yk_nfq
Ellya Casandra, seorang gadis yang dilahirkan dengan kecacatan otak yang jarang ditemui. Sejak kecil, dia sering bergelut dengan emosi yang sukar dikawal, seolah-olah ada sisi gelap yang cuba mengambil alih dirinya.
Namun, satu peristiwa hitam meragut segalanya. Sejak malam itu, ingatan Ellya hilang. Dia tidak lagi mengenali siapa dirinya, tidak mengingati keluarganya, bahkan namanya sendiri lenyap dari minda. Yang tinggal hanyalah ruang kosong, dibayangi trauma yang tidak mahu dilepaskan.
Hidupnya berubah apabila seorang jejaka yang Bernama Rizq Mikhail muncul entah dari mana, membawa cahaya di saat hidupnya hanya dikelilingi kegelapan. Kehadirannya perlahan-lahan membangkitkan memori yang telah lama terkubur, membuka pintu kepada rahsia masa lalu yang penuh luka.
Rizq Mikhail : "I've known you too well, Ellya Casandra."
Semakin banyak yang dia ingat, semakin jelas bahawa kebenaran itu tidak seindah yang disangka... dan lelaki itu mungkin bukan sekadar penyelamat, tetapi juga sebahagian daripada cerita yang cuba dilupakan.
Mampukah gadis ini berdepan dengan masa silamnya yang gelap, atau terus terperangkap dalam misteri yang membunuh dirinya perlahan-lahan?