Eka3008's Reading List
144 stories
His To Claim (21+)  by thearsel
thearsel
  • WpView
    Reads 11,615
  • WpVote
    Votes 52
  • WpPart
    Parts 6
Di dewan kuliah, Arlo Xander adalah pensyarah muda berdarah dingin yang tidak pernah bertolak ansur. Keras, berkarisma, dan digeruni setiap pelajar. Namun bagi Elinna Lily, lelaki itu adalah godaan terlarang yang sukar dihindari. Satu pertembungan di luar kampus meruntuhkan benteng profesionalisme antara mereka. Di sebalik pintu tertutup dan suasana malam yang membahang, status pensyarah dan pelajar lebur menjadi abu, digantikan dengan nafsu dan sentuhan yang meragut seluruh kawalan diri. "Sir... please don't do this. I'm your student."- Elinna Lily "In class, you call me Sir, Elinna. But tonight... I want you to scream my name."- Arlo Xander
THB [Treat Her Better] by MissBlushing_
MissBlushing_
  • WpView
    Reads 655,409
  • WpVote
    Votes 17,526
  • WpPart
    Parts 62
Kereta di parkir di bawah porch. Enjin dimatikan. Orang yang berada di sebelah dikerling. Boleh tidur pula dia ni, ujar Zayyan Mateen dalam hati. Zayyan Mateen memusingkan sedikit tubuh agar menghadap wajah isterinya. Dengkuran halus yang kendengaran itu membuatkan bibirnya tersenyum. "What should I do with you Humaira?"Pipi mulus itu diusap. Dia tak pernah ada kekasih apatah lagi bercinta. Selama hidupnya, dia hanya kisahkan pada diri sendiri. Tak pernah fikir tentang hidup berpasangan. Tetapi, dalam sekelip mata. Statusnya kini sudah berubah sejak bertemu dengan wanita ini. "Bolehkah perkahwinan kita ini berjaya?" Sebenarnya dia takut juga saat membuat keputusan untuk berkahwin. Dia takut tak mampu untuk jalani tanggungjawab dengan baik. Paling dia takut andai orang yang dia sayang berada dalam bahaya. Dia sedar akan risiko pekerjaannya itu. Sayang? Benarkan sudah hadir rasa sayang dalam diri untuk isterinya ini? Atau hanya kerana simpati? Dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri. Dia tak pernah rasa apa itu kemanisan bercinta. Dia tak pernah belajar dan tak pernah diajar. Tangan dijatuhkan dari terus mengusap pipi itu. Dia melepaskan keluhan lalu membuka pintu kereta. Dia berjalan ke arah pintu penumpang dan dengan perlahan-lahan tubuh wanita itu dicempung. Pintu kereta ditolak dengan kaki. ...... Nak tahu kelanjutan kisah mereka, jangan segan-segan untuk singgah ke sini... Selamat Membaca "Treat Her Better"
MI CUORE (OG) by atiyatya
atiyatya
  • WpView
    Reads 96,106
  • WpVote
    Votes 4,010
  • WpPart
    Parts 78
"Apabila dua hati yang terluka tinggal di bawah satu bumbung, siapa yang akan menyerah terlebih dahulu - dia yang membenci, atau dia yang disakiti?" Hairy Haider pernah mencintai sepenuh jiwa. Namun selepas kematian isterinya dalam satu tragedi, cintanya mati bersama wanita itu. Yang tinggal hanyalah seorang lelaki dingin, angkuh, dan penuh dendam terhadap dunia. Dipaksa berkahwin dengan Hanna Helina bukan sesuatu yang dia mahukan. Bagi Haider, gadis itu hanyalah beban yang dipaksa masuk ke dalam hidupnya. Tidak dialu-alukan. Tidak dihargai. Hanna pula tidak pernah meminta perkahwinan ini. Namun demi keluarga, dia taat. Dia cuba menerima takdir sebagai isteri kepada lelaki yang hanya tahu menyakitkan hati. Walaupun serumah, mereka tidur berasingan. Bertahun pun tidak, Hanna sudah tahu, cinta bukan sesuatu yang akan mudah dia terima dari lelaki itu. Namun dia tetap bertahan. Dia percaya, jika terus ikhlas dan sabar, mungkin tembok es yang membeku itu akan cair juga satu hari nanti. Tapi realitinya tak semudah harapan. Haider terus menyakiti. Terus mencemuh. Terus membandingkan dirinya dengan arwah yang tidak akan pernah dia kalahkan. Sementara Hanna berperang dengan air mata setiap malam, Haider pula berperang dengan bayang silamnya sendiri. Dia nampak segala kebaikan Hanna. Dia tahu dia kejam. Tapi terlalu banyak yang dia pendam. Terlalu takut untuk jatuh cinta lagi. Terlalu ego untuk memulakan. Sehinggalah satu malam yang sunyi, Hanna akhirnya akur pada takdir. "Saya dah penat hidup macam ni, lepaskan saya."
AKU MEMILIH DIA (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 1,284,682
  • WpVote
    Votes 40,626
  • WpPart
    Parts 50
Qaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' kurang di senangi, pada pendapat bapa Aisha Nafisa seorang pemburu tidak akan mampu memberi anak mereka kesenangan. Qaf Yusuff redha, dia membawa diri ke sebuah bandar besar. Pertemuan Qaf Yusuff dengan seorang jutawan Tan Sri Abdul Fattah telah mengubah segalanya apabila lelaki itu melamar dia untuk anak gadisnya. Qaf Yusuff menolak kerana dia berasa tidak layak menjadi menantu seorang jutawan.Bagi Tan Sri Abdul Fattah, dia tidak kisah tentang pekerjaan Qaf Yusuff kerana dia lebih melihat pada keperibadian berbanding harta benda. Pertemuan kali pertama dengan anak tunggal Tan Sri Abdul Fattah telah mengubah keputusan Qaf Yusuff. Sekeras mana pun Ayfa Zuelaikha menolak untuk di satukan dengan pemburu sesat itu, jika sudah tertulis itu jodohnya pasti akan bersatu jua. Saat tahu nama sebenar Qaf, Ayfa Zuelaikha jatuh cinta kerana baginya nama itu telah mencuri hatinya. Namun, saat bahagia mula menjelma kebahagiaan mereka di uji dengan dasyat. Satu peristiwa buruk telah menimpa Ayfa Zuelaikha sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan. Adakah Qaf Yusuff akan setia saat mengetahui isterinya kini seorang pesakit mental? Adakah perkahwinan mereka akan terus bertahan sehingga akhirnya? ⚠️ Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo
Thriller : Wais Ayden ✓ by dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    Reads 606,589
  • WpVote
    Votes 43,214
  • WpPart
    Parts 57
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang blazer dibuka, lalu punggung dilabuhkan di atas sofa berjenama itu. "Aku tak terima tawaran membunuh yang biasa-biasa." Cermin mata hitam dibuka, jelas matanya yang berwarna itu menampakkan lagi wajah kacukan yang dimiliki. *** "Saya Siti Marwah, anak ustaz Malik. Salam kenal ya?" Ini tawaran membunuh yang menyeksa diri, terpaksa berlakon menjadi orang islam, terpaksa solat dan mengaji, bahkan terpaksa berpuasa demi mengaburkan pandangan ustaz Malik. Siapa ustaz Malik? Lelaki yang bakal menjadi mangsa pembunuhannya. *** "Kau penipu! Aku bersumpah, tuhan akan jatuhkan hukuman setimpal kerana kau mempersendakan agama kami!" *** "أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله" "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." *** Masih ada jalan buat Ayden? Agama menjadi pegangan atau kerjaya? Mana satu yang akan menjadi pilihan? Semuanya bakal terbongkar dalam Karya Wais Ayden. *** Start : 2/2/2021 End : 6/8/2021 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
C | MAFIA LIMITED EDITION by r0yalady_
r0yalady_
  • WpView
    Reads 516,643
  • WpVote
    Votes 18,906
  • WpPart
    Parts 71
[𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] ZARIETH MIKAEL FRANZ × HANIE NAURAH Dia dingin, tidak berhati perut dan kejam. Ya, kejam sehinggakan orang tidak mampu menganggap dirinya manusia tetapi iblis. Itulah realiti kehidupan Zarieth Mikael Franz. Akibat satu kemalangan, lelaki itu bertemu dengan gadis brutal yang menyelamatkan nyawanya. Doktor yang sewel dan lurus bendul. Semestinya, menjengkelkan. Itu pasti! Tapi hairan. Dirinya seolah-olah tertarik dengan gadis itu, seperti ada magnet di antara mereka. Tetapi gadis itu sebaliknya. Rimas dengan lelaki aneh itu! "Awak nak apa dari saya sebenarnya? " -Naurah- "Let's get married, honey. " -Mikael- "Aku bukan dia dan dia bukan aku! " "Chak! Miss me? " Naurah bingung. Bertukar angin lelaki seorang ni. Setiap kali berjumpa, lain sahaja personaliti Mikael. Tapi apakan daya, hatinya berpaut juga pada lelaki itu sehinggalah rahsia hitam Mikael terbongkar. Mampukah Naurah menerima sisi baru Mikael? Apa yang bakal terjadi, baca sendirilah senah. Maleh aque. (Romance action + comedy) Start : 10/10/2022 End : 9/9/2023
🔞Siblings series 2-The Loyal Man : Mustaqim Uwais by AENJIM
AENJIM
  • WpView
    Reads 557,130
  • WpVote
    Votes 17,706
  • WpPart
    Parts 52
SERIES 2 spin off the loyal hunter Mustaqim Uwais pewaris sulung Dato' Umar Uthfan. Seorang anak yang selalu menurut kata dan arahan kedua orang tua. Selaku anak sulung dia banyak berkorban demi kehendak keluarga. Keinginan dan impian di ketepikan. Bagi dia keluarga adalah yang paling utama. Sikapnya yang terlalu serius di tempat kerja sedikit menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang bawahan. Semua orang menggeruninya bila berkaitan dengan kerja. Tanpa keluarga sedar dia dari dulu lagi bertindak dalam diam. Diam diam ubi berisi. Pertemuan di Kedah menggamit seribu memori. Kenangan lama muncul kembali. Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. Jodoh datang bergolek sebesar padang bola Mustaqim tadahkan. " Saya tak perlukan bantuan awak Encik Mustaqim" - Rose Annisa. " You need me! and i'm always here for you!" - Mustaqim Uwais. Rose tak mampu mengelak. Mustaqim ibarat bayang yang mengejar walaupun dia cuba melarikan diri. Hubungan mereka tidak diketahui oleh keluarga. Mustaqim masih teragak-agak kerana Rose seperti bermain tarik tali. Kehadiran bekas tunang Rose semakin merumitkan hubungan mereka. Mustaqim cemburu. Sekali dia memiliki Rose, sampai ke mati Rose menjadi miliknya. Mampukah Mustaqim menjadi lelaki yang setia bila keluarga cuba menyatukan dia dengan wanita yang lain?
The Commander And The Healer (Slow Update) by Qnnriana
Qnnriana
  • WpView
    Reads 347
  • WpVote
    Votes 78
  • WpPart
    Parts 13
The Commander and The Healer mengisahkan tentang Hafiya Danisha, seorang doktor yang berdedikasi dalam menyelamatkan nyawa pesakitnya. Di sebalik senyuman dan sifat lembutnya, Fiya menyimpan luka lama yang masih menghantui dirinya. Sementara itu, Leftenan Haziq Daniel merupakan seorang pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) yang berkhidmat dalam Grup Gerak Khas (GGK). Dikenali sebagai seorang ketua yang tegas, berdisiplin dan disegani oleh pasukannya, Haziq memikul tanggungjawab besar dalam setiap tugasan yang diberikan kepadanya. Namun, di sebalik gelaran seorang Commander, Haziq juga menyimpan kisah silam yang membuatkan hatinya sukar untuk membuka ruang kepada orang lain. Takdir menemukan Haziq dan Fiya apabila sebuah kejadian membawa mereka bersama. Seorang Commander yang berjuang dalam dunia penuh cabaran dan seorang Healer yang menyembuhkan luka manusia akhirnya mula mengubah kehidupan masing-masing. Adakah Fiya mampu menyembuhkan luka yang tersembunyi dalam hati Haziq? Dan adakah Haziq mampu menjadi pelindung kepada insan yang perlahan-lahan menjadi penting dalam hidupnya? TIK TOK#QNNRIANA Jangan lupa baca korang sekali follow and vote😘😘🤎💋
BIDADARI UNTUK TUAN ARYYAN by Niaadeenn
Niaadeenn
  • WpView
    Reads 20,110
  • WpVote
    Votes 1,532
  • WpPart
    Parts 40
Cinta sejati.. Bagi seorang jejaka bernama Tuan Muhammad Aryyan Khairy cinta sejati itu hanyalah dongeng semata. Dia tidak pernah tertarik kepada mana-mana wanita sekali pun... Namun, masih ramai wanita yang cuba untuk memikat hatinya. "Diaorang tu bukannya perempuan, tapi betina" -Tuan Aryyan- "Apa perbezaan perempuan dengan betina?" -Ariq Syafiq- "Kau pernah tengok cerita Musang Berjanggut tak? Dalam cerita tu ada satu ayat yang Allahyarham P. Ramlee pernah sebut *perempuan memelihara maruah, tetapi betina menjual maruah*" -Tuan Aryyan- Itulah perkataan yang sering dia ucap setiap kali sahabatnya (Ariq) ketika berbicara tentang wanita Hingga suatu hari, dia bertemu dengan dengan gadis bernama Adeena Kaythara iaitu sahabat kepada teman wanita Ariq (Qisha Sofeya) "Hi... I'm Aryyan Khairy" -Tuan Aryyan- "Cakak Melayu dok buleh ke? Ni Malaysia, bukan Amerika .." -Adeena Kaythara- Itulah kali pertama Aryyan memperkenalkan dirinya kepada wanita. Ada sesuatu yang membuatkan Aryyan jatuh hati pada si gadis, Adeena Kaythara seorang yang berpurdah, berkaca mata dan menjaga dirinya dengan berpakaian labuh dan longgar. Dari itu, bermulalah obsesi Aryyan kepada sang gadis. Adeena juga cukup tertarik dengan personaliti Aryyan. Namun, ketika cinta mula berputik, pelbagai perkara yang terbongkar di antara mereka. Adakah cinta itu akan bertahan? "You're my first and last love." -Tuan Aryyan-
A PERFECT MATCH [COMPLETED] by Nayverse02
Nayverse02
  • WpView
    Reads 11,631
  • WpVote
    Votes 459
  • WpPart
    Parts 61
Hud Farith seorang jejaka yang tenang, hidupnya hanya berkisarkan lakaran, tapak pembinaan dan komputer. Soal hati? Dia tidak pernah mencari kerana hatinya telah dicuri si gadis sejak mereka kecil, yang pernah memenuhi kehidupan hariannya. Namun dengan kehadiran semula Sera Quinne dalam hidupnya membuatkan hatinya kembali bersinar dan tenangnya mulai goyah. Sera Quinne pula, seorang wanita yang hidupnya sempurna. Dia mampu membina empayarnya sendiri dengan kedai bakerynya, dikelilingi keluarga dan rakan yang menyokongnya sepenuh hati. Kehidupannya mulai berubah saat satu rancangan yang di buat oleh Tan Sri Salehhuddin iaitu daddynya sendiri. "Apa semua ni daddy? Kenapa daddy yang meminta agar mereka terbitkan cerita tu? Ke daddy sengaja nak kahwinkan baby dengan Hud?" "Daddy dah banyak kali tutup mata. Hud adalah calon yang tepat" Perkahwinan dan keadaan membuatkan dirinya membenci akan Hud di dalam hidupnya kerana baginya jejaka itu hanya mengambil kesempatan keatas dirinya. "Dasar munafik" Hud hanya senyum kerana ada hal yang Sera tidak tahu akan dirinya, dia juga mangsa dalam keadaan ini. Mampukah mereka mengecapi bahagia? Akan kah ada sinar di kehidupan mereka yang mulanya dipaksa oleh keluarga? Kerana redha bukan hanya di bibir... ianya perlukan kekuatan di hati agar ianya menjadi ikhlas dengan kehidupan yang dia jalani. Start: 29 June 2026 End : 3 August 2026