🍏Inkfinity Novella Challenge 2025 🍏
27 story
Inkfinity Novella Challenge 2025 [SEDANG BERLANGSUNG!] ni lnkfinity
lnkfinity
  • WpView
    MGA BUMASA 1,165
  • WpVote
    Mga Boto 112
  • WpPart
    Mga Parte 7
[AKAN DATANG SEPTEMBER 2025!] "Cerita anda berhak dizahirkan!" Memanggil semua penulis! Inkfinity datang semula dengan membawakan anda semua sebuah cabaran penulisan atas talian untuk anda semua! Pastikan anda mengikuti akaun ini dan sertai grup Telegram rasmi kami untuk mendapatkan berita dan kemaskini yang terpantas! Pautan boleh didapatkan di bio kami! #INC2025 #InkfinityWritersGuild
𝐕𝐈𝐎𝐋𝐄𝐓 𝐂𝐔𝐑𝐒𝐄 ni Syeeda_Shi
Syeeda_Shi
  • WpView
    MGA BUMASA 205
  • WpVote
    Mga Boto 44
  • WpPart
    Mga Parte 15
© Fantasy Thriller Inkfinity Novella Challenge (INC 2025) Violeta Lys dan Evanna Lys masing-masing dilahirkan dengan warna mata violet. Sepasang mata ini bukan sekadar pupil berwarna. Ia menyimpan kebolehan unik yang menyebabkan dua beradik ini hidup tidak seperti manusia biasa. Entah ia satu kelebihan atau kutukan, Violeta sendiri tidak tahu. Dia lebih percaya mata ini telah menyebabkan hidupnya kucar-kacir sejak lahir. Kehidupan yang dia dambakan, selamanya tidak akan pernah dirasai. "Vio, tolong aku..." - Evanna. Kematian Evanna yang tiba-tiba memicu satu jalan baru kepada Violeta. Iaitu hidup kerana pembalasan dendam. "Kuasa? Heh! Kuasa yang kau miliki dengan mereka tak sama. Dalam dunia ni, tak ada kuasa yang lebih kuat dapat kalahkan posisi dan wang mereka." Ketahui musuhnya bukan calang-calang, Violeta mulai mengubah segalanya tentang diri. Termasuk menjadi seorang pembunuh upahan. Dia perlu jadi lebih kuat dan lebih tangkas agar dapat mengambil sendiri nyawa pembunuh yang telah menyebabkan kematian adiknya. "We meet again, Violet." - Kaiza Hayes. Putera sulung Kerajaan Arcus, Kaiza Hayes secara tidak langsung tiba-tiba menghalang penyelidikan Violeta. Tidak cukup dengan itu, lelaki ini memiliki seorang pelindung yang sangat hebat. Kaelar Tyler. Seiring beberapa pertemuan, Violeta mulai sedar bahawa kekuatan yang dia lihat melalui dirinya sendiri dan Eva selama ini hanyalah sedikit. Di luar sana, masih wujud sebuah makmal dengan nama 4HOME LABORATORY yang menghasilkan subjek-subjek dengan kekuatan luar biasa. Dan Kaelar salah seorang spesimen di sana. "Musuh sebenar kau... ada dekat makmal tu." Dengan itu, Violeta dan Kaiza bergerak bersama. Misteri makmal ini bukan sahaja menggerunkan Violeta. Semakin dalam dia menyelidiki kebenaran, semakin terancam nyawanya. Satu persatu nama baru terungkap. New Dawn Orphanage. Saintis Antonio. Projek Sentrix. Juga... identiti ibunya yang belum terungkap. Apa perkaitan semua nama-nama asing ini?
Cinta Dalam Ancaman ni kryptoknight92
kryptoknight92
  • WpView
    MGA BUMASA 30
  • WpVote
    Mga Boto 5
  • WpPart
    Mga Parte 2
"Aku ada satu permintaan. Kau pandai silat kan? Jadi... jadi teman lelaki olok-olok aku di kampus. Sebagai balasan, aku bayarkan yuran kau dan bagi apa saja yang kau nak. Tapi kau kena lindungi aku dari dia." Aiman, seorang lelaki sederhana yang mahir dalam ilmu persilatan, menjejakkan kaki ke Universiti Laksamana untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan. Adelia, gadis jelita kampus yang terkenal akan kecerdikan dan keluarganya yang berada. Dia nampak bahagia dengan hidupnya namun siapa sangka, di sebalik senyuman manis itu, dia diburu oleh stalker yang tidak mahu melepaskannya. Peristiwa yang menemukan Aiman dan Adelia telah membuatkan gadis itu nekad hendak menawarkan sebuah perjanjian gila; hubungan palsu demi keselamatan dirinya. Sebagai balasan, Aiman ditawarkan harta. Dapatkah Aiman melindungi Adelia? Apa yang terjadi tatkala perasaan mereka semakin lama semakin tumbuh subur di antara satu sama lain? "Kadang-kadang, insan yang kita sangka hadir untuk sementara boleh jadi takdir untuk selama-lamanya."
CEY! ni DesbarTargar
DesbarTargar
  • WpView
    MGA BUMASA 259
  • WpVote
    Mga Boto 35
  • WpPart
    Mga Parte 13
Emir Yusuf, berhati batu berjiwa kering - berjaya melangkah ke sekolah dengan niat bukan untuk mendidik, tapi sekadar melapor diri - tunggu hujung bulan, makan gaji. Baginya, murid-murid kelas paling hujung itu bukan urusannya. Mereka nak belajar atau tidak, lantaklah ! itu bukan urusan dia. Hatinya telah lama beku, sesejuk ais batu yang sekian lama menghuni peti sejuk dalam rumah. Hidupnya tak lebih sekadar menghabiskan waktu, kata lebih tepat mensia-siakan waktu. Namun, bila terjadinya satu kemalangan tragis yang menimpa salah seorang pelajarnya - insiden itu mula menggoncang tembok kubu sombongnya. Dalam suasana kelam kabut kelas yang penuh dengan murid-murid bermasalah - "Cikgu" Emir Yusuf mula dibentuk dan dengan perlahan-lahan diri itu menemukan sesuatu yang telah lama hilang: iaitulah jiwa peduli, jiwa insani. Dia mula bertanya, Siapa sebenarnya yang lebih terluka - anak-anak murid itu, atau dirinya sendiri? Dengan SPM sebagai satu-satunya tiket masa depan mereka, Emir memilih untuk berubah. Dari seorang "cikgu" yang penting diri, kepada "cikgu" yang ikhlas berihsan dan berjuang. Akan tetapi, perjuangan seumpama ini bukanlah suatu perkara mudah. Mampukah Cikgu Emir mengubah mereka? Mampukah Cikgu Emir menyelamatkan mereka - sebelum segalanya terlambat? Atau apa mungkinkah... mereka pula yang akan menyelamatkan dirinya?
Masih Merasa Rindu ni TunaAmirla
TunaAmirla
  • WpView
    MGA BUMASA 451
  • WpVote
    Mga Boto 9
  • WpPart
    Mga Parte 3
Kematian kedua orang tua buatkan Amiera terpaksa memikul tanggungjawab membesarkan adik yang belum kenal erti kehidupan. Demi adik kesayangan yang masih kecil, gadis polos ini sanggup melupakan cita-cita sendiri. Amiera memilih untuk berniaga secara kecil di warung peninggalan mak demi kelangsungan hidup mereka berdua. Kasih sayang yang diberi musnah apabila Amirul ditangkap polis dan terlibat dengan dadah. Dunia Amiera terasa gelap dan kepercayaannya ke Amirul mula menipis. Sikap adiknya makin berubah dari hari ke hari. Pergaulan Amirul dengan rakan juga cukup mengusutkan fikiran Amiera. Sebagai seorang kakak, dia yakin adiknya masih baik dan masih boleh dibimbing. Amira percaya adiknya cuma dipengaruhi dunia luar tapi pada masa sama dia sedar, sampai bila dia mahu melihat satu-satunya insan yang dia sayang ini perlahan-lahan hanyut. Tanpa Amiera sedar dalam diam Amirul juga menyimpan rahsia yang tidak pernah Amiera bayangkan.
Aku dan Kau Selamanya ni rawrfiq
rawrfiq
  • WpView
    MGA BUMASA 124
  • WpVote
    Mga Boto 15
  • WpPart
    Mga Parte 9
[INKFINITY NOVELA CHALLENGE 2025] Amira sejak Sekolah Rendah berkawan dengan sahabat lamanya. Kini, semasa Amirah di alam Sekolah Menengah, sahabatnya sudah berpindah ke tempat lain. Tidak bersua muka lagi bukannya tidak bertemu lagi. Sahabatnya bertugas sebagai ejen rahsia. "Aku... Masih sayangkan kau. Tidak kira apapun terjadi!" ~ Fakhri Fahmi
Tatkala Kuasa Tersingkap Makna ni AyraNadhirah07
AyraNadhirah07
  • WpView
    MGA BUMASA 119
  • WpVote
    Mga Boto 18
  • WpPart
    Mga Parte 7
"Kalau bukan aku, siapa lagi yang akan tamatkan sumpahan ni?" - Embun 1000 tahun yang lalu, setelah mangkatnya seorang ratu yang memegang kuasa ais, setiap pewarisnya akan menghadapi sumpahan yang dikenakan oleh ratu itu, iaitu sumpahan ketidakstabilan kuasa. Sesiapa yang mewarisi kuasa ais ini, kebarangkalian untuk mereka hidup adalah tipis. Adanya pula sanggup membunuh diri atas tidak mahu menahan perih sumpahan ini. Namun, Embun bertekad untuk menamatkan sumpahan ini dengan apa cara sekalipun. Persoalannya sekarang, mampukah dia menamatkan sumpahan ini selamanya tanpa mengorbankan diri?
Purple Moon ni Haneuli
Haneuli
  • WpView
    MGA BUMASA 131
  • WpVote
    Mga Boto 5
  • WpPart
    Mga Parte 1
"Kita hanya tahu nilai seseorang ketika dalam kegelapan." --- Seorang pemuda buta, seorang gadis bunian. Menjalinkan persahabatan sejak kecil. Suatu hari gadis itu menghilang. Lesap entah ke mana. Rigel terus-menerus mencari jejak keberadaan Anqa. Bertanya kepada sesiapa pun yang mengenalinya. Tidak ada sebarang petunjuk. Kemudian, sepasang tangan melambainya dari dalam sungai. Memberi jawapan yang selama ini disembunyikan.