Permata dan Bunga
2 stories
Tatkala Sayang Mengatasi Angkuh [TERBIT] by ejart14
ejart14
  • WpView
    Reads 97
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 5
(Tatakala Sayang Mengatasi Angkuh telah diterbitkan oleh Komik-M LuNa dengan tajuk: Nada Melankolia) Didorong rasa tanggungjawab terhadap janji yang dijalin terhadap seorang rakan rakannya, Hafeeza bertindak mengembara ke Flontra demi mencari rakannya itu, dan demi membuktikan bahawa konflik antara Oqrient dan Flontra telah berjaya ditamatkan setelah tiga tahun berlalu. Tiga tahun membawa diri, Hafeeza akhirnya menjejakkan kaki di Flontra setelah melalui beberapa cabaran yang hampir meragut nyawa sendiri. Di sana, peranan Acik Eina sebagai pemilik sebuah kedai buku di pekan Eufaira sedikit sebanyak telah membantu melancarkan proses misi Hafeeza. Kehadiran Kamilia dan Eddy sebagai pengunjung tetap kedai buku kecil itu telah membuka satu peluang keemasan kepada Hafeeza untuk menjalankan objektif asalnya.
Srikandi Laluan Pedagang: Kesuma Nagara by ejart14
ejart14
  • WpView
    Reads 48
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 4
Untuk mengambil semula suara Tanjagara, Rais mahu berkuasa di Laluan Pedagang Kesuma. 13 tahun setelah Hari Belah Hati, wujud pakatan baharu yang tidak diiktiraf kerajaan, menggelar diri sebagai Tunjang Sama, pelindung laluan pedagang. Berita seorang srikandi menjadi penjaga utama laluan itu telah menarik perhatian ramai pihak, termasuklah sang setia dari Kermasu yang mengembara untuk mencari kebenaran bagi pihak tuannya. Jika Rais mahu kekal berkuasa, srikandi sekadar menjaga haknya, manakala sang setia mahu menuntut keadilan pula, Laluan Pedagang Kesuma akan memilih siapa?