeanissa Sakit yang dirasakan tidak terperi apabila dia dibenci dan diperlakukan teruk oleh rakan baik sendiri. Zeanissa benar-benar terluka. "Kau pernah cakap kau tak nak duduk dekat sini. Kau tanya aku caranya, and ini jawapan aku." - Dareeq Ezra Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba dia dilamar oleh si driver Mercedes AMG Petronas yang sangat popular dalam dunia Formula 1. Zeanissa mati akal. Namun memikirkan kesedihan yang sedang ditanggungnya, dia bersetuju. Untuk berkahwin dan ikut Dareeq ke Monaco. Perkahwinan yang pada mulanya hanya sekadar atas dasar kepentingan mereka perlahan-lahan menimbulkan perasaan yang melibatkan hati. Namun hubungan yang baru mekar seperti bunga perlahan-lahan layu. "Apa lagi yang abang tipu Zea? Apa lagi?!" - Zeanissa "Abang minta maaf. That freaking jealousy's eating me up. It's killing me inside." - Dareeq Ezra 📎story ni rekaan semata mata 📎maaf kalau grammar berterabur 📎light conflicts 📎update setiap hari 2 chapter JANJI Start : 04/09/2025
Hey! Captain Zharyan Arayqarl by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 38,675
  • WpVote
    Votes 3,251
  • WpPart
    Parts 18
ZHARYAN ARAYQARL, anak kepada juruterbang hebat dan terkenal dari Zullian Airlines, Captain Zul Aaryan. Arayqarl, atau lebih mesra dipanggil Qarl, dilahirkan dengan karisma semula jadi yang sukar diabaikan. Wajahnya menawan, penuh senyum nakal yang selalu membuatkan ramai wanita terpikat, tetapi sikapnya yang playboy dan nakal itu menjadikan dia seorang yang sukar ditebak. Walaupun bersikap santai dan kadang-kadang kurang serius, Arayqarl mewarisi ketekunan dan kecekapan daddynya dalam menguruskan perkara penting. Dia bijak, tahu bila harus bergurau dan bila perlu tegas, tetapi prinsipnya jelas, jika dia rimas atau tidak berminat, hubungan itu tamat tanpa drama panjang. Namun, di sebalik sikap nakal dan playboynya, Arayqarl menyimpan satu rahsia kecil yang tiada siapa tahu, hatinya terpaut pada seorang perempuan. Sejak pertama kali bertemu, Arayqarl merasakan sesuatu yang tidak pernah dia alami sebelum ini, detik-detik bersama perempuan itu membuatkan hatinya sedikit tergugat. Siapakah perempuan yang mampu menembusi benteng playboy Zharyan Arayqarl ini?
Sedetik Lebih by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 120,539
  • WpVote
    Votes 10,750
  • WpPart
    Parts 49
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
A Prince With No Crown by NusyaBelle_
NusyaBelle_
  • WpView
    Reads 32,982
  • WpVote
    Votes 3,190
  • WpPart
    Parts 51
Spin-off Bunga, A Lady In Waiting. Wakeel x Warda Cinta, tidak semestinya perlu diungkapkan. Cinta, tidak perlu kata-kata. Cinta, kadang-kala menyakitkan. Cinta... Tidak kekal selama-lamanya. For more info about this story, kindly read the first chapter of this story🫶🏻 Start: 1 May 2025 End: -
Endless √ by rosesnorkeds
rosesnorkeds
  • WpView
    Reads 4,029,673
  • WpVote
    Votes 94,611
  • WpPart
    Parts 34
Tengku Ezryl Mikael | Sophie Natasya Seperti novel klise melayu, dialah lelaki idaman wanita. Sempurna segalanya - kaya, kacak dan segalanya dia ada. Auranya cukup menggentarkan. Namun, satu sahaja yang dia tiada dan masih belum disempurnakan. Cinta, bukan sahaja tiada malah dia tidak kenal pun maksud perkataan keramat itu. Sehinggalah wanita indah bernama Natasya hadir dan mentafsirkan apa itu cinta yang sebenar. Natasya, dia wanita biasa. Biasa tetapi cukup sempurna. Sempurna dengan segala yang dikurniakan. Sehinggalah suatu hari dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang bergelar majikan. Huru hara menemani dia, dunianya bagai roller coster dengan perangai dan sikap lelaki itu. Namun segalanya berubah, status dirinya kepada lelaki itu juga berubah. Dan dugaan menjadi bertambah-tambah, dapatkan ia tempuhi? ••• Kerana satu temu duga, kisah mereka bermula. Atas satu ugutan, dia terpaksa menerima Disebabkan satu pertaruhan, perbalahan tercetus antara mereka •••
28 August. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 165,618
  • WpVote
    Votes 9,521
  • WpPart
    Parts 31
Hael Nuh | Alaia Zanera. There are some things in life we can't control. Our love is one of them ∞
ELLZAN : ARMOR by Onlymeira
Onlymeira
  • WpView
    Reads 19,568
  • WpVote
    Votes 1,473
  • WpPart
    Parts 69
(COMPLETED) "Two souls don't find each other by simple accident." ⚜️⚜️⚜️ [Ellzan × Darya] Dahulu mereka menjadi watak sampingan dalam sebuah penceritaan ini. Namun kerana sebuah pertemuan, mereka menjadi satu. Atau mungkin tidak? "Ellzan, kau betul-betul serius dengan aku ke?" -Siti Darya. Darya sudah lelah untuk percaya pada sebuah harapan lagi. "I lay down this armor for you." -Tengku Ellzan. Meraih sebuah kepercayaan bukan sesuatu yang mudah buat mereka berdua. Tetapi satu sahaja yang membuatkan mereka akan saling bersatu. Pengorbanan.
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,801,899
  • WpVote
    Votes 411,743
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
FACADE : The Nonchalant Bimbo by eryvee
eryvee
  • WpView
    Reads 36,635
  • WpVote
    Votes 3,152
  • WpPart
    Parts 41
UNTUK PEMBACA MATANG (19+) *** Elisha - She's a bimbo, they said. Dia seorang yang suka berfesyen. Orang kampung selalu menyindir pakaiannya yang persis seperti model-model runaway fashion show. Bahkan bukan itu sahaja yang buatkan dirinya di gelar bimbo, salah satu sebabnya adalah cara pemikirannya yang tak matang dan pertuturan bahasa englishnya - kelaut! Tunggang-langgang, berterabur! Jumpa pula lelaki kampung yang nonchalant. Kerek nak mampus. Perasan bagus, padahal tak hensem langsung! Hidung jambu dan jongang. Langsung bukan tipikal lelaki idaman Elisha. Tapi apa yang buatkan Elisha bertukar arah untuk mengejar lelaki itu? Apa-apa pun jangan percaya, pada apa yang kamu lihat. If you find it hard to read or feel triggered by broken English and jumbled sentences, then this story isn't for you. - - - © 2025 EryVee. All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means without the prior written permission of the copyright owner.
The Last Sky [C] by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 93,681
  • WpVote
    Votes 3,885
  • WpPart
    Parts 36
BLURB Kesibukan, salah faham, dan luka lama yang tak pernah dijernihkan menimbulkan jarak di antara mereka semakin nyata. Irene semakin menjauh, terluka dengan saat-saat Zayn tiada di sisinya. "I lost it. Alone. While you were thousands of feet in the sky." - Irene Melina. Zayn cuba meraih hati isterinya tanpa lelah, berusaha menembusi dinding ego yang dibina Irene. Setiap kata yang terucap, setiap langkah yang diambil, adalah usaha untuk menyembuhkan luka lama dan mengikat kembali janji yang hampir terlupa. "Pandang muka I dan cakap semuanya. Look me in the eye and tell me you don't need me anymore." - Zayn Arshad. "I boleh hidup tanpa you, Zayn Arshad." - Irene Melina. Dunia mereka seketika terhenti. Tapi di sebalik kata-kata ego dan perasaan yang bertentangan, satu perkara tetap jelas. Cinta sejati tidak pernah mudah, tetapi ia tetap berusaha. Apakah cinta mereka mampu bertahan dalam diam, ego, dan luka yang belum sembuh? Atau masa dan takdir akan memisahkan mereka? The Last Sky ialah sebuah kisah cinta kontemporari yang meruntun perasaan. Tentang ego, jarak, pengorbanan, dan peluang kedua yang mungkin... tak akan datang lagi.