✦ 𝓜𝔂 𝓕𝓻𝓲𝓮𝓷𝓭 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ✦
12 storie
SI TENGKU PEMBULI di SuriAksara
SuriAksara
  • WpView
    LETTURE 10,859
  • WpVote
    Voti 637
  • WpPart
    Parti 34
"Satu universiti tahu, kau milik aku. Dan bila kau milik aku, maksudnya hanya aku yang boleh 'sentuh' kau." Bagi QISHA AMEENA, mendapat tawaran biasiswa ke Grand Imperial University (GIU) adalah satu anugerah yang hampir mustahil. Selepas setahun berhempas-pulas bekerja demi kos perubatan ibunya, dia fikir ini adalah peluang untuk mengubah nasib. Namun, dia tidak sedar GIU bukan sekadar tempat menuntut ilmu, tetapi sebuah 'rimba' elit yang kejam. TENGKU HAEL ISKANDAR. Nama yang membawa gerun di Fakulti Perniagaan. Dingin, berkuasa, dan sangat obsesif. Sejak hari pertama Qisha melangkah masuk, Hael telah menandakannya sebagai 'target' peribadi. Tiada siapa dibenarkan mendekati Qisha, apatah lagi menyentuhnya, kecuali Hael. Qisha benci Hael. Dia benci setiap cacian dan layanan kasar lelaki itu yang seolah-olah menganggapnya sebagai hamba. Namun, di sebalik topeng 'pembuli' itu, ada rahsia gelap yang menghantui Hael Iskandar. Tragedi Hana yang mati di tangan 'syaitan' bertopengkan manusia masih berdarah di ingatan Hael. Dia tahu niat sebenar rakan-rakannya terhadap Qisha. Hael tidak membuli untuk menghancurkan dia membuli untuk memagar. Kerana di GIU, menjadi 'milik' Hael Iskandar adalah satu-satunya cara untuk Qisha tidak berakhir seperti Hana. Antara benci yang membuak dan rahsia pernikahan yang tersimpan rapi, mampukah The Beast melindungi permatanya tanpa menghancurkan hati gadis itu sendiri? START : 27 DECEMBER 2025 STATUS : ON GOING END : ~ HAEL X AMEENA ~ S I T E N G K U P E M B U L I 😎 (Warning: Cerita ini mengandungi dos gula yang tinggi dan deretan saspens yang mendebarkan di kampus! Add to library sekarang!)
Beri Aku Waktu di Americarlla
Americarlla
  • WpView
    LETTURE 85,483
  • WpVote
    Voti 6,148
  • WpPart
    Parti 58
Selepas setahun menghilang tanpa penjelasan, Ayesha kembali membawa pulang seorang bayi perempuan bernama Ameena, sekali gus mencetuskan seribu tanda tanya tentang siapa bapa kandungnya. Bagi menutup aib itu, Ayesha terpaksa menerima Idris, sepupu yang dibencinya, sebagai suami. Namun, perkahwinan paksa itu membibitkan konflik yang jauh lebih sulit dan rumit. Berikutan satu tragedi hitam pada masa lalu, Idris rela menjadi 'Pak Sanggup' kerana dia teramat yakin bahawa Ameena ialah anaknya. Bahkan, dia menganggap Ayesha sengaja menafikan haknya sebagai bapa kepada Ameena. Sebaliknya, Ayesha terpaksa menelan segala tohmahan sendirian kerana hakikat sebenar jauh lebih mengerikan-dia sendiri tidak tahu siapa bapa kandung Ameena. Malah, dia juga sedang menjejaki lelaki itu demi menuntut bela atas penderitaan seseorang. Dalam rumah tangga yang sarat dengan teka-teki, dua jiwa ini saling memburu jawapan. Idris, meskipun masih keliru, tetap memilih untuk memberikan Ayesha waktu. Ayesha pula berharap pada waktu untuk merungkai kebenaran. Tanpa disedari, waktu jugalah yang memaut hati mereka untuk saling merawat luka, melindungi, dan membenarkan cinta itu mekar. Ada sebab mengapa Ayesha memilih untuk menghilang setahun yang lalu. Ada amanah yang perlu dipertahankan di sebalik kewujudan Ameena. Apabila waktu akhirnya membongkar identiti sebenar bapa kandung Ameena, maka terbuktilah-siapa yang harus dicurigai selama ini. "Aku hidup tanpa ada yang menghargai. Jadi, apalah sangat memberikan kau waktu... biarpun syaratnya aku terpaksa menanti dalam kebingungan yang entah bila ada noktahnya." - Idris "Kebenaran tidak pernah menakutkan, melainkan telinga yang diam-diam mendengar. Pemangsa tidak pernah berwajah raksasa... dia berwajah manis." - Ayesha. Start: Dec 2025 End: -
Qayyum Iskandar: Her Perfect Love |OG di zayyxonly_
zayyxonly_
  • WpView
    LETTURE 7,633
  • WpVote
    Voti 791
  • WpPart
    Parti 31
[OnGoing] - QAYYUM ISKANDAR x HWARA AISHA - Dalam senyum polos Qayyum, dia melihat sesuatu yang orang lain tak pernah lihat jiwa lembut yang sunyi, seseorang yang mudah terluka walaupun tidak ditunjukkan pada sesiapa. Qayyum bukan kekurangan... dia cuma terlalu bersih dan tulus untuk dunia yang sering kejam. Dia mahukan Qayyum, menjadi pendampingnya. Hanya Qayyum... "Wahai suri hati saya, Hwara Aisha. Kali ni biar saya yang lindung awak sampai bila-bila, ini janji saya pada awak." - 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐮𝐦 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 Tapi tidak semua cerita harus berakhir dengan pengakhiran yang bahagia bukan? Ketika takdir dan waktu sudah berjalan, dua jiwa yang ingin kekal bersama pun terpaksa berpisah. "Awak tipu saya..." - 𝐇𝐰𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐢𝐬𝐡𝐚 GENRE: Slow burn romance ⚠︎ Kalau tak suka boleh terus skip! ⚠︎ Male lead green forest ⚠︎ Female lead lebih tua dari Male lead ⚠︎Prolog hanya tersedia di tiktok saya! 𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓:16/11/25 𝐄𝐍𝐃:?/?/??