flowerssflyy
- Reads 720
- Votes 106
- Parts 7
Aydric Zane || Elisya Hayana
Aydric Zane - seorang pelumba Formula 1 yang dikenali dengan sifatnya yang tegas, kompetitif dan sukar mengalah. Di atas litar, Aydric sentiasa mengejar kemenangan dan tidak pernah gentar dengan persaingan. Di luar litar pula, dia terkenal dengan perangai lawaknya dan egonya yang agak tinggi.
Namun, di sebalik sikap kerasnya itu, Aydric merupakan seorang lelaki yang sangat protective terhadap orang yang disayanginya. Dia mungkin tidak pandai mengungkapkan perasaan dengan kata-kata, tetapi setiap tindakannya sentiasa menunjukkan betapa pentingnya seseorang itu dalam hidupnya.
Elisya Hayana - pengasas dan pemilik Hayana Bridal, sebuah jenama busana pengantin eksklusif yang dibina daripada minat dan usaha kerasnya sendiri. Seorang wanita yang feminin, yakin dan berdikari, Elisya tidak pernah mahu kejayaannya bergantung pada nama sesiapa,termasuk suaminya sendiri. Dia juga seorang yang tegas, berani bersuara dan tidak mudah mengalah. Terutamanya apabila berdepan dengan Aydric.
Mereka adalah dua jiwa yang sama-sama keras kepala. Aydric dengan egonya. Elisya dengan pendiriannya.
Pertengkaran kecil sudah menjadi perkara biasa dalam rumah tangga mereka. Namun, di sebalik setiap pertengkaran, ada perhatian yang tidak pernah mereka abaikan.
Aydric mungkin lelaki yang paling sukar ditundukkan di atas litar, tetapi di rumah, Elisya Hayana tetap menjadi satu-satunya wanita yang mampu membuatnya mengalah. Dan Elisya pula mungkin sudah mempunyai empayar yang dibinanya sendiri, tetapi bagi Aydric, Elisya bukan sekadar wanita yang dicintainya.
She is the woman he is most proud to call his wife.