Badrulhadza's Reading List
3 stories
OPERASI RAHSIA: BLACK CODE by Mawarsuri
Mawarsuri
  • WpView
    Reads 60,065
  • WpVote
    Votes 2,344
  • WpPart
    Parts 48
Intan Dahlia merupakan seorang doktor pembedahan yang dengan sukarela menjadi dokter sukarelawan disalah satu kem PASKAL. keputusan Intan, merasakan ia terlalu lama dan berisiko. Hubungan yang dibina bertahun akhirnya terlerai, meninggalkan luka yang dalam dalam hati Intan. Segala penantian dan harapan selama ini ternyata hanya sia-sia. Di kem PASKAL, Intan tidak menjangka akan berdepan dengan cabaran bukan sahaja dari segi profesion, tetapi juga dari segi perasaan. Di situ, dia bertemu dengan Leftenan Dayyan Mikael - seorang pegawai muda yang berkarisma, disiplin, dan juga sahabat baik kepada abang Intan yang juga merupakan Leftenan. Pada mulanya, hubungan mereka hanya terbatas kepada urusan kerja, namun perlahan-lahan, Dayyan mula terpikat dengan keteguhan, sifat garang dan perihatin Intan. Intan yang masih bergelut dengan luka lama tidak mudah membuka hatinya. Namun kehadiran Dayyan yang sentiasa memberi sokongan dan tidak pernah mendesak, membuatkan Intan mula meragui hatinya sendiri. Adakah ini peluang kedua yang Allah berikan untuknya mencintai dan dicintai? Atau adakah dia masih terperangkap dalam bayang-bayang masa silam? "Operasi Rahsia: BLACK CODE" adalah kisah tentang kecekalan hati seorang wanita, keberanian dalam memilih jalan hidup, dan keindahan takdir yang sering hadir di saat tidak diduga dan juga menunjukkan semangat setia kepada negara serta kekuatan persahabatan. (Dihasilkan pada 2024 dan di post pada 2025)
WASIAT by hexapropymate
hexapropymate
  • WpView
    Reads 317,515
  • WpVote
    Votes 10,306
  • WpPart
    Parts 73
" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi hatinya sejak dari dulu lagi. Kapten Hanis Amirah. Seorang pegawai tentera juga. Anak kepada Leftenan Jeneral Malik ataupun mereka panggil Komander Malik. Seorang yang keras hati dan tak mudah beri kompromi. Kapten Zakri dan Kapten Hanis disatukan menjadi pasangan suami isteri. Zakri gembira tetapi Hanis anggap ini cuma rancangan keluarga. Sejak dari dulu lagi, Hanis dan keluarganya sering berbalah pendapat. Setiap yang Hanis katakan, semuanya dibantah oleh keluarga. Tetapi, apabila sudah hidup bersama dengan Zakri, Hanis mula merasai kebahagiaan. Dilayan seperti ratu oleh suami sendiri. Namun, hidup tak selalunya indah. Hubungan mereka berdua hampir berantakan akibat orang terdekat. Satu demi satu rahsia terbongkar. Sehinggalah satu rahsia besar yang diselindung oleh Zakri dan Komander Malik menyebabkan Hanis patah hati. Tetapi Zakri sentiasa ada untuk melindunginya. Walau bagaimanapun, Zakri tetap seorang manusia. Yang tidak selalu menang. Tidak selalu berada di atas. Hanis membuat keputusan untuk menyelamatkan rumah tangganya demi kebahagiaan mereka. Hanis membantu Zakri untuk mempertahankan dirinya kerana sedar, Zakri buat segalanya untuk dia. Mampukah hubungan Zakri dan Hanis bertahan?
Tentera Terakhir Malaysia by SEA_AMP
SEA_AMP
  • WpView
    Reads 2,642
  • WpVote
    Votes 55
  • WpPart
    Parts 11
Mengisahkan seorang tentera Malaysia yang masih hidup menghadapi pelbagai rintangan untuk membebaskan Malaysia dari cengkaman komunis